fbpx

Tahun 2020 Tahun Yang Penuh Krisis

  • 3 years ago
  • 4Minutes
  • 720Words
  • 319Views

Tahun 2020 yang baru sahaja berlalu, meninggalkan 1001 kenangan. Tahun yang pernah kita impikan sebgai negara maju, tapi dipenuhi dengan krisis.

  • Krisis kesihatan Covid 19 yang melanda seluruh dunia yang berpunca dari Wuhan, China.
  • Krisis ekonomi apabila Covid 19 tadi membawa kepada lockdown dan PKP yang menjejaskan ekonomi
  • Krisis politik yang melanda negara kita. Special untuk Malaysia sahaja krisis ini berbanding 2 krisis di atas. Dari zaman BN, ke zaman PH hingga ke PN.

Ketiga-tiga krisis ini datang serentak di tahun 2020.

 

Sumber imej dari Astro Awani

Tahun 2021 pula dimulai dengan

  • Banjir besar yang melanda negara kita di beberapa negeri
  • Kes Covid 19 mencanak naik dan menceceh angka 3,000 dan 4,000 kes
  • PKP 2.0 diumumkan berikutan kes Covid 19 meningkat tadi
  • Kemudian darurat pula diumumkan di seluruh negara. Kali terakhir diumumkan ketika zaman perang dulu.

01. Krisis yang berlanjutan

Berdasarkan perkembangan ini, krisis ini mustahil tamat dalam masa yang pendek. Ia mungkin makan masa bertahun-tahun untuk pulih. Jadi, kita kena bersedia untuk “worst case scenario”.

 

02. Tidak banyak bantuan

PKP 2.0 kali ini tak banyak sangat bantuan yang kerajaan salurkan berbanding PKP 1.0 dahulu. Nak taknak, rakyat kena ikat perut.

 

03. Ramai yang terjejas

Jumlah yang terjejas pendapatan semakin ramai. Bagi yang tidak terjejas, berhati-hati. Macam-macam boleh berlaku dan terjadi.

 

04. Rancang Penggunaan Bantuan KWSP

Pengeluaran Wang KWSP RM500 sebulan yang bermula sejak PKP 1.0 akan tamat tak lama lagi. Gunakan sebaiknya. Ia bukan untuk dijoli.

 

05. Guna sebaik yang mungkin

Manakala pengeluaran KWSP secara lump sum RM10,000, ramai dah mula dapat. Gunakan juga sebaiknya untuk keperluan, bukan untuk bina bonggol atau iPhone.

 

06. Rujuk bank

Moratorium automatik juga sudah lama tamat, tidak seperti PKP 1.0 dahulu. Jika perlu, rujuk bank untuk mohon moratorium tambahan. INGAT: Moratorium datang dengan kos, bukannya PERCUMA.

 

07. Usaha selesaikan hutang

Usahakan untuk lupuskan hutang-hutang jahat terutama hutang kad kredit dan hutang personal loan. Hutang kad kredit paling tinggi kadar keuntungan bank. Hidup tanpa hutang lebih tenang.

 

08. Jangan lari dari bank

Jika masih terbeban dengan hutang bank, jangan lari. Rujuk kepada bank untuk R&R, yakni restructure & refinance. Walaupun kadar hutang bank sekarang rendah, namun situasi sekarang bukan masanya untuk tambah hutang.

 

09. Belajar memasak untuk jimat dan tambah pendapatan

Berada di rumah dalam jangka masa panjang ini, ambil peluang untuk belajar memasak. Ia boleh menjimatkan di samping menyihatkan. Jika pandai memasak, boleh jadikan sumber pendapatan pula dengan jual kepada jiran-jiran sebelah.

 

 

10. Tambah ilmu

Ambil kesempatan apabila berada di rumah untuk belajar ilmu bisnes online. Mulakan dengan bisnes di bawah modal RM100 seperti affilate, dropship, takaful dan sebagainya. Ada banyak peluang yang boleh diteroka.

 

11. Elak makan di kedai

Belajar dan ajar anak-anak untuk belajar makan untuk hilangkan lapar, bukan makan untuk kenyang, apatah lagi makan sedap. Lupakan terus Mekdi dan Kepci.

 

12. Susun semula kos hutang

Rumah dan kereta adalah kos paling besar dalam sesebuah keluarga. Makin besar saiz rumah dan kereta, makin besar maintenance, sewa atau ansurannya. Jadi boleh juga plan slow-slow untuk kecilkan saiz rumah dan saiz kenderaan.

 

13. Jual barang yang tidak pakai

Masa yang panjang di rumah boleh gunakan untuk selongkar barang-barang, pakaian, perabot, alat elektrik dll sama ada kita benar-benar guna dan perlu atau sebenarnya ia dibeli sebab terpengaruh dengan jiran, makcik bawang atau Wowshop. Jika ada yang boleh kita jual, jual. Atau dermakan kepada yang memerlukan. Beban kurang, pahala pun dapat.

 

14. Semak semula polisi takaful

Bayangkan, hilang punca pendapatan pun kita risau memikirkan apa nasib anak-anak kita. Bayangkan kalau dengan kita-kita sekali hilang? Jadi, jika sedang plan nak hentikan takaful untuk ringankan beban, fikir sekali lagi. Boleh buat pengstukturan semula polisi-polisi takaful. Buang manfaat yang kurang penting. Fokus kpd protection. Rule of thumb: Caruman paling rendah, perlindungan paling tinggi. Hibah Ikhlas

 

15. Ubah cara bisnes

Bagi peniaga kecil dan SME, model bisnes sebelum ini sudah tidak lagi relevan pasca Covid-19. Pengguna akan lebih berhati-hati menggunakan setiap sen mereka. Jadi mahu tak mahu, perlu bersiap sedia untuk mengubah model bisnes yang bersesuaian.

 

16. Berdoa dan dekatkan diri pada Tuhan

Kita berada di akhir zaman. Covid-19, kemelesetan ekonomi, bencana, hutang, gaji dan segalanya adalah ketentuannya. Doa mampu mengubahnya. Sepanjang PKP, biar kita lupa hari, tapi jangan lupa diri apatah lagi lupa Tuhan Maha Pemberi Rezeki.

 

Belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW

Klik BukuBMW
Afyan Mat Rawi
Gombak, Selangor

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ehem, ehem…. Hensem tak kami? Ini bukan scammer ya  …