Seminggu dua ni saya aktif menulis perihal perbankan Islam. Sehingga ada yang kata saya back up bank. Ada pula yang label macai bank, tali barut Rostchild dsb. Saya dah kalih dah kena label. Saya masih ingat masa zaman PH, saya menulis tentang isu penjualan aset-aset TH, saya dilabel macai DAP dan walaun PAS serentak di
Kenapa saya lawan bangsa anti bank Islam? Inilah sebabnya. Baca tulisan-tulisan yang saya screnshot ini. Saya back up bank? Bukan. Sebenarnya saya bukan back up bank. Yang saya back up ialah sistem kewangan patuh syariah. Yang saya back up ialah usaha para alim ulama yang berijtihad dan berjihad membangunkan perbankan Islam supaya umat Islam bebas
Asal mahal, riba. Asal riba, mahal. Celah mana riba itu mahal dan mahal itu riba? Sebenarnya perkara ini sudah banyak kali dijawab oleh para ilmuan, tapi seperti biasa geng-geng yang bencikan bank Islam ini akan berikan pelbagai alasan untuk menolak perbankan Islam. Bukan itu sahaja, mereka menghasut masyarakat untuk membenci bank Islam dengan menghina para
Ada pepatah Inggeris menyebut, “A banker lends you an umbrella when the sun is shining and wants it back when it rains” Bank memberi kita payung ketika hari cerah, tapi mengambilnya kembali apabila hujan. Maksudnya apa? Maksudnya ialah bank membantu kita sewaktu kita senang, tapi tidak ketika hari hujan. Ini yang ramai sangat orang marah
Beberapa hari ini ramai pula yang mencadangkan saya berdebat isu Perbankan Islam dan riba. Lebih-lebih lagi selepas kenaikan OPR dan kebetulan ada debat Najib – Anwar, minggu lepas. Secara jujurnya, saya bukanlah pendebat. Tapi kalau ada orang cabar, saya usahakan untuk terima. Bukan untuk tunjuk hebat tapi untuk melawan fitnah-fitnah yang melanda. Tahun lepas ada
Membaca berita ini, mengingatkan saya beberapa kisah. Kisah pertama daripada seorang rakan yang terlibat dalam sebuah NGO besar dan terkenal yang turun memberi bantuan sebuah perkampungan baru warga miskin. Kisah kedua, daripada seorang pegawai zakat yang yang memberi bantuan kepada asnaf Kisah ketiga daripada seorang pegawai MARA yang bertanggungjawab menjaga peniaga-peniaga bumiputera yang diberikan bantuan
Saya terima soalan berkaitan OPR: “Tuan jadi dalam kontrak pembiyaan islamik keuntungan bank pun boleh berubah-ubah ya? Bukankah dalam konsep jual-beli harga barang perlu ditetapkan sebelum transaksi berlaku?” Al-Jawab: Bagi hutang dengan perbankan Islam, kadar naik turun OPR tidak menjejaskan jumlah bayaran balik hutang bank sebagaimana yang termaktub di dalam kontrak. Yang berbeza hanyalah jumlah
Sebelum ini geng-geng forex selalu menggunakan hujah forex halal di Brunei dan Indonesia. Apabila saya dedahkan sumber rasmi daripada Brunei dan Indonesia pun forex difatwakan haram, meraka cari hujah lain. Sekarang agak acap kali mereka gunakan pula hujah Arab Saudi. Kata mereka, di Arab Saudi, forex adalah legal. Tapi mereka tersilap bahawasanya legal tak semestinya
“Afyan, tahun depan dijangka hyper-inflation, sesuai ke tukar cash kepada emas, sekarang?” Jika beli emas untuk tujuan menghadapi hyper-inflation dan kegawatan ekonomi yang diamalkan berlaku SETAHUN DUA yang akan datang, ia tak sesuai. 1. Harga boleh jadi naik, boleh jadi turun dalam masa SETAHUN DUA ni. 2. Masa kita nak gunakan SETAHUN DUA nanti, belum
Cara pengurusan kewangan saya sangat konservatif dan tak berani ambil risiko besar. Saya cukup terkesan dan mengambil iktibar daripada pengajaran dalam surah Yusoff. Simpan separuh “gandum-gandum” yang dituai ketika musim “subur” sebelum berhadapan dengan musim “kemarau”. Daripada situ, berikut beberapa perkara yang saya amalkan berdasarkan kefahaman saya secara peribadi. 1. Catat setiap perkara yang dibelanjakan.