FAQ Takaful (3) : Apa beza Takaful IKHLAS dengan PruBSN Takaful?
Soalan cepu mas daripada Cik Puan Zahida Zakaria melalui FB www.facebook.com/RahsiaTakaful:
“Apa beza Takaful IKHLAS dengan PruBSN Takaful?”.
Jawapan:
Analogi mudah yang yang boleh diberikan – ia umpama beza di antara Bank Islam dengan Bank Muamalat, kedua-duanya adalah bank dan fungsinya sama tapi berbeza dari segi operasi, produk dan lain-lain.
Begitu juga beza di antara Takaful IKHLAS dengan PruBSN Takaful, malah dengan syarikat-syarikat pengendali takaful yang lain di Malaysia. Semuanya menyediakan perkhidmatan perlindungan kewangan, tetapi berbeza dari segi produk, operasi dan lain-lain lagi.
Tambahan soalan daripada beliau lagi:
“tapi prubsn asal dari prudential. tauke dia bukan cina ke?”
Jawapan:
Lagi soalan kontraversi daripada Cik Puan Zahida 🙂
Analogi mudah yang boleh saya bandingkan, sama seperti jawapan yang saya berikan terhadap soalan Tuan Asyraf “Adakah semua takaful halal”.
Sebagaimana produk-produk yang ada cop “Halal JAKIM” yang ada di pasaran, ada juga yang dikeluarkan oleh orang-orang non-muslim. Dari segi fizikal dan zat produk-produk tersebut telah disahkan halal oleh JAKIM. Namun, jika kita mempunyai kemampuan untuk mengesahkan kehalalannya, ia adalah lebih baik.
Kami sedang mengumpulkan FAQ tentang takaful. Apa yang bermain-main di fikiran Tuan-Puan apabila terbayangkan “takaful”? Jika ada, boleh ajukan kepada kami.
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
Assalamualaikum, Saya nak berhentikan takaful anak-anak saya seramai 4 orang yang saya buat melalui potongan Biro Angkasa kerana saya sdg menghadapi masalah kewangan yang sangat kritikal. Bagaimana caranya?Mohon jasa baik En Afyan beri tunjuk ajar. Terima Kasih.
Pn Aini,
Saya simpati masalah Puan. Sebaiknya rujuk kepada ejen Puan atau terus kepada syarikat takaful Puan.
takaful ikhlas syarikat pengendali takaful yang diberi lesen takaful. pru bsn takaful adalah lesen takaful yg diberikan kpd prudential insurance unutk menjuak produk takaful. pada masa yg sama dia boleh jual produk insurance konvensional,begitu juga dengan etiqa takaful..tiada syarikat etiqa takaful sdn bhd.etiqa insurance sdn bhd sahaja yg ada yg, mana diberikan lesen utk jalan kan perniagaan takaful. etiqa insurance boleh juga mnejual produk insurance.takaful malaysia dan ikhlas ialah syarikat takaful yg hanya ada lesen takaful untuk menjalannkan perniagaan takaful
Soalan subjektif, jawapan pun subjektif.
Boleh dijawab mengikut pelbagai perspektif.
Soalan saya, syarikat Takaful mana yang paling bersih dan lebih diyakini produk, operasi dan lebih “bertimbangrasa” dalam urusan tuntutan@pembayaran perlindungan yang di janjikan?
🙂
Saya rasa kita perlu berbincang tanpa takut2 asalkan maklumat yang diberikan betul. Kalau dah betul penasihat yang pakar kenapa malu2 menjawab. Saya perlukan maklumat. KAlau sondol jer, apa guna kawan2 yang mungkin tak mahu terkena pada yang lain, bahkan ada pakar pulak asyik bagi maklumat umum. Maafkan saya
Ya, sememangya ia maklumat umum dan pendekatan blog ini adalah berasaskan khidmat nasihat dan bukan berasaskan produk.
Jika mahukan khidmat nasihat khusus, boleh aturkan temujanji utk memudahkan proses penyediaan proposal dilakukan.
Antara pengendali takaful, sumber modal syarikat takaful mana yang tidak ada unsur syubaha atau gharar?
Insurans Yahudi memang nampak potensi Takaful secara global..bak pepatah orang makan keju..if you can’t beat them join them..Profesional takaful bukan Islam lebih handal market dan menulis artikel dan jurnal mengenai model dan produk takaful.
Tanda2 kiamat…org yg bukan Islam/ahli menguasai perbankan Islam dan takaful secara global.
takaful ikhlas syarikat pengendali takaful yang diberi lesen takaful. pru bsn takaful adalah lesen takaful yg diberikan kpd prudential insurance unutk menjuak produk takaful. pada masa yg sama dia boleh jual produk insurance konvensional,begitu juga dengan etiqa takaful.
kalu prubsn backup nya prudential, etiqa takaful backupnya etiqa /maybank, takaful ikhlas pula siapa backupnya. bukan ke backup besarnya juga tak ada cop halal Jakim. Maaf soklan cepumas ni. Cerita asalnya tentang ni saya terdengar dalam satu ceramah takaful juga tapi saya bukan orang insurans jadi tolongler elaborate…
saya menasihatkan kepada sesiapa yg ada membuat takaful utk keluarga jika ada masalah kwgn sebaiknya jgn tarik diri dari takaful..ini je yg boleh membantu jika kita ditimpa musibah…mungkin ngn cara boleh mengurangkan bayaran..boleh hubungi agen masing2…
Assalaamua’laikum, tuan. Bagaimana cara untuk saya jadi agen di Takaful Ikhlas? Mohon dijawab melalui e-mail.
