“Dengan saham saya mampu menjana keuntungan RM500,000 dalam masa 3 hari!”, kata seorang “guru” saham dalam satu ceramah dan sejurus selepas itu upsell kelas dan coaching yang berharga berpuluh ribu. . . . “Bro, kalau betul kau boleh buat untung sebanyak itu dalam masa 3 hari hanya dengan melalui saham, tak perlu dah kau buat
1. Kegawatan ekonomi bukan berlaku secara tiba-tiba. Ia datang dengan pelbagai tanda dan amaran. 2. Jika pada zaman Nabi Yusuf, Allah berikan tanda melalui mimpi Raja Mesir yang melihat 7 ekor lembu gemuk dimakan oleh 7 ekor lembu kurus. 3. Hari ini pun Allah sudah berikan tanda-tanda awal sejak beberapa tahun lalu. Nilai ringgit jatuh,
Penipu tidak akan mengaku dirinya menipu sekalipun sudah terang-terang dia menipu. Jika tidak, kerjayanya sebagai penipu akan tamat di situ. Ingat lagi kes Tok Bomoh scammer kes penipuan emas beberapa tahun lalu? Kes itu melibatkan billion ringgit, beribu-ribu mangsa, malah ada yang ingin bunuh diri, dan ada yang jadi kes polis – tapi sehingga sekarang
Skim cepat kaya perlu dijauhi sebelum ia tersontot bukan selepas ia tersontot. Jika selepas tersontot baru nak minta balik modal, itu sudah terlambat. Jadi, jika sudah nampak sesuatu syarikat mempunyai ciri-ciri scammer seperti menawarkan skim too good, masuk watchlist BNM, berdolak-dalik soal pematuhan syariah, dan sebagainya maka eloklah lari jauh-jauh 100km/j. Bukan terus bersama dan
PERHATIAN buat pemegang polisi takaful. Terutama bagi yang melanggan medical card atau hibah takaful. Pernah tak rakan-rakan semak berapa coverage untuk pampasan PENYAKIT KRITIKAL? Majoriti pemegang polisi takaful yang saya jumpa, hanya fokus kepada medical card dan mengabaikan coverage income protection. Manakala bagi pemegang polisi hibah takaful pula, masih belum complete fungsi income protection apabila
Tip RM | Kualiti VS Populariti. Kualiti dan populariti adalah 2 perkara berbeza. Dalam menggunakan fasiliti dan produk kewangan yang ada di pasaran, jangan semata-mata terpengaruh dengan populariti dan branding. Populariti dan branding adalah aktiviti marketing. Ia tiada sangkut paut dengan kualiti produk yang kita langgani. Contoh, unit amanah yang paling baik dari sudut performance
Tip RM | Dollar Cost Averaging / DCA Kaedah ini selalu digunakan dalam pelaburan saham dan saham amanah. Dalam kaedah ini, pelabur membeli dana atau saham pilihan mereka secara berkala secara bulanan atau suku tahunan. Contohnya, membeli saham X setiap bulan dengan harga RM1,000 setiap bulan. Tidak kira harga meningkat atau menurun, pelabur membeli secara
Info RM | Sempena MERDEKA Tahap kewangan yang masih DIJAJAH ialah perbelanjaannya melebihi pendapatannya. Tahap kewangan yang STABIL ialah pendapatannya melebihi perbelanjaannya. Tahap kewangan yang MERDEKA pula ialah pendapatan pasif melebihi perbelanjaan. Manakala, suami yang MERDEKA pula ialah pendapatannya melebihi perbelanjaan isterinya. Hoho!
Letih. Kalau dahulu, jika ada orang tanya skim-skim pelik saya akan respon supaya “Berhati-hati”, “Jangan mudah terpengaruh”, “Lari jauh-jauh”, “Pilihlah yang tidak meragukan”, dan lain-lain. Itu dulu. Tapi sekarang saya jawab begini sahaja. “Cuba la masuk, nanti kita tengok”, “Cuba la join”, “Masuklah, nanti kita tengok dua tiga tahun lagi”. Perbezaan utama saya dapat ialah,
7 tip awal sebelum memulakan pelaburan. 1. Mulakan melabur dalam ilmu. Beli buku, datang seminar, datang kursus dan lain-lain. Mentor kami berpesan, jika mahu melabur dalam hartanah, baca sekurang-kurangnya 10 buah buku tentang hartanah. Lebih banyak lebih baik. 2. Disiplinkan membuat simpanan sebelum mengambil risiko melabur. Jika simpanan pun tak berapa hendak boleh buat, jangan