fbpx

#SeminarBMW Percuma Jika Saya Menang

Muktamad.

InsyaAllah saya akan mencalonkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya kali ini.

Jika saya menang kali ini, saya akan membawa cadangan agar pendidikan kewangan bermula dari pra-sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi.

Ia akan dimulakan dengan Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMWyang diadakan di selllluuuruuuh negara secara percuma.

Ini bagi memberi kesedaran kewangan dan bagi mengelakkan rakyat terjerumus dalam #NerakaWang yang menyebabkan majoriti rakyat tidak mampu untuk untuk membuat simpanan dan tersepit dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Banyak statistik yang menunjukkan rakyat kita tertekan dengan kos sara hidup yang sebenarnya ia dapat diatasi dengan pendidikan kewangan dari kecil.

Contohnya;
– 60% pencarum menghabiskan wang KWSP dlm masa 3 tahun selepas bersara
– 3 daripada 4 rakyat tidak memiliki wang kecemasan RM1,000
– Hanya 6% rakyat yg mempunyai wang kecemasan 6 bulan gaji
– Hanya 20% pelabur unit trust melalui akaun 1 KWSP yg mendapat pulangan melebihi KWSP
– 50% kes bankrapsi berpunca dari hutang kereta
– 30% daripada rakyat yg diisytiharkan bankrap adalah dari golongan bawah usia 30-an
– Lebih 60 billion harta beku di Amanah Raya
– Hanya 14% rakyat memiliki takaful

… Dan banyak lagi data dan statistik lain.

Ia tidak semestinya dalam silibus pelajar tapi boleh diserapkan melalui aktiviti ko-kurikulum yg boleh dimulakan dari kecil.

Sejak merdeka, walaupun negara kita semakin maju tapi tahapn pendidikan kewangan rakyat masih di takuk lama.

Saya tahu, manifesto ini tidak populis. Rata-rata parti-parti politik lain yg menawarkan tawaran populis seperti menghapuskan GST, menurunkan harga kereta, menurunkan harga rumah, menurunkan kos sara hidup dan sebagainya.

Tapi percayalah, ia tidak akan membantu banyak. Ia hanyalah ibarat memotong ranting dan dahan pada pokok yang tidak berbuah atau berbuah busuk. Tidak menyelesaikan masalah utama iaitu mentaliti dan sikap.

Mentaliti dan sikap hanya boleh ditangani dengan pendidikan.

Justeru, dengan penuh rasa insaf saya ingin membawa impian untuk melihat negara kita yang lebih sejahtera, dengan rendah diri saya mengumumkan akan menyertai pilihanraya kali ini untuk menyemarakkan lagi demokrasi negara Wakanda.

Saya harap ia diterima baik oleh selllluuuruuuh rakan-rakan FB.

Wakanda Forever!

Sekian.

Afyan T’Kachaq son of T’Power
Calon Parlimen Wakanda Selatan
Wakanda INFAQ National Party (WIN)

“Plan Your Wealth, Change Your Life”

(Tolong kongsi dan like status ini supaya mesej ini sampai ke pihak sepatutnya)

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com