fbpx

Apakah Tugas Sebenar Perunding Kewangan Kepada Prospek

  • 10 months ago
  • 2Minutes
  • 394Words
  • 4484Views

Tugas Sebenar Perunding Kewangan / ejen takaful Kepada Prospek

Tugas Sebenar Perunding Kewangan Kepada Prospek

Tugasan sebenar seorang perunding kewangan seperti perunding takaful / ejen takaful adalah seperti doktor, bukan seperti penjual ubat.

Perunding takaful / ejen takaful yang bagus akan membuat analisa keperluan kewangan sebelum mencadangkan perlindungan takaful yang sesuai, bukan sekadar mempromosi produk takaful kepada prospek.

Perunding takaful yang berkualiti akan memberi cadangan berdasarkan keperluan sebenar kewangan prospek, bukan sekadar menyediakan quotation kepada pelanggan berdasarkan produk mereka sahaja.

Analogi mudahnya begini; Jika ada pesakit yang batuk datang menemui doktor, adakah seseorang doktor akan terus memberikan ubat batuk?

Sudah tentu tidak sama sekali. Doktor akan diagnos pesakit untuk menentukan sama ada batuk yang dihidapinya itu sakit biasa atau ada sakit-sakit lain seperti TB, Asma atau lain-lain.

Dia akan periksa suhu pesakit, kerongkong pesakit, malah jika perlu mungkin tekanan darah dan jantung pesakit. Jadi, setiap sakit memerlukan ubat berbeza-beza. Sudah tentu ubat batuk biasa tidak menyembuhkan pesakit yang sedang batuk kerana TB.
Begitulah halnya dengan perunding kewangan.

Prospek akan dibedah siasat oleh perunding kewangan

Seseorang prospek akan di“diagnos” terlebih dahulu sebelum mencadangkan “ubat” yang sesuai. Dalam proses diagnos tersebut, sebagaimana doktor, konsultan akan tanyakan soalan-soalan yang berlegar sekitar kedudukan kewangannya dari segi;

1. Pendapatan,
2. Perbelanjaan,
3. Aset,
4. Liabiliti.

4 perkara ini sebagai asas dalam apa sahaja perancangan kewangan, bukan sekadar takaful.

Ya, apa sahaja. Nak beli rumah, nak beli kereta, nak rancang persaraan, nak bayar zakat – perlu bermula dengan 4 perkara di atas.

Dari situ, barulah kita boleh mencadangkan apakah produk yang paling sesuai untuk seseorang prospek.
Jadi, adalah menjadi kesukaran yang amat sangat sangat utk saya reply PM yang berbunyi; “Tuan, bagi saya quotation. Saya 30 tahun, pekerjaan guru, tidak merokok. Bajet RM200, taknak medical card”.

Berminat untuk bersama kami di INFAQ Consultancy Sdn Bhd. Boleh klik di sini atau layari laman web INFAQ Consultancy 

Sekiranya tuan puan berminat untuk mendapatkan konsultansi berkenaan takaful sila isikan borang di bawah

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment
  1. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Simpanan Simpanan merupakan faktor paling kritikan dalam pengurusan kewangan selepas…