fbpx

Membongkar Penipuan Hindu Menyamar Mamak Muslim Bukan Rasis

  • 3 years ago
  • 4Minutes
  • 824Words
  • 541Views

Posting ini adalah rentetan tulisan sebelum ini (baca artikel di bawah) berkenaan orang non-Muslim yang menyamar atau memberi persepsi sebagai Mamak Muslim

PESANAN MESRA: Baca sampai habis sebelum komen supaya faham isu dan konteks setiap ayat. Ada 4 gambar dan setiap gambar ada keterangan dan konteks tersendiri yang saling berkaitan.

Rujuk gambar di bawah.

gambar pertama

Itu gambar saya bersama Mr Rajesh, seorang usahawan India beragama Hindu berasal dari negara India dan bukan warga Malaysia. Cakap Melayu pun tak berapa fasih. Saya kongsikan pengalaman dengan beliau di bawah

Semalam, apabila saya tulis tentang isu Restoran Hindu yang menyamar atau memberi persepsi palsu sebagai Mamak Muslim, ada segelintir yang menuduh rasis.

Teringat tulisan lama di atas apabila berkongsi pengalaman berurusan dengan kedai dobi Mr Rajesh ini, ada segelintir saya yang menuduh saya tak support usahawan Muslim.

Kalau saya rasis, saya takkan pergi ke kedai dobi rakan yang berbangsa India ini dan takkan berkongsi pengalaman ini.

Saya terima seadanya tuduhan-tuduhan yang diberikan. Kepada yang tuduh saya rasis, jemput baca tulisan lama saya ni.

Tulisan ini ditulis ketika hangat isu BMF. Sengaja saya kongsikan pengalaman ketika itu sebagai muhasabah buat rakan-rakan Muslim bahawasanya BMF bukanlah boikot. BMF adalah mengutamakan produk Muslim.

Saya utamakan usahawan Muslim dan dalam masa sama anti penipu.

Rujuk gambar di bawah pula.

gambar kedua

Ia dari posting saya semalam berkenaan isu restoran Hindu menyamar Mamak Muslim.

Mengaku menyamar

Ada seorang yang mengaku memang mereka menyamar demi survival bisnes. Saya tak terkejut sangat sebab itulah isu yang saya highlightkan dalam tulisan tersebut. Apabila ada orang yang mengaku, ia mengesahkan apa yang saya tulis.

Isu menipu ini adalah isu merentas sempadan agama dan bangsa. Tidak ada agama yang mengajar penganutnya menipu. Jika ada yang menipu, itu adalah salah individu bukan salah bangsa atau agama.

Saya anti penipuan dan bukan kali pertama saya bongkar perihal ini.. Sebelum ini saya banyak bongkar isu penipuan oleh banyak scammer berbangsa Melayu beragama Islam.

  • Ustaz Norsham Alfafa,
  • Dr Rozaini ARBA,
  • Sheikh Saidey Mecca Fund,
  • Tok Belagak Darul Emas Perak.

Ada lagi senarai lain? Kalau ada, boleh tambah di bahagian komen.

Semua ini penipu-penipu bangsa Melayu, beragama Islam. Nama-nama ini antara yang akan kekal dalam ingatan kerana ada banyak kenangan “manis” bersama mereka apabila saya bongkar penipuan mereka. Malah ada yang mengheret saya ke mahkamah.

Kisah-kisah melawan scammer ini saya abadikan dalam buku Tersontot Di Pintu Shorga. Klik di sini

Tak lupa juga saya bongkarkan isu-isu misleading dalam takaful, unit trust, private mandate, ASB Financing dan lain-lain yang turut dipelopori oleh ejen-ejen Melayu Muslim.

Bagi followers lama, tentu tahu perihal ini. Bukan baru hari ini saya tiba-tiba highlight isu penipuan segelintir peniaga non Muslim yang menyamar Muslim. Ia sebagai tanggungjawab sosial saya dalam bidang kewangan sejak hampir 20 tahun dahulu.

Ia sama seperti isu peniaga Cina yang mengeluarkan produk-produk menggunakan nama dan istilah Melayu Islam untuk mengelirukan pengguna Muslim, seperti Pau Abu, Nasi Tomato Warisan dan sebagainya.

Jika penipu orang Melayu Islam pun saya lawan, apatah lagi jika penipu dalam bab agama daripada segelintir orang-orang bukan Islam.

Apabila saya bongkar penipuan di kalangan ejen takaful, bukan bermakna saya pukul rata semua ejen takaful. Ia sebagai peringatan kepada para pengguna supaya berhati-hati.

Sama juga apabila saya berkongsi tentang misleading yang berlaku dalam pemasaran unit trust dan private mandate. Ia bukan pukul rata, tapi ia sebagai peringatan.

Maka begitulah halnya apabila saya berkongsi tentang isu orang non Muslim yang menyamar atau memberi persepsi sebagai Mamak Muslim. Ia bukan pukul rata. Ia adalah peringatan supaya kita berhati-hati agar tidak terpedaya dengan penipu yang sanggup mengaku Islam. Jika bab asas pun tidak amanah dan tidak jujur, apalah yang hendak diharapkan pada makanan yang dihidangkan nanti?

Rujuk gambar ketiga dan keempat.

Gambar ketiga

gambar keempat

Itu antara restoran non Muslim yang ramai pelanggan Muslim menyangka ia adalah kedai Mamak Muslim. Ia dari posting saya semalam dan ada yang pernah makan di situ kerana menyangka ia restoran Mamak Muslim.

Tak ada masalah untuk non Muslim berniaga. Selagi mana jujur dan amanah. Ia adalah tuntutan untuk semua peniaga tak kira agama dan bangsa.

Tak ada orang nak marah kepada sesiapa yang nak berniaga. Tapi yang kita marah ialah menipu. Lagi-lagi menipu berpura-pura Muslim.

Tak ada masalah pada mana-mana peniaga non Muslim yang tidak berpura-pura. Jika ada orang Muslim yang nak makan di kedai mereka pun tak ada masalah selagi mana ia halal. Itu hak dan pilihan masing-masing.

Yang jadi masalah adalah penipu. Tak perlu sentap dengan tulisan ini jika kita bukan penipu atau bersubahat dengan penipu. Tak perlu heret isu ini kepada isu rasis sebab penipu tak kenal bangsa.

Harap baca sampai habis sebelum komen. Kalau tak nanti, ada yang komen ke laut.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang menegur dan membetulkan tulisan saya semalam. Saya sangat hargainya dan sambut cadangan dan teguran itu.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Hanya kerana kedai menyerupai nama Muslim, tidak bermaksud ia menyamar?"…