fbpx

Pertama Kali Naik ETS. “Sempat tak nak naik ETS pukul 6:34 ni?”

  • 5 years ago
  • 4Minutes
  • 681Words
  • 969Views

Pertama kali naik ETS ulang alik dari KL ke Ipoh dan Ipoh ke KL.

Dua kali naik, dua kali beli tiket tak sampai 5 minit tren nak berlepas.

Rabu, 16 Oktober.

Tiba di KLIA kan 5:25 petang.

Terus ke stesen ERL untuk naik tren lebih kurang jam 5:55.

Perjalanan 28 minit ke KL Sentral, tiba jam 6:23.

Dalam ERL tadi, sempat semak jadual perjalanan ETS ke Ipoh yang terdekat ialah 6:34.

Nak beli secara online tak dapat sebab syaratnya mesti lebih 2 jam dari waktu perjalanan.

Melilau cari stesen ETS.

Akhirnya jumpa. Jam menunjukkan 6:28. Alhamdulillah, sempat pun.

Nak beli tiket, petugas di situ beritahu;

“Encik beli tiket di situ. Yang lampu merah tu” sambil tunjukkan arahnya.

“Sempat tak nak naik ETS pukul 6:34 ni?”

“Tak pasti pula. Kalau tak berlepas lagi, sempatlah”.

Arghhh… Jawapan tak membantu langsung.

Tapi bukan salah dia juga. Terus berlari ke arah yang dimaksudkan.

Oh, kena ambil nombor pula sebelum beli tiket.

Tanya kepada pegawai di kaunter ambil nombor;

“Sempat tak nak naik ETS pukul 6:34 ni?”

“Encik duduk dulu, tunggu nombor dipanggil.”

“Aduh, ramainya orang”

“Takpa Encik. Nombor Encik sekejap sahaja”

Lalu saya duduk dan pasrah. Orang ramai. Dalam hati mendengus, macam tak ada harapan. Masa makin suntuk.

“Ting!” bunyi loceng dan keluar nombor giliran saya.

Betul kata petugas jaga nombor tadi. Nombor saya tak lama. Mungkin orang yang ramai-ramai menunggu itu urusan lain. Menyesal bersangka buruk tadi.

Di kaunter tiket, saya tanya lagi soalan yang sama buat kali ke-3;

“Sempat tak nak naik ETS pukul 6:34 ni?”

“Tak pasti Encik. Tren berikutnya jam 7:40 malam”

“Aduh. Lambat pula. Takpa, saya nak beli yang pukul 6:34. Ada 3 minit lagi ni. Harap sempat ya?”

“Kalau terlepas yang ini, tiket burn”

Amaran petugas kaunter tiket itu merimaskan saya. Hati berborak-balik.

Kurang 3 minit lagi tren akan berlepas. Saya mengukur jarak dari kaunter ke stesen yang lebih kurang 100 meter lebih, dengan 2 buah beg.

Dngan kelajuan 10 km sejam, sempat sampai patutnya ke stesen.

“Encik bagi IC. Confirm ya Encik nak ambil pukul 6:34”

“Confirm!” kata saya sambil keluarkan IC dan pembayaran.

Saya nekad dan pasrah. Dalam masa 2 minit untuk menyelesaikan misi mustahil ini.

Kalau gagal, kos pembelajaran ini bernilai RM45 dan sejam masa terbuang untuk menunggu tren berikutnya.

Saya berkira-kira risiko yang diambil dengan membuat penilaian “worst case senario”.

Hido adalah satu perjuangan. Untuk mendapat hasil terbaik, perlu lakukan usaha dan tindakan terbaik.

Sambil berlari sambil berdoa.

Sampai di stesen, terus tunjukkan tiket kepada petugas tadi sambil diberi pesanan;

“Encik, jangan lari”

Saya terus bergegas.

“Encik, jangan lari!” sayup terdengar laungan petugas tiket tadi.

Saya mengurangkan larian. Eskelatornya memang curam. Nasib baik saya mengambil perhatian pesanan “jangan lari” tadi. Jika tidak, mungkin berlaku kejadian tidak diingini.

Turun dengan berhati-hati dan disambut oleh petugas di stesen pula dengan senyuman.

Ketika melangkah kaki masuk ke tren rasa seperti wakil Malaysia memenangi pingat emas Olimpik dalam acara lari pecut 100 meter mengalahkan Usait Bolt.

Begitu gembira dan terharu sekali atas pencapaian yang julung-julung kali ini.

Akhirnya!!!!

Kalau terlepas, maka terpaksa tunggu tren 7:40.

Misi selesai. Sebaik sahaja masuk, pengumuman pintu akan ditutup dan tren berlepas akan kedengaran.

Saya tersenyum puas. Nampak juga beberapa penumpang yang senyum-senyum melihat saya masuk.

Saya terus cek zip seluar. Alhamdulillah tiada apa kejadian tidak diingini berlaku.

Mungkin mereka senyum meraikan kejayaan saya berjaya meloloskan diri ke tren.

Mungkin juga mereka tersenyum sebab terlihat selebriti. Hahaha

Saya pasrah dan berangka baik.

Syukur kepada Allah yang memakbulkan doa saya walaupun feeling tadi banyak yang negatif dan sudah ready untuk “worst case senario“ tiket burn.

Feeling is not prayer.

Sekarang dalam perjalanan balik dari KL. Tapi insiden beli tiket balik tidaklah sedramatik kisah di atas.

Alhamdulillah 

Tersenyum sendiri mengenangkan kejadian dua hari lepas. Gambar ini sebagai bukti.

Kalau tempoh hari saya naik tren jam 7:40, maka saya akan jadi pemegang tiket tren 6:34 yang tersakiti.

Belajar sesuatu tak dari cerita ini? Bawangkan bersama.

Afyan Mat Rawi
Tidur dalam iman.

Baca sampai habis? Minta tolong sikit;

1. Follow dan klik see first fb.com/afyan.ikhlas jika belum
2. Klik share posting ini
3. Jemput follow saya di beberapa media sosial lain;
– Telegram t.me/AfyanIFP
– YouTube.com/c/AfyanIFP
– Instagram.com/Afyan.IFP

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Akiff Radzi KONSEP : BAGAIMANA LEPASAN GRADUAN…