Assalamu’alaikum Wrmbth, pendekatan tuan memang tenang. Mengingatkan saya pada kisah luqman hakim dan anaknya menunggang keldai. Lebih kurang beginilah kisahnya.
Anaknya menunggang keldai, Luqman berjalan orang berkata” Zalim anaknya kerana biarkan bapanya berjala”
Kemudian anaknya turun dan luqman menunggang keldai. Orang sekeliling berkata “kasihan anak tersebut, bapanya tak berperikemanusiaan kerana biarkan anak berjalan”
Kemudian mereka berdua turun dari keldai dan berjalan bersama2. Orang sekeliling berkata “alangkah bodohnya mereka, ada keldai tapi tidak ditunggang”
Akhirnya mereka berdua menaiki keladai bersama2. Orang sekeliling berkata “Zalimnya menunggang keldai melebihi had”
Pengajarannya, buatlah apa yang perlu tanpa peduli sangat pandangan orang lain. MEsti ada yang tak setuju
Teruskan menulis tuan
apakah makna MNRB? Bukan ke tu bermaksud Malaysian National Re-Insurance Bhd? adakah dalam takaful ada Re-Insurance atau Re-Takaful?
Ya, betul.
Assalamualaikum Pn. Aini.
Berikut saya berikan jawapan yg mungkin boleh membantu masalah Pn. Aini. Masalah kewangan untuk meneruskan polisi sedia ada bukan sesuatu yang baru. Kerap kali ia berlaku kerana beberapa perkara termasuklah pembelian melepasi kadar mampu ketika ia di AKAD.
Pn. Aini masih boleh mendapat manfaat TAKAFUL dengan cara MENUKAR PLAN TAKAFUL puan. Yakni bertukar dari polisi yang ada “Pulangan Tunai” kepada polisi yang “TIADA PULANGAN TUNAI”.
Objektif perlindungan dan MANAFAAT tetap sama. Jenis Polisi ini dikenali sebagai “Term Insurance” dalam terma insurance conventional.
Sumbangan @ premium bagi polisi jenis ini LEBIH MURAH dan MAMPU MILIK. Jenis polisi ini juga WUJUD pada syarikat-syarikat TAKAFUL.
Pn. Aini boleh menghubungi pihak takaful puan melalui talian hotline dan buat appointment untuk bertemu eksekutif customer services (bukan agen) dan ia akan diselesaikan pada waktu itu juga. Apa yang puan perlukan adalah ;
Bertukar kepada produk takaful yg mampu milik tanpa menjejaskan ASAS Perlindungan yang ASAL. Pn. Aini akan mendapati bahawa produk ini tidak akan memberikan ganjaran-ganjaran pulangan (return of investment), TATAPI .. ia tetap akan menyediakan Perlindungan Asas sepertimana polisi yang ada sekarang.
Jika, satu ketika nanti budget puan improved .. maka puan boleh menyertai semula jenis-jenis polisi yang menyediakan ganjaran pulangan. Apa yang penting Perlindungan Asas pada ketika ini.
Akan tetapi, jenis polisi ini JARANG sangat dijual oleh AGENSI TAKAFUL dan Insurance kerana faktor KOMISEN dari hasil jualan sangat rendah (10% sahaja) KECUALI jualan pada level syarikat atau organisasi yg melibatkan jumlah sumbangan yang besar (Group Term Life @ Premium mencapai Ribuan Ringgit). Kalau dijual kepada individu, sumbangan terlalu kecil (tak sampai seratus ringgit untuk satu individu untuk SETAHUN).
Maka sebab itulah Term Life Takaful ini tidak mendapat keutamaan dalam senarai produk-produk jualan individu.
Daripada jawapan-jawapan untuk masalah Pn. Aini ini, saya melihat hampir semuanya mencadangkan Pn. Aini berhubung dengan agen puan untuk tindakan….. !!!!
Maaf cakap disini, ini bukan jawapan ikhlas.
Merujuk kepada orang lain dalam menyelesaikan masalah PADA KETIKA anda mampu menyelesaikan dan memberi panduan adalah satu tindakan TIDAK IKHLAS.
Juga dengan memberi gambaran (mencetus) syubaha atau gharar tehadap syarikat takaful yg lain juga adalah satu tindakan TIDAK PROFESSIONAL especially bila mana ia tidak disertakan BUKTI.
Kesan dari tindakan ini akan mencetus perasaan syak wasangka yang tidak diperlukan. Ia akan memberikan kesan buruk terhadap syarikat lain.
Seperti mana kata saudara RASHID, kita perlu berani untuk berbincang dan berani menerima kritikan. Jika benar maka saya nasihatkan kepada yg berkenaan supaya lebih beretika dalam kerjaya yang sangat baik ini.
Baca dan fahamkan masalah pelanggan. Beretika dalam menyediakan penyelesaian.
Wallahualam.