fbpx

The power of KALAU

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 498Words
  • 362Views

“Kalau la aku tahu harga emas naik sekarang ni, tahun lepas aku beli emas banyak-banyak”

“Kalau aku tahu dividen KWSP tinggi macam ni, aku tak keluarkan untuk unit trust tahun lepas”

“Kalau aku tahu Kripto tak naik-naik, aku jual masa tengah naik hari tu”
“Kalau aku tahu harga hartanah stagnant beberapa tahun ni, aku tak buat multiple submission 5-6 tahun lepas”.

“Kalau aku tahu bisnes tak berapa nak jalan, aku tak resign hari tu”.
“Kakau aku tahu saham Grab jatuh macam ni, aku tak beli hari tu”.

Akan datang akan kedengaran pula “Kalaulah aku tahu saham Farm Fresh akan……….., tentu aku akan………..”. Kita tengok nanti.

Kawan-kawan, jika masih ada ungkapan kalau dalam kehidupan, berhati-hati dan mengucap panjanglah.

Nabi Muhammad (selawat ke atas baginda) pernah bersabda yang bermaksud bahawa “Sesungguhnya ungkapan ‘kalau’ itu membuka pintu syaitan”. Hadith ini direkodkan oleh Imam Muslim, diriwayatkan oleh Abu Hurairah.

Jika dalam kewangan, bisnes dan pelaburan, kita masih dengan ungkapan “Kalau itu, kalau ini”, sesungguhnya kita masih belum cukup ilmu di dada.

Sebenarnya apa yang berlaku ialah proses pembelajaran daripada Allah.
Tidak ada pelaburan yang sentiasa naik, dan tidak ada pelaburan yang rugi memanjang.

Mana-mana pelaburan pun akan ada risiko rugi dan potensi untung. Yang penting sebelum melabur pastikan kita sudah lengkapkan diri kita dengan ilmu. Kemudian laburlah menggunakan duit yang sanggup kita kira rugi.

Contohnya risiko pelaburan kripto boleh cecah sampai 90%, maka invest gubai duit yang kita sanggup hilang sebanyak itu walaupun ia mempunyai potensi sehingga 1000 kali ganda.

Jika pelaburan hartanah, kita kena bersedia wang yang boleh membayar ansuran bulanan setahun ke tiga tahun sekiranya tiada penyewa atau tidak dapat dijual balik.

Jika emas, kita sudah tahu harga jual kelak perlu tolak kos spread yang boleh mencecah hingga 30% dan bersedia dengan risiko-risiko lain.

Jika unit trust pun begitu, kena bersedia dengan kos dan risiko harga jatuh sekitar 5% ke 30% sebelum ready keluarkan daripada KWSP.

Dan yang paling penting, sebelum melabur kita sudah dapatkan makluman secukupnya tentang kos dan risiko setiap jenis pelaburan.

Jika Kripto, kita dah tengok dan buat analisa trend naik turun.

Jika hartanah, kita sudah survey pasaran dan peluang untung sewakan atau jual balik kelak.

Jika unit trust, kita sudah baca fund fact sheet dana untuk menilai potensi pelaburan.

Jika emas, kira sudah bersedia dengan naik turun harga, spread dan buy back policy syarikat yang mengeluarkan emas yang bakal dibeli.

Yang paling penting, pilih yang patuh syariah.

Pilih Kripto yang patuh syariah.

Pilih pembiayaan hartanah yang patuh syariah.

Pilih dana unit trust yang patuh syariah.

Pilih emas yang patuh syariah. Beli emas dapat emas.

Jangan hanya dengar cakap ejen. Ejen akan dapat untung dan komisen sebaik sahaja kita melabur melaluinya. Tapi kita belum tentu untung.

IKLAN: http://bukubmw.com <——- Belajar ilmu-ilmu kewangan secara bermodul menggunakan #BukuBMW Buku Bijak Merancang Wang

BukuBMW.com
BukuBMW.com
BukuBMW.com

Jemput follow Channel Telegram Tips RM t.me/AfyanIFP untuk banyak lagi tip-tip kewangan secara PERCUMA!
PERCUMA tip kewangan di t.me/AfyanIFP
PERCUMA tip kewangan di t.me/AfyanIFP
PERCUMA tip kewangan di t.me/AfyanIFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Adakah anda melabur dalam unit trust melalui KWSP? Tahukah anda,…