fbpx

Singa & Kuda. Kadang-kadang Singa, namun selalu sekadar dijadikan Kuda

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 328Words
  • 311Views

Dipetik dari FB Alif Ahmed

SINGA & KUDA

“Lelaki terbaik adalah lelaki yang paling baik dengan ahlinya (keluarga). Dan lelaki yang paling baik dengan ahlinya ialah baginda Nabi s.a.w.”

Seorang ayah yang baik, pastilah yang sentiasa memikirkan kebaikan untuk anak-anaknya. Dan ‘kebaikan’ yang paling utama adalah ‘agama’.

Teringat pada prospek yang minta quotation untuk anak-anaknya. Asal mula kerisauan ayah adalah tentang kesihatan anak-anak. Kemudian kerisauan ayah juga berkait dengan pendidikan anak-anak. Kerisauan seperti ini juga adalah bahagian kecil daripada kerisauan ‘utama’ tadi. Tanpa kerisauan-kerisauan kecil, mana mungkin ada kerisauan yang besar.

Untuk pendidikan, ibu ayah boleh mula mengasingkan sedikit simpanan untuk anak-anak. Boleh sahaja simpan dimana-mana instrument simpanan, tetapi yang aku suggest ialah mulakan dengan simpanan di SSPN-i. Simpan disini, ibu ayah boleh tolak sehingga 8000 dari amaun layak cukai.

Ada juga pelan takaful yang disekalikan dengan pelan simpanan pendidikan anak-anak. Namun aku cadangkan untuk penuhkan tabung SSPN-i dulu, sebelum menyimpan di tempat lain.

Untuk perubatan, jika rasa perlu dan punya kemampuan, aku cadangkan boleh la ambil pelan takaful dengan kad perubatan. Ini juga ada pengecualian cukai sehingga 3000 kalau tak silap aku. Tetapi ini bukanlah yang paling utama.

Yang lebih utama untuk ibu ayah, ialah dapatkan ‘income protection’ diri mereka sendiri. Dengan ini, sekurang-kurangnya apabila terjadi sesuatu ke atas ibu ayah, ada bantuan yang anak-anak akan terima melalui takaful tadi.

Semua peserta dalam takaful akan membantu keluarga kita dari segi manfaat kewangan.

Ya, betul. MEMBANTU. Konsep dalam takaful adalah saling bantu membantu. Ini terdapat dalam aqad ketika ibu ayah ambil Takaful nanti.

Untuk info lebih baik berkenaan takaful, boleh je mesej alifkini.com atau boleh juga layari blog kami. Link blog ada di komen.

Aku belum lagi jadi ayah yang terbaik, tapi sedang usaha beri yang terbaik sekadar kemampuan aku.

Ikhlas dari,

Abah yang kadang-kadang singa, namun selalunya sekadar dijadikan kuda

Alif
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kerajaan pertimbang kembalikan cukai GST sebagai cara menambahkan pendapatan negara…