fbpx

Hikmah Yang Tersembunyi di Sebalik Covid-19 dan Moratorium: Beza Perbankan Islam dan Perbankan Konvensional

  • 3 years ago
  • 1Minute
  • 200Words
  • 907Views

Antara hikmah yang tersembunyi di sebalik Covid-19 dan moratorium ini ialah ramai dah mula nampak perbezaan antara sistem perbankan Islam dan perbankan konvensional.

Saya sertakan beberapa screnshoot FAQ berkaitan moratorium yang dikeluarkan oleh BNM dan beberapa bank ini.

Bagi produk perbankan konvensional, kadar faedah akan meningkat dan kompoun seiring masa 6 bulan moratorium yang berjalan.

Manakala bagi produk perbankan Islam pula tidak ada kompoun bagi keuntungan bank dalam tempoh tersebut. Baki hutang pokok dan keuntungan bank tetap berjalan seperti biasa, cuma ia tidak dikompaun dan tempoh hutang bertambah 6 bulan.

Apapun, rakan-rakan boleh merujuk kepada bank masing-masing. Setiap bank dan produk, mungkin ada perbezaan praktis untuk moratorium ini.

Jika ada maklumat bank-bank lain boleh kongsikan di ruangan komen.

Yang saya jumpa ini ialah dalam website BNM, Public Bank dan Maybank

Semoga dengan perkongsian ini, ramai-ramai kita menyokong perbankan Islam berbanding konvensional.

Memilih yang halal itu fardhu.

Kartun di atas paling tepat untuk menggambarkan situasi di kalangan pembenci-pembenci perbankan Islam.

Moratorium BNM. Sumber BNM

Saksikan penerangan secara live; “Sama je ke perbankan Islam dengan perbankan konvensional?” oleh Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah (pakar muamalat, ahli majlis fatwa dan founder muamalat.my)

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
  Ada seorang rakan bertanyakan pandangan tentang kesempatan melabur dalam…