fbpx

Jika ada masalah dengan Koppim, Malakat Mall, Brainy Bunch, salurkan aduan kepada PPIM

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 208Words
  • 1043Views

Sebenarnya, selepas tawaran saya kepada PPIM untuk diskusi topik Islamic Banking, yang dijawab oleh Coach Fadzil, tapi tak jadi sampai sudah sesi diskusi tersebut – saya terima banyak mesej aduan berkenaan KOPPIM, Malakat Mall, Brainy Bunch.

Aduan daripada pelabur, pelanggan, parent dan pekerja berkaitan beberapa institusi perniagaan tadi.

Ada aduan tentang duit pelaburan, ada tentang yuran, ada tentang KWSP, dan seumpamanya.

Suka saya nyatakan, fokus utama saya adalah isu tuduhan PPIM yang mengatakan bahawa perbankan Islam riba, haram dan tidak patuh syariah.

Asalnya mereka acah-acah nak balas melalui Coach Fadzil, tapi selepas saya jawab satu persatu, langsung tidak ada respon selepas itu malah siap kena blok lagi.

Soalan saya pasal audit kewangan dan penasihat syariah – sampai ke sudah tidak dijawab.

Saya tidak akan berganjak daripada pendirian asal saya selagi mana PPIM tidak menarik balik tuduhan fitnah mereka.

Isu-isu sampingan lain, bukan fokus utama saya buat masa ini.

Mungkin kepada yang hadapi masalah, boleh buat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) .

Mungkin PPIM boleh bantu jika betul ada isu tak bayar EPF, isu silibus sekolah, isu pelajar sekolah tak belajar, isu dividen tak dibayar, dan seumpamanya.

Memang perjuangan PPIM adalah untuk membawa isu-isu kepenggunaaan sebegini rupa.

Boleh ke macam tu?

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
AFYAN:The Unsontot Story Sesuai tak buku TERSONTOT DI PINTU SHORGA…