fbpx

Month: August 2021

Kenapa Forex Trading Haram dan Bolehkah Ia Jadi Patuh Syariah?

Alhamdulillah, selesai sesi live #BicaraWang pada malam ini. Topik KENAPA FOREX TRADING HARAM & BOLEHKAH IA JADI PATUH