Tak perlu downgrade tied agency untuk nampak hebat
Ternampak satu posting seorang ejen takaful bercerita tentang kelebihan ALC dan dalam masa sama downgrade sistem tied agency.

Maaf kalau saya katakan, banyak overclaim dan cerita yang indah-indah sahaja.
Sebenarnya mana-mana pun ada cabaran tersendiri, tapi apabila membuat perbandingan sambil membusukkan tied agency, ia bukan satu persaingan yang sihat.
Contohnya untuk mengatakan bahawa sebagai syarikat sendiri enterprise atau Sdn Bhd pun sudah kurang tepat.

Enterprise atau pemilikan tunggal adalah sama macam individu dari sudut liabiliti perniagaan dan ia bukanlah syarikat. Jika Sdn Bhd barulah layak dipanggil syarikat.
Dalam tied-agency juga boleh ditubuhkan syarikat Sdn Bhd apabila sudah mencapai tahap GAM, dan boleh juga diwarisi.
Boleh sahaja untuk bina branding sendiri tanpa bergantung branding syarikat. Boleh juga bina sistem CRM sendiri, sistem sendiri dan sebagainya.
Daripada 7 poin yang disebut, semuanya boleh sahaja ada dalam tied-agency dan tak perlu masuk ALC pun boleh dilakukan.
Cuma satu sahaja sub-poin yang ada kelebihan pada ALC, tiada pada tied agency iaitu ejen boleh terus rekrut dan dapat overriding tanpa perlu naik pangkat
Itu pun sudah tentu ada syarat-syarat tertentu.
Untuk makluman, saya dulu pernah berada sebelah kaki di sebuah ALC besar. Masa tu saya sebagai Agency Manager.
Pernah juga ditawarkan untuk tubuhkan ALC sendiri. Masa tu saya dah berada di posisi GAM (Group Agency Manager)
Namun selepas difikirkan masak-masak, saya tak teruskan. Berikut sebabnya
1. ALC boleh sesuka hati menukar syarat kenaikan pangkat malah juga struktur komisen. Masa saya sebelah kaki di sebuah ALC dulu, setiap 3 bulan sekali syarat kenaikan pangkat berubah. Ini antara sebab saya tak jadi join.
2. Apabila join ALC, selamanya kita berada dalam ALC tersebut. Walaupun setinggi mana pun ranking kita dalam ALC tersebut, kita tidak akan melebihi ranking “GAM”.
Atas 2 sebab inilah, saya kekal dalam tied agency dan tidak berpindah ke ALC atau juga FAR.
FAR juga sama. Sahabat mana kita, selamanya tidak akan melebihi orang paling atas dalam FAR / ALC.
Saya pernah jumpa seorang owner ALC, katanya dulu dia dalam sebuah ALC. Group dia paling besar, paling ramai ejen dan paling tinggi production.
Dia nak tubuhkan ALC sendiri, tapi malangnya owner ALC asal tidak benarkan walaupun kompeni berikan lampu hijau. Jadi, beliau keluar dan tubuhkan ALC sendiri sendiri.
Jadi, ia tak sesuai untuk saya tapi mungkin sesuai untuk orang lain yang tidak bercita-cita untuk memiliki agensi sendiri.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
