fbpx

Lihat bagaimana kes ejen takaful misselling & misleading produk takaful haji

  • 1 year ago
  • 4Minutes
  • 688Words
  • 736Views

Banyak kali kongsikan bahawa “takaful adalah untuk perlindungan dan bukan untuk pelaburan dan simpanan“.

Ia bukan sengaja untuk menimbulkan ketegangan tapi untuk mengelak berlakunya kes-kes misleading sebegini.

Ini contoh kes yang pernah saya handle dan pelanggan bersedia untuk follow nasihat saya dan mereka izinkan saya kongsikan kisah mereka untuk tatapan umum.

Selain daripada kes sebegini, bayak kes-kes lain yang saya terima tapi tak ramai yang ingin mengambil tindakan atas pelbagai faktor, yang yang paling biasa sebab nak jaga hubungan dengan ejen.

Ejen sebegini mungkin tak ramai tapi apabila dibiarkan maka ia akan berleluasa.

Bak kata Saidina Ali, “kejahatan akan terus ada bukan sebab banyaknya orang jahat. Tapi disebabkan diamnya orang-orang baik”.

Jika saya hanya fikir tentang periuk nasi dan bisnes semata-mata, tak perlu pun buang masa untuk fokus perkara-perkara yang tidak datangkan bisnes sebegini.

Lebih baik fokus kepada aktiviti pemasaran dan sales untuk dapat lebih banyak bisnes.

Membantu perkara-perkara sebegini banyak habiskan energi dan menambah haters dari kalangan pemain industri.

Malah berisiko juga diadukan kepada pihak berwajib dengan alasan menimbulkan suasana tidak harmoni dalam industri kewangan, sebagaimana yang saya pernah kena pada tahun 2017 dahulu.

APA BERLAKU DALAM KES INI?

Dalam kes yang saya kongsikan ini (rujuk screenshot di bawah), pelanggan adalah pasangan suami isteri yang melanggan sebuah polisi takaful yang dijanjikan pulangan tinggi dan memudahkan pendaftaran haji mereka.

Ketika berjumpa saya, mereka baru sahaja melanggan polisi berkenaan lebih kurang seminggu lebih dan ceritakan kelebihan polisi berkenaan bahawa 90% akan dilaburkan dan ada kerjasama dengan Tabung Haji. Tapi apabila saya buka website rasmi kompeni tersebut, maklumat berbeza didapati.

Ketika itu mereka belum menerima polisi. Saya beritahu mereka, nanti apabila polisi diterima, semak balik dalam polisi dan minta ejen tunjukkan apa yang beliau ceritakan di dalam buku polisi

Saya katakan kepada mereka “Tuan-Puan berdua tak perlu percaya kata-kata saya, tapi percayalah kepada apa yang ditulis alam polisi. Ia akan mengikat Tuan-Puan selama tempoh polisi. Jika kandungannya selari dengan apa yang Tuan-Puan mahukan, boleh teruskan”.

Lebih kurang begitulah pesanan saya. Beberapa minggu selepas itu mereka menghubungi saya dan maklumkan mereka sudah bertemu dengan ejen untuk serahan polisi dan ternyata kandungan polisi tidak sama dengan apa yang dikongsi ketika presentation.

Tidak ada pun yang dikatakan allocation 90% untuk pelaburan tadi. Yang ada ialah 90% wakalah fees dan hanya 10% yang masuk ke akaun peserta. Saya terangkan ia bukan salah produk, ia ada manfaatnya. Jika kita faham manfaatnya dan bersesuaian dengan matlamat kewangan kita, boleh teruskan.

Tapi akhir sekali pasangan suami isteri itu mengambil tindakan untuk membatalkan polisi dan mendapatkan kembali wang takaful yang mereka bayar sebelum ini.

Pengakhiran kes ini, mereka dapat balik hak mereka.

APA PENGAJARAN YANG KITA DAPAT?

Saya kongsikan perkara ini supaya para pengguna alert dengan perkara ini agar menjadi pengguna bijak, bukan pengguna terpijak.

Kerjaya usahawan merupakan kerjaya yang mulia kerana ia usahawan yang jujur disabdakan Rasulullah (s.a.w) akan bersama dengan para nabi dan Rasul di akhirat kelak.

Apatah lagi usahawan dalam bidang takaful yang mengajak orang ramai berhijrah dari sistem konvensional kepada sistem bebas riba, dan yang penting sebagai medium perlindungan kewangan seandainya berlaku musibah.

Namun ada segelintir ejen yang merosakkan imej bisnes takaful sehingga orang ramai sangsi dengan takaful. Saya tiada statistik untuk perkara ini.

Statistik yang ada ialah kadar penembusan takaful di Malaysia masih sekitar 15% dalam masa 40 tahun takaful wujud di Malaysia!

Bayangkan, statistik ini tak jauh beza ketika saya mula-mula menyertai bisnes ini pada tahun 2013. Selepas hampir 20 tahun saya dalam bidang in, tak banyak yang berubah walaupun syarikat takaful semakin banyak, produk makin banyak dan ejen-ejen pun makin ramai. Pelik kan?

Antara kriteria negara maju ialah kadar penembusan insurans yang tinggi.

Tapi di Malaysia, kombinasi kadar penembusan takaful dan insurans hanyalah sekitar 55 % sahaja, jika dibandingkan dengan negara-negara maju lain. Malah di negara jiran, Singapura, saya pernah diberitahu bahawa kadar penembusan lebih 200%!

Negara yang maju ialah negara yang rakyatnya celik kewangan. Jadi pengguna bijak bukan pengguna terpijak.

Buat pemegang polisi takaful, semak polisi anda dan pastikan ia sama dengan apa yang ejen ceritakan.

Kepada yang baru bercadang, semak Product Disclosure Sheet suapaya ia seiring dengan apa yang diceritakan oleh ejen.

Anda mampu mengubahnya.

SHARE jika bermanfaat.

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi IFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tadi saya kemaskini status yang berbunyi: "Orang Islam tak boleh…