fbpx

Tips Memilih Perunding Kewangan

Tips Memilih Perunding Kewangan

Tips ini berguna dalam memilih ejen takaful atau ejen unit trust.

1) Pilih ejen / perunding yang berkualiti dan berintegriti. Tengok track record. Jangan mudah pilih ejen dari ejensi yang menerima aduan salah laku sehingga 20 aduan apatah lagi 70 aduan.

2) Pilih ejen yang tak lompat-lompat kompeni. Apabila suka melompat dari satu kompeni ke kompeni lain, ia boleh menjejaskan perkhidmatan kepada klien.

3) Pilih ejen yang mempunyai rekod bersih. Jangan pilih ejen dari ketua ejensi yang mempunyai rekod 20 tahun songlap duit klien. Kita boleh maafkan, tapi bukan untuk kita pilih sebagai ejen.

Gambar: coloubox.com

4) Jangan pilih ejen yang datang ejensi yang mempunyai masalah moral, salah laku, rasuah, korupsi dan sebagainya.

5) Pilih ejen yang hanya pasarkan produk patuh syariah sahaja. Jangan pilih ejen yang pasarkan kedua-dua produk patuh syariah dan produk konvensional.

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com