fbpx

Saham dan Unit Trust Sedang Jatuh, Apa Nak Buat? Ini Pelaburan Alternatif Yang Ada

Apabila saham-saham besar Malaysia mulai jatuh, ia akan memberi impak kepada mana-mana instrumen dan produk pelaburan yang dibuat di dalam Malaysia, seperti KWSP, Tabung Haji dan ASB.

Semua instrumen ini melabur majoriti dana mereka dalam ekuiti saham di Malaysia. Cuma impak kepada pelabur tidak berlaku secara terus sebab keuntungan dividen dan hibah diumumkan setahun sekali.

Sebagai contoh, apabila KWSP dilaporkan mengalami kerugian sehari dua ini, belum ada kesan langsung terhadap pencarum KWSP lagi sekarang ini.

Tak percaya? Cuba cek akaun KWSP masing-masing, amaun masih sama atau berkurangan?

Kesan langsung akan dirasai tahun hadapan bergantung kepada pengumuman dividen KWSP.

Begitu juga dengan instrumen-instrumen lain seperti Tabung Haji dan ASB. Cuba cek, ada kurang?

Sama ada keuntungan semakin naik atau semakin kurang, bergantung kepada perkembangan 6 bulan seterusnya apabila ia ditutup pada 31 Disember 2018 nanti.

Itu pun pengisytiharan dividen tak semestinya menggambarkan prestasi tahun semasa.

Setakat ini SEMUA instrumen di atas BELUM PERNAH lagi diumumkan negatif atau tiada dividen.

Jadi, tak perlu risau sangat. Hahaha… Sampai di perenggan ini, dapat rasa bagaimana seorang penyokong tegar kerajaan berhujah.

Rilek, ini bukan posting politik.

Saya ingin menyentuh tentang pelaburan unit amanah, yang mempunyai kesan langsung apabila situasi ini berlaku.

Ya, kesan langsung sekarang ialah pada pelaburan dana unit amanah swasta.

Apabila saham-saham besar mulai menurun nilaiannya, ia memberi kesan kepada dana-dana saham amanah yang melabur dalam ekuiti Malaysia terutama dalam kategori “large cap” dan “mid cap”.

Jika rakan-rakan melabur melalui KWSP ke dalam dana-dana unit amanah yang melabur dalam pasaran Malaysia, perkembangan ini akan memberi kesan langsung kpd untung rugi pelaburan anda.

Sebagai contoh, antara dana favourite saya dan turut saya rekomen kepada rakan-rakan pelabur seperti Eastpring Investment Dana Al-Ilham dan PMB Shariah Aggresive Fund mencatatkan pulangan YTD “Year To Date” negatif dan 3 bulan negatif.

Berikut adalah maklumat pulangan dana bagi kedua-dua dana;

Eastpring Investment Dana Al-Ilham
3 bulan -3.12%
Year To Date -3.06%
1 tahun 3.06%
3 tahun 2.49%
5 tahun 6.89%
(YTD dan 3 bulan adalah negatif)

PMB Shariah Aggresive Fund
3 bulan -8.68%
Year To Date -22.76%
1 tahun -16.86%
3 tahun -0.45%
5 tahun 5%
(Semua negatif kecuali 5 tahun)

Nota: Pulangan YTD bermaksud pulangan dari tarikh 2 Januari 2018 hingga ke tarikh hari ini.

Nota 2: Pulangan untuk 3 dan 5 tahun yang ditunjukkan ialah pulangan purata kompaun tahunan atau CAGR (Compound Average Growth Return). Jika 5 tahun 5% bermakna purata 5 tahun ialah 5% setiap tahun.

—-

Soalan yang timbul di kalangan rakan-rakan pelabur ialah “apa nak buat sekarang?”

Jawapan paling mudah “watlek watpeace sudahlah”. Hahaha

Ya, jawapan itu untuk rakan-rakan pelabur yang pernah tanya saya setahun dua lepas ketika saham-saham ekuiti Malaysia jatuh dan memberi impak kepada dana-dana unit trust yang melabur ke pasaran ekuiti Malaysia.

Sebelum-sebelum ini pun pernah berlaku begini. Dan kini sedang berlaku. Dan pastinya akan datang akan berlaku lagi.

Baik, jika inginkan jawapan lebih berhemah, baca seterusnya.

Ada 3 persoalan utama yg perlu dijawab;

1. Apakah objektif pelaburan anda?
2. Adakah anda aware (nak terjemah apa ya perkataan “aware?”) tentang volatility dana unit trust yang anda labur?
3. Pada tahap mana anda bersedia untuk menghadapi kerugian dana-dana yang anda laburkan?

Sebenarnya persoalan ini perlu jawab di awal-awal pelaburan lagi.

Kita pergi satu persatu.

1) Persoalan pertama, apakah objektif pelaburan anda?

Jika ada melabur untuk jangka masa pendek, awal-awal tak perlu melabur dalam unit trust. Boleh melabur sendiri ke Bursa Malaysia sebagai trader, bukan investor.

Malah secara umumnya mana-mana pelaburan adalah utk jangka masa panjang. Sekurang-kurangnya sekitar 3.5 ke 7 tahun. Mengambil ibrah surah Yusuf.

Jadi, jika anda pelabur untuk jangka masa panjang, maka “watlek watpeace” sahaja. Melabur dengan tenang dan sabar.

Pelaburan seumpama menanam pokok. Hari ini kita tanam, bukan nak dapat buahnya esok lusa. Ia akan makan masa tertentu untuk mendapat buahnya. Dan dalam tempoh itu, pokok yang kita tanam perlu selalu siram, baca, dan mungkin juga perlu cantas dahan dan ranting yang tidak elok. Ia supaya pokok sentiasa subur dengan buah-buahan.

Boleh jadi juga macam perkahwinan.

Takkanlah baru setahun dua kahwin, nak dapat anak masuk universiti hari ni? Eh? Hahaha

2) Soalan kedua pula; adakah anda aware (nak terjemah apa ya perkataan “aware?”) tentang volatility dana unit trust yang anda labur?

Rujuk balik Fund Fact Sheet (FFS) dana yang anda laburkan. Tak tahu? Ish, Ish, Ish. FFS ini adalah dokumen wajib yang pelabur patut tahu sebelum melabur dalam unit amanah.

Dalam FFS Dana Al Ilham Eastpring, volatility dana ini ialah 7.5. Maknanya dana ini boleh naik sehingga 7.5% dan turun sehingga 7.5%.

Manakala bagi dana PMB Shariah Aggresive Fund pula ialah 14.8 bermaksud dana ini boleh naik sehingga 14.8% dan turun sehingga negatif 14.8%

Soalan kedua tadi berkait rapat dengan soalan ketiga;

3) Pada tahap mana anda bersedia untuk menghadapi kerugian dana-dana yang anda laburkan?

Kadar volatility yang diberikan bertujuan untuk memberi maklumat risiko dan potensi sesuatu dana kepada pelabur.

Pelaburan bukan sekadar tentang mendapatkan untung. Tapi juga tentang mengurus risiko rugi.

Sama macam tanam pokok tadi, tidak semestinya berbuah. Kalau dapat buah pun, tak semestinya sama sepertimana yang diidamkan. Atau macam perkahwinan tadi, tidak semestinya dapat anak. Kalau dapat anak pun tak semestinya anak masuk universiti. (Kah!)

Yang penting, ilmu.

Jadi, berdasarkan prestasi semasa, ia tak lari jauh daripada apa yang dinyatakan dalam FFS.

Baik, berbalik kepada soalan utama “”Pelaburan unit trust saya sedang jatuh, apa nak buat?”, bergantung kepada “keimanan” masing-masing.

Selepas menjawab soalan-soalan di atas, ada beberapa pilihan;

1) Biarkan, nanti akan naik. Untuk sedapkan perasaan.
2) Keluarkan, stop loss! Dah cuak dah ni.
3) Tambah lagi pelaburan. Shopping Time! Ejen kata buat averaging.

Boleh juga baca panduan lain dalam posting lama saya di blog.

Selain dari pilihan di atas, ada satu lagi alternatif yang boleh saya cadangkan.

Jika anda kurang keyakinan untuk melabur dalam negara, tukar pelaburan anda ke luar Malaysia.

Antara dana yang boleh saya cadangkan ialah;

1) CIMB-Islamic Asia Pacific Equity Fund, yg banyak melabur di negara-negara Asia Pasifik seperti Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, China, India dan lain-lain termasuk sedikit di Amerika Syarikat.

Volatility dana ini 10.19, tinggi.

Berikut prestasi dana ini;
3 bulan -3.53%
Year To Date -3.89%
1 tahun 7.21%
3 tahun 6.95%
5 tahun 11.29%

Secara umumnya, prestasi 3 bulan dan YTD adalah sama dengan dana-dana yang saya kongsikan di awal tadi. Tapi untuk tempoh 1 ke 5 tahun, jauh lebih baik.

2) Eastpring Investment Dinasti Equity Fund, pelaburan dana ini banyak didedahkan ke negara-negara Tanah Besar China seperti China, Hong Kong dan Taiwan, dan ada juga di Amerika Syarikat.

Volatility dana ini juga tinggi, 12.4%.

Berikut ialah prestasi dana ini semasa;

3 bulan -3.13%
Year To Date -0.94%
1 tahun 13.28%
3 tahun 14.18%
5 tahun 16.18%

Dana ini turut mencatat prestasi negatif bagi 3 bulan dan YTD tapi sangat-sangat menggalakkan bagi tempoh setahun ke 5 tahun.

3) BIMB Arabesque I Global Dividend Fund, ini dana yang menggunakan teknologi Artificial Intelligent pertama di Malaysia. Saya pernah berkongsi dana ini ketika mula-mula ia dilancarkan.

Dana ini baru setahun dan mencatatkan pulangan memberangsangkan. Ia dilaburkan ke market global, buat masa sekarang banyak di Amerika Syarikat serta Jepun, Kanada, Findland, Hong Kong dan lain-lain.

Prestasi dana ini;
3 bulan 7.05%
YTD 7.63%
1 tahun 10.75%

Rekod pulang tahunan, YTD dan 3 bulan sangat menarik berbanding dana-dana yang dinyatakan sebelum ini. Rekod untuk 3 dan 5 tahun pula belum ada sebab masih baru dan dikhususkan untuk pelabur yang mempunyai modal minima RM30,000.

Apapun, prestasi masa lampau tidak menjamin pulangan pada masa hadapan. Ia menunjukkan track record sesuatu dana dan kemampuan pengurus dana untuk melonjakkan dana-dana yang diuruskan.

Semua dana-dana yang saya kongsikan ini adalah dana patuh syariah. Semua dana-dana ini boleh dilaburkan melalui tunai dan KWSP, kecuali dana BIMB Arabesque I Global Dividend hanya melalui tunai minima RM30,000 sahaja.

Dapatkan detail fund fact sheet dana di website kompeni-kompeni berkaitan.

Melabur bukan semata dengan wang ringgit tapi dengan ilmu. Bukan dengan emosi dan sentimen. Apatah lagi dengan Vibranium.

Berminat? Atau inginkan review pelaburan unit trust anda sedia ada? PM tepi

Afyan Mat Rawi
Ejen cabuk Single License Investment utk lebih 100 dana patuh syariah di Malaysia.

Follow dan klik see first FB ini utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.

(DISCLAIMER: Tulisan ini bukan untuk menunjukkan pelaburan-pelaburan ini sesuai untuk semua pelabur dan memberi jaminan keuntungan. Tulisan ini juga bukan untuk menggantikan khidmat nasihat kewangan. Anda perlukan panduan daripada perunding berlesen untuk mendapatkan khidmat nasihat lengkap)

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com