Cara Saya Urus Kewangan
Di kala ekonomi perlahan sebegini, saya sangat lega kerana tidak mempunyai banyak hutang dan komitmen.
Beberapa bulan lepas, saya terbaca status tulisan seorang pelabur hartanah tegar. Katanya seandainya masa boleh diputar, dia tidak akan membeli hartanah banyak-banyak.
Pasaran hartanah sekarang memang terkesan apabila banyak rumah tidak dapat dijual dengan harga pasaran, harga rumah jatuh, sewa terpaksa diturunkan disebabkan kesukaran mencari penyewa, homestay langsung tak boleh jalan dan sebagainya
Mujurlah saya hanya ada 2 hartanah yang dibeli untuk tujuan sewa dan ketika krisis kali ini, walaupun negatif tapi dengan jumlah yang sangat tolerance iaitu hanyalah beberapa ratus RM sahaja seriap bulan apabila ditolak dengan ansuran bank.
Dalam kewangan, cara saya menguruskan wang adalah sangat konservatif dan tidak agresif.
Berhutang hanya apabila:
- Perlu tersangat-sangat perlu.
- Bersedia sesedia-sedianya
Saya huraikan di bawah:
Perlu tersangat-sangat perlu
Hutang yang saya ada, hanylah hutang rumah dan hutang kereta.
Rumah untuk kita tinggal. Kereta untuk bergerak.
Yang lain-lain, saya akan pastikan beli secara tunai. Kalau tak ada duit? Buat simpanan, bukan buat hutang. Lagi pun kebulur pun kalau kita tak pakai phone mahal, rumah tak ada perabot, tak ada water filter dsb.
Tanpa hutang personal loan, tanpa hutang PTPTN, tanpa hutang ASB Financing, tanpa hutang bisnes, tanpa hutang makro kredit, tanpa hutang barangan elektrik, tanpa hutang perabot, tanpa hutang water filter, hutang handphone dan sebagainya. Kad kredit akan dibayar langsai setiap bulan. Pakai hanya untuk dapat point.
Saya banyak fokus kepada simpanan berbanding pelaburan. Pelaburan yang banyak lakukan adalah pelaburan yang kita boleh kawal sendiri iaitu pelaburan dalam bisnes sendiri. Juga pelaburan yang mudah dicairkan seperti emas, saham private mandate dan unit trust.
Bersedia sesedia-dianya
Jika nak buat hutang, saya akan pastikan 2 perkara asas ini:
- Saya mempunyai deposit 10%, walaupun membeli hartanah yang di bawah nilai pasaran atau membeli kereta dengan full loan.
- Saya mempunyai simpanan dengan jumlah sekurang-kurangnya setahun untuk hutang tersebut.
Contohnya, saya ingin membeli kereta berharga RM50,000 dengan ansuran RM700 sebulan, maka saya akan pastikan simpanan ada:
RM5,000 sebagai deposit 10% walaupun kereta tersebut dibeli dengan cara “ful loan”.
RM700 × 12 bulan = RM8,400
Total RM13,400.
Masih guna kaedah yang sama
Kaedah sama juga saya gunakan dalam perkara lain berkaitan hutang dan kewangan.
Ketika saya apply kad kredit suatu ketika dahulu, saya akan pastikan ada simpanan bersamaan dengan limit kad kredit tersebut. Jika limit kad kredit saya RM5,000, pastikan ada simpanan RM5,000.
Ketika saya nak ambil staf dengan gaji RM1,500 sebulan, saya pastikan ada simpanan reserve bisnes sebanyak RM1,500 × 12 bulan = RM18,000.
Begitu juga ketika nak beli rumah pun saya guna kaedah yang sama. Untuk rumah saya tambah satu lagi kos-kos lain yang kena ready seperti legal fees, SNP, renovation sekitar 5%.
Begitu juga kalau nak beli barangan mahal seperti handphone, perabot, laptop, barangan elektrik dan sebagainya. Kalau saya nak beli, simpan duit dulu. Cukup duit, baru beli. Dan selalunya apabila dah cukup simpanan, kita rasa sayang nak guna duit tu untuk beli barang. Hahaha…
Alhamdulillah, dengan kaedah ini, tak lah menjadikan saya kaya raya & jutawan segera. Tapi menjadikan saya sentiasa cukup dan tenang dan tenteram setiap masa.
Teringat satu kata-kata
“Biar hidup miskin sebab nak bayar hutang, daripada mati dalam keadaan berhutang”
Tip-tip kewangan lain, saya kumpulkan dan terbitkan dalam Buku Bijak Merancang Wang. Sekarang ada pvomosi buku + eLearning + eWorkBook dalam siri Bijak Merancang Wang ini.
Klik www.bukuBMW.com untuk belajar lagi ilmu-ilmu kewangan secara bermodul menggunakan buku Bijak Merancang Wang.
Jika nak dpt ilmu kewangan PERCUMA, sertai Telegram
Afyan Mat Rawi, IFP
Penulis buku Bijak Merancang Wang
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran