fbpx

Taksub

  • 8 years ago
  • 2Minutes
  • 208Words
  • 326Views

TAKSUB

Taksub boleh terjadi dalam mana-mana kumpulan. Yang biasa kita baca adalah taksub dalam kumpulan agama.

Apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin kumpulan agama yang mereka sertai, akan dikatakan sebagai betul sekalipun didatangkan hujah dan fakta yang bercanggah.

Itu biasa kita dengar dan baca – taksub dalam kumpulan agama.

====

Taksub dalam bisnes – nampak ada bibit-bibit yang mempunyai kesan jangka panjang seumpama taksub dalam kumpulan agama.

Fenomenanya sama sahaja, apa sahaja yang dilakukan oleh kumpulan / syarikat yang mereka sertai akan dikatakan sebagai betul sekalipun didatangkan hujah dan fakta bercanggah.

KES 1:
Agen syarikat A yang begitu taksub dengan syarikatnya, hingga memburuk-burukkan syarikat pesaing.

Syarikat lain akan dikata sebagai syarikat Yahudi, syarikat Amerika dll.

KES 2:
Syarikat B, diajar tentang ajaran-ajaran bisnes tertentu dan disabitkan dengan Islam dan Rasulullah.

Apabila ada agamawan yang mempertikaikan penggunaan nas-nas agama yang dibawa, sukar untuk pengikut syarikat B ini utk menerimanya.

Sekalipun hujah yang dibawa berasaskan dengan sumber-sumber agama yang lebih kukuh.

KES 3:
Syarikat C menganjurkan program untuk memberi motivasi.

Datang seorang peserta / bukan peserta memberi kritikan terhadap program tersebut berdasarkan pengalaman mereka.

Maka muncul peserta-peserta program syarikat yang menghentam kritikan tadi dengan perkataan yang tidak menggambarkan mereka dari program motivasi syarikat C tadi.

====

TAKSUB dan SETIA: ada sedikit perbezaan yang membezakan kedua-duanya : ILMU.

Wallahua’lam.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Bernama WebTV Interview with Afyan Mat Rawi, a certified financial…