fbpx

Saya sokong usaha KoPPIM dan Malakat Mall menyediakan model peminjaman alternatif

  • 12 months ago
  • 2Minutes
  • 212Words
  • 185Views

Saya sokong 100% usahasama yang dilakukan oleh KoPPIM dan Malakat Mall.

Pinjam 100, bayar balik 100. Boleh pilih tempoh pembiayaan dari sebulan ke 10 bulan.

Ia permulaan projek NORIBA ini yang meraka pernah umumkan tahun lepas. Sasaran mereka untuk menyediakan perkhidmatan pinjaman dengan model berbeza daripada perbankan Islam yang ada pada hari ini.

Berdasarkan poster meraka tahun lepas, meraka akan sediakan semua jenis pinjaman yang bank komersial lakukan seperti pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan, dan pinjaman rumah, sehingga RM500,000.

Mereka tidak bersetuju dengan perbankan Islam yang bagi mereka masih back door riba, tapi mereka tidak sampai menghina, mencaci apatah mengkafirkan orang lain sebagaimana segelintir yang kononnya berjuang anti riba tapi hanya tong kosong tanpa tindakan.

Golongan tong kosong hanya petik nama ulama sana sini untuk hina ulama yang haruskan perbankan Islam. Walhal, ulama yang berbeza pendapat itu tidak pun menghina ulama lain yang menyokong perbankan Islam.

Usaha ini jauh lebih baik daripada perangai geng-geng yang suka panggil perbankan Islam dan takaful dengan ejekan Islamix beng dan takafool, yang hanya tong kosong.

Tahun lepas, Bank Islam juga menyediakan produk seumpama ini untuk peniaga kecil. Pinjaman RM500 hingga RM200,000, dengan tempoh bayaran balik sehingga 3 tahun.

Tanpa faedah.

Tanpa cagaran.

Tanpa penjamin.

Satu perkembangan baik dalam industri kewangan Islam.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya sokong 100% usahasama yang dilakukan oleh KoPPIM dan Malakat…