fbpx

Menjawab tuduhan perbankan Islam tidak telus, tidak jujur, dan pengagihan kekayaan yang tidak seimbang.

  • 1 year ago
  • 3Minutes
  • 508Words
  • 218Views

Ada seorang yang dipercayai daripada kalangan orang yang anti sangat dengan bank Islam, memberi komen di FB saya,

“Tuan terlalu fokus pada riba sahaja sedangkan sistem dalam bank islam itu banyak lagi kelompongan. Ketidaktelusan, ketidakjukuran, pengagihan kekayaan yang tidak seimbang serta hanya mengejar keuntungan tanpa memberi ilmu dan manfaat pada para pelanggannya.”

Saya sebenarnya malas nak layan soalan dan tuduhan provokasi macam tu. Tapi tak habis-habis cari salah perbankan Islam. Memandangkan dia pakai akaun original, saya biarkan sahaja dia memberi komen. Ini bukan kali pertama, dah banyak kali. Biarlah publik menilai. Saya bukan jenis yang suka blok orang yang berbeza pandangan.

Kemudian, datang Sdra Radzie Ieskandaar memberi hujah-hujah yang mentap menjawab tohmahan buruk kepada perbankan Islam.

Terus terduduk beb! Bacalah sendiri ya…

Saya kongsikan jawapan Tn Radzie:

“Ketidaktelusan – setiap produk ada PDS. Boleh rujuk PDS untuk tahu spec setiap produk sebelum memohon produk tersebut. Selepas permohonan, ada perjanjian yang lebih terperinci, semua maklumat ada dalam tu, hanya perlu dibaca.

Ketidakjujuran – boleh tunjuk dari PDS atau perjanjian, di mana perincian perbankan Islam yang tidak jujur? Bila anda kata bank Islam tidak jujur, mestilah ada bukti, bukan sekadar tuduhan tanpa bukti.

Pengagihan kekayaan yang tidak seimbang – keuntungan bank dibahagikan kepada pemegang saham, dan juga pemegang taruh yang lain seperti kakitangan, kerajaan, dan juga masyarakat. Boleh jelaskan bagaimana keuntungan bank diagihkan secara tidak seimbang?

Ayat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah ialah Bacalah. Maka anda sendiri perlu cari bacaan untuk mendapatkan ilmu. Tengok contoh ilmuwan Islam, semua mencari guru untuk belajar, bukan guru mencari murid. Anda nak cari ilmu, bacalah, dan carilah guru. Bukan cari bank.

Saudara Afyan sendiri beri peluang untuk anda tanya. Kenapa tak tanya? Kenapa tak cari ilmu?”

Haters bertanya lagi,

” Masalahnya tuan apabila semua beban diletakkan pada helaian kertas PDS yang penuh dengan istilah dan bahasa jargon yang tidak semua memahaminya. Takder penerangan tentang terma dan syarat syarat pinjaman. Ada yang tak tahu apa itu kenaikan OPR, denda lewat bayaran, kewajipan renew insuran kebakaran setiap tahun dan sebagainya. Menjadikan semua itu seolah olah hidden cost yang perlu pengguna tanggung.

Dalam islam memang ada contoh yang membenarkan keuntungan diambil sebanyak mana tapi dalam islam juga dah diberitahu apa tanggungjawab orang kaya. Keuntungan bank, berbiliyun setahun tapi apa manfaatnya pada masyarakat islam. Selain zakat.. Apa lagi impak positif yang dibawa oleh bank pada ekonomi umat islam untuk mengurangkan jurang si miskin dan si kaya.”

Jawapan drp Tn Radzie lagi,

” Kalau anggapan awak macam tu, banyak akad perniagaan adalah akad fasid.

Ada orang beli kereta tak tau pun berapa CC, berapa HP, berapa torque. Adakah itu salah Toyota?

Ada orang beli PC tak tau pun PC spec, adakah itu salah DELL?

Anda duk dengar kawan² suruh try makan kedai patin tempoyak, tapi anda tak pernah rasa. 1st time makan memang tak kena selera tekak, tak sedap kat tekak anda, salah peniaga patin tempoyak ke..?

menjawab perbankanislam tak telus

Tabung Haji memegang 48% saham BIMB. Manakala KWSP pula memegang 13% saham BIMB. Kalau anda tak menyimpan dalam TH dan KWSP, memang la takde impak ekonomi dari perbankan Islam.”

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tahun lepas kebanyakan pelaburan private mandate dan unit trust saya…