fbpx

Betul ke ada produk medical card yang takkan naik harga?

  • 1 year ago
  • 4Minutes
  • 736Words
  • 1099Views

Ada seorang ejen takaful komen di posting saya, katanya dia ada produk medical card yang tak naik harga.

Kemudian saya minta untuk dia berikan PDS (Product Disclosure Sheet) produk berkenaan.

Katanya, dia nak PM, dan saya maklumkan kongsikan sahaja secara public.

Selepas dia kongsikan, saya pun buat semakan dan dapati bahawa produk itu dinyatakan secara jelas

“Kadar Caruman adalah tidak dijamin dan tertakluk pada semakan semula pada ulang tahun Sijil. Pengendali Takaful boleh menyemak semula kadar Caruman dengan memberi 3 bulan notis bertulis terlebih dahulu kepada Peserta”

Kawan-kawan,

Sepanjang pengalaman saya menjadi ejen takaful selama 20 tahun, saya tak jumpa lagi produk medical card yang tidak naik harga.

Kalau ada, ia sangat menakjubkan. Ia sebenarnya tak mustahil, tapi agak sukar.

Jika dibandingkan dengan medical card konvensional, kenaikan medical card tidaklah terlalu mendadak berbanding medical card takaful.

Sebab apa? Mentaliti orang Melayu Muslim yang melanggan medical card.

Orang kita, apabila langgan medical card – kalau tak berlaku claim dalam tempoh tertentu, mereka akan rasa rugi langgan takaful kemudian mereka bertindak untuk batalkan polisi.

Apabila ia berlaku, tabung tabarru takaful akan semakin kecil dan apabila berlaku renewal, ia terpaksa dinaikkan untuk menampung kos claim.

Berbanding medical card konvensional yang majoritinya bukan daripada orang Melayu.

Mereka melanggan medical card dengan kesedaran bahawa ia adalah untuk perlindungan kewangan apabila dimasukkan hospital.

Ia bukan berlaku secara tiba-tiba. Ia ada kisah dan kronologi tersendiri sehingga berlaku apa yang terjadi hari ini.

Saya ringkaskan begini;

1. Ia bermula dengan “mind-setting” dan mentaliti orang melayu terhadap takaful; “Rugi ambil takaful kalau tak berlaku apa-apa”.

2. Sebab itu kadar penembusan takaful tak sampai 20% walaupun sehingga kini ada kira-kira 10 kompeni takaful dan takaful sudah bertapak lebih 30 tahun.

3. Apabila medical card takaful mula muncul dan popular dalam pasaran tahun 2009, ejen gunakan produk “medical card” utk menarik pelanggan.

4. Ketika itu juga berlaku banyak kes “sailang” pelanggan yang sedia ada melanggan polsii takaful life tanpa medical card dgn ayat “Rugi langgan takaful kelauarga tak ada medical card, sebab mati baru dpt claim. Kalau ambil medical card, boleh claim jika masuk hospital. Tak perlu tunggu mati, lumpuh, sakit kritikal”

5. Dari situ, selepas pelanggan yg rata-rata Melayu melanggan polisi medical card, akan digalakkan oleh ejen untuk claim. Sakit sikit, minta masuk hospital walaupun tak masuk wad pun tak mengapa.

6. Selalunya produk medical card yg diambil akan attach sekali dengan rider elaun hospital. Jadi, apabila masuk hospital akan ada 2 jenis claim yakni claim medical card dan claim elaun hospital.

7. Pelanggan seronok dengan claim elaun hospital sebab duit dapat pada mereka. Malah ada ejen yang ajar supaya langgan 2 polisi supaya elaun hospital akan lebih banyak dapat. Jika satu polisi hanya cover maksima RM500 sehari, jadi dengan langgan 2 polisi dapat RM1,000 elaun hospital sehari.

8. Dari situ juga menyumbang kes-kes tuntutan yang poalsu (fraud claim). Ada kes yang berlaku, ejen berpakat dengan pelanggan dan doktor utk memalsukan kemasukan hospital demi untuk mendapatkan claim.

9. Ada satu kes fraud claim yg “kantoi” apabila pihak syarikat melalui bahagian claim mereka perasan ada klien berkenaan akan masuk hospital setiap kali cuti sekolah. Hendak dijadikan cerita, pada satu kali pihak claim menerima report klien tersebut masuk hospital, terus mereka buat “spot-check” ke hospital berkenaan dan mendapati klien tiada di hospital!!!!

10. Bagi kes tersebut, claim yg dilakukan bukan oleh seorang tapi satu keluarga! Mereka sebenarnya pergi bercuti setiap kali cuti sekolah dan kemudian palsukan laporan kemasukan ke hospital. Jadi mereka bercuti menggunakan duit claim palsu menggnakan takaful. Kreatif kan?

11. Orang kita memang kreatif bab ini. Ia berpunca dari mentaliti “Rugi langgan takaful kalau tak berlaku apa-apa”. Kreativiti ini melibatkan ejen dan pelanggan serta doktor yang tidak bertanggungjawab. Win-win-win situation kononnya. Pelanggan win, dapat claim. Ejen win dapat sales dan testimoni. Malah doktor juga win sebab dapat income dan bisnes apabila pelanggan masuk hospital. Tapi ada pihak yang loss, iaitu TAKAFUL.

12. TAKAFUL jadi rugi kerana apabila claim tinggi, maka tabungan tabarruk menjadi semakin sikit. Apabila terjadi sebegitu, antara tindakan yang diambil oleh syarikat takaful antaranya:

  • Memansuhkan elaun hospital.
  • Meninggikan caruman bagi pelanggan baru dan lama
  • Mengetatkan proses claim.

14. Apabila ia berlaku, ia satu kerugian yang berlaku terhadap INDUSTRI TAKAFUL. Ya, keseluruhan industri takaful menerima impak buruk atas apa yang berlaku. Kos takaful meningkat yang terpaksa ditanggung oleh pelanggan-pelanggan keseluruhannhya termasuk yang tidak bersalah memalsukan tuntutan.

15. Jangan salahkan pengguna semata dalam hal ini. Dalam hal ini, para ejen sepatutnya memberi advise apa yang sepatutnya bukan melayan mentaliti tersebut. Yang jadi masalah besar ialah apabila segelintir ejen sendiri pun bermentaliti sedemikian.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Bagus idea ini. Tapi mesti ramai ramai anak muda yang…