fbpx

Author: Afyan

Tempahan Kad Raya

Tempahan kad raya Takaful IKHLAS, yang berharga RM 0.80 sekeping. Pembayaran boleh dibuat melalui Maybank 164017019783. Stok terhad, saya utamakan yang membuat pembayaran awal dan mengambil by-hand di HQ Takaful IKHLAS, Bangsar South. First come first serve basis. Kad akan siap pada minggu pertama bulan Ramadhan, selewat-lewatnya 7 Ramadhan. Sebarang pertanyaan hubungi Afyan. Emel; afyan.ikhlas@gmail.com,

Kini, Semua Orang Mampu Menunaikan Ibadah Haji!

Eh, seperti tagline syarikat penerbangan pula tajuk tulisan saya hari ini 🙂 Sudahkah saudara memulakan simpanan untuk menunaikan haji? Sekiranya belum, eloklah mulakan sekarang. Bak kata pepatah Cina, masa yang terbaik untuk menanam pokok adalah 10 tahun yang lalu, dan masa kedua terbaik adalah sekarang. Haji: Simpanan vs Pelaburan Saya teringat, beberapa tahun lalu, selepas

IKHLAS Senior Citizens: Takaful Untuk Warga Emas

IKHLAS Senior Citizens: Takaful Untuk Warga Emas Seingat saya,sepanjang saya mengendalikan blog www.afyan.com, saya tidak pernah mempromosi mana-mana produk takaful secara spesifik. Sepanjang saya berblog, saya lebih menumpukan kepada penerangan konsep perlindungan takaful dan pengurusan kewangan peribadi. Ia boleh digunakan untuk semua orang tidak kira pelanggan Takaful IKHLAS atau syarikat-syarikat takaful lain di Malaysia. Tetapi,

SKY BIZ, SWISH CASH ke INFINITY DOWNLINE. Berapa Kali Rakyat Malaysia Perlu Terkena?

Skim Infinity Downline mengingatkan saya peristiwa kira-kira 10 tahun lalu. Ia berlaku kira-kira pada tahun 2000. (kalau dalam filem atau drama Melayu, bunyi sound-track flashback akan berkumandang dan skrin akan menjadi kabur sebentar dan babak seterusnya dalam warna suram atau  hitam-putih) 2000 – “ter”jebak. Pada tahun tersebut saya baru kira-kira setahun jagung menjejakkan kaki di

Majlis Fatwa Silap, Insurans Halal – “Pakar” Insurans

Beberapa hari lalu saya berdiskusi dengan seorang “pakar” insurans. Mungkin bagi para pembaca yang mengikuti perkara ini di Facebook saya, sudah mengetahui akan perkara ini. Ia bermula apabila saya terbaca satu tulisan oleh “pakar” tersebut berkenaan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan isu hukum insurans konvensional. Kata pakar tersebut, Majlis Fatwa Kebangsaan dan para ulama telah

Bagaimana Mula Menyimpan? (2)

Bagaimana Mula Menyimpan? (2) https://www.afyan.com Tulisan ini adalah sambungan daripada tulisan saya sebelum ini dengan tajuk yang sama. Jika sebelum ini, saya menyentuh tentang “berapakah jumlah yang sepatutnya disimpan?”, kali ini adalah tentang “bagaimanakah untuk menyimpan”. Bagaimanakah untuk menyimpan? Serba sedikit ia telah disebut di dalam tulisan terdahulu, ada dua cara asas untuk memulakan simpanan.

Tips: Bagaimana Untuk Menyimpan? (1)

Tips: Bagaimana Untuk Menyimpan? (1) https://www.afyan.com “Bagaimana mula menyimpan?” soalan ini bertalu-talu ditanya kepada saya melalui emel, dan juga facebook. Lebih-lebih lagi selepas saya menulis tentang perancangan simpanan pendidikan anak-anak dalam tulisan-tulisan lepas di blog ini. Antara persoalan-persoalan yang kerap ditanya di facebook saya: bagaimana cara untuk menyimpan? SIMPANAN merupakan satu tahap yang paling penting

Membuat Perancangan Simpanan Pendidikan Anak (Bahagian 2)

Tulisan ini adalah sambungan daripada tulisan sebelum ini yang bertajuk Membuat Perancangan Simpanan Pendidikan Anak. Manakah instrumen yang terbaik? Sekiranya kita menemui seorang wakil takaful untuk meminta plan terbaik bagi pendidikan anak-anak, sudah tentu dia akan mencadangkan plan takaful pendidikan. Sebaliknya, sekiranya kita menemui seorang ejen unit amanah bagi tujuan yang sama, maka sudah tentu

Simpanan Pendidikan Anak

Simpanan Pendidikan Anak “Apakah instrumen terbaik untuk membuat simpanan pendidikan anak saya?” soalan begini begitu rutin kepada saya selaku seorang perunding takaful dan kewangan Islam. Sebenarnya jawapan bagi soalan di atas sudah terkandung di dalam soalan tersebut! Jawapannya ialah simpanan. Ya, instrumen terbaik untuk membuat simpanan pendidikan anak adalah SIMPANAN! Mungkin jawapan saya ini diskredit

Faraid: Ilmu Yang Semakin Ditinggalkan (2)

Tulisan ini adalah sambungan tulisan sebelum ini Tiga Abdul dan Faraid : Ilmu Yang Semakin Dilupakan Hikmah Faraid Salah satu hikmah Allah menurunkan ilmu faraid ini adalah untuk mengelakkan berlakunya perebutan harta pusaka peninggalan si mati. Semua ahli waris mendapat hak masing-masing. Ini adalah keadilan menurut Islam. Ia berbeza dengan proses pembahagian harta bagi orang