Berita baik untuk pemegang medical card: BNM rancang dua perubahan besar dalam industri

Ada 2 berita menarik hari in

BERITA 1. Pelan insurans diseragam semua pemain industri

1. Bank Negara akan menyeragamkan reka bentuk, struktur harga dan faedah bagi pelan asas Insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) atau bahasa mudahnya, medical card.

2. Pelarasan premium akibat inflasi perubatan dan peningkatan usia akan dilaksanakan secara sederhana dan beransur-ansur untuk melindungi golongan berisiko.

3. Pengendali insurans dan takaful dilarang mengenakan caj tambahan atau ciri yang boleh menaikkan kos pelan asas ini.

BERITA 2. Syarikat insurans tak boleh sewenangnya tolak tuntutan pesakit

1. Pelan MHIT Asas atau medical card akan memperkenalkan klausa ‘no look-back’ bagi menghalang penolakan tuntutan berdasarkan penyakit sedia ada selepas satu tempoh.

2. Pelan ini bertujuan memperluas akses perlindungan perubatan, termasuk bagi individu dengan penyakit sedia ada yang stabil dan terkawal.

3. Projek perintis akan dilancarkan pada separuh kedua 2026 sebelum pelancaran penuh pada tahun 2027.

Apa pandangan anda?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Iklan

Add a Comment