Bayar Selama Hampir 15 Tahun Tapi Baki Pokok Meningkat!

Tadi seorang rakan berkongsi terang perihal loan perumahannya yang sudah dibayar selama hampir 15 tahun tapi baki pokok terkini lebih besar dari amaun awal pinjaman.

 

Terkejut

Terkejut beruk saya membacanya! Kes yang biasa saya terima, ia kurang sedikit sahaja atau tidak berkurangan dalam tempoh tertentu.

Contoh kes-kes sebelum ini sila klik artikel di bawah

Artikel : 10 Tahun Bayar Hutang Rumah, Baki Pokok Hanya Kurang RM2,000

Artikel : 6 Bulan Bayar Installment, Tak Kurang Walaupun RM1

Tapi kali ini bukan sahaja tidak berkurangan, malah bertambah!

Tuan-Puan boleh baca sendiri mesej yang beliau hantar. Rujuk gambar di bawah.

Mesej dari pelanggan

Awalnya saya agak sangsi, bagaimana mungkin boleh jadi begitu. Lalu saya minta beliau berikan penyata terkini dan surat tawaran atau letter offer (LO) pinjaman beliau.

Selepas diberikan, ternyata benar apa yang di kongsikan. Rujuk gambar di bawah.

Offer letter

Pinjaman perumahannya bermula pada tahun 2005 dengan amaun RM68,028

Dalam penyata terkini tahun 2020, baki pokok pinjaman beliau ialah RM73,132. Rujuk gambar di bawah.

Baki dalam penyata

Meningkat kira-kira RM5,104!!!

Tuan-Puan boleh lihat sendiri.

Redemption letter oleh bank, yg baru dikeluarkan.

Saya kongsikan perkara ini supaya rakan-rakan alert dengan pinjaman perumahan Tuan-Puan, terutama pinjaman perumahan melalui bank. Jika LPPSA, mungkin tidak timbul isu sebegini.

Jika pinjaman bank, perlu berhati-hati dengan “default clause” yang menjadi perangkap samar pinjaman Tuan-Puan.

Sekurang-kurangnya semak setiap tahun supaya anda tahu ke mana wang ansuran itu pergi.

 

Panduan yang boleh diikuti,

Berikut beberapa panduan untuk rakan-rakan

1. Pastikan bayaran ikut jadual.

2. Pastikan jangan lewat.

3. Buat bayar lebih jangan bayar kurang.

4. Alert dengan pengumuman naik turun OPR yang akan memberi kesan.

5. Tahun-tahun awal memang akan lebih bayaran untuk keuntungan bank atau dipanggil interest atau riba dalam konvensional.

6. Jika OPR naik, pastikan bayaran ansuran ditambah seiringan.

7. Jika OPR turun, walaupun diberi pilihan untuk kurangkan bayaran, tapi sebaiknya kekal sahaja bayaran kita supaya ia banyak kepada bayaran pokok.

8. Bayaran lebihan, pastinya masuk ke bayaran pokok. Kena rujuk bank untuk memastikan ia berjalan begitu.

9. Bayaran lebih yang tidak dibayar kepada bakik pokok hanya sekadar bayaran advance sahaja.

10. Kadangkala, bank kenakan caj untuk fire insurans yang ditolak dari ansuran bulanan, jadi secara automatik bayaran ansuran ke atas baki pokok berkurangan.

11. Selain itu, semak juga MRTT yg cover pinjaman perumahan yg tidak seiring dengan coverage, jadi perlu sediakan back up dengan melanggan MLTT.

Baca: Perbandingan MRTT-MRTA dan MLTT dan MLTA

Sebaiknya pilih perbankan Islam supaya ia bebas daripada riba, namun sebagai entiti bisnes ia tetap mempunyai kadar keuntungan tertentu dalam setiap pembiayaan perumahan.

Dalam kes ini, ia adalah pinjaman konvensional.

Afyan Mat Rawi <— Jgn lupa follow dan klik see first.
INFAQ Consultancy

Sambil-sambil tu, boleh join Channel Telegram ini

 

Ada banyak lagi tip-tip kewangan dan kehidupan dikongsi di sana.

IKLAN: MLTT RM40++ utk cover RM200,000, berminat klik di sini

Inginkan sesi konsultansi bersama perunding INFAQ Consultancy tentang perkara ini? Isi borang di bawah:

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi