fbpx

Terpengaruh Dengan Kata-Kata Kiyosaki

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 310Words
  • 410Views

Kali pertama saya diberikan buku tulisan Robert Kiyosaki ialah pada tahun akhir pengajian undang-undang di UIAM, kira-kira 18 tahun yang lampau.

Dua orang rakan yang kongsikan kepada saya. Seorang, sebab nak promote MLM yang dia buat. Seorang lagi, kongsi pengalaman dia.

Ini antara buku awal yang mendedahkan diri saya kepada bidang kewangan dan perniagaan. Taksub betul dengan fahaman dan mazhab Robert Kiyosaki lebih-lebih lagi pada model “Cashflow Quadrant”. Lepas tahu pasalnya, memang letak dalam hati nak masuk ke quadrant kanan, sebagai bussinesman.

Lantaran kuatnya pengaruh Tuan Guru Kiyosaki inilah saya mengambil keputusan gila tak chambering selepas grad. Bukan setakat tak chambering, tapi langsung tak sambung pun untuk praktis dalam bidang undang-undang yang dihabiskan dalam masa hampir 6 tahun pengajian di matrikulasi dan degree di UIAM.

Ya, memang gila kalau diikutkan. Tak chambering. Tak cari kerja dalam bidang undang-undang. Tak ambil pun gambar masa konvo. Asalnya taknak datang pun konvo, tapi pergi juga sebab pujukan bonda. Maklumlah, anak sulong.

Semuanya gara-gara terpengaruh dengan kata-kata Kiyosaki bahawa sistem pendidikan tidak melahirkan usahawan. Ia hanya melahirkan pekerja makan gaji dan bekerja makan gaji, tidak akan kaya.

Selepas hampir 20 tahun, apabila dikenang kembali, kalau lah boleh patah balik guna mesin masa, bayak yang saya nak nasihat kepada Afyan Mat Rawi yang baru berusia 23 tahun itu. Hahahaah!

Oh ya, saya ada projek terbaru bersama dengan kawan saya yang mula-mula perkenalkan saya buku ini. Dia lagi taksub gila dan hadam buku-buku Kiyosaki lagi banyak dan lagi awal dari saya.

Kami akan terjemahkan apa yang kami faham daripada buku-buku Kiyosaki dalam bentuk ebook untuk dibaca. Buka terjamahan translate dari BI ke BM, bukan.

Kami baca dan faham, dan kemudian muntahkan kembali. Nah saya bagi sedikit teaser salah satu bab dan sedikit kandungannya.

Ada yang berminat? Kalau ramai yang minat “muntahan” ini, kita on!

Kalau nak on, tolong sedekah like sikit lagi boleh?

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Cara terbaik memahami takaful ialah dengan menjadi ejen takaful. Setuju? Dipetik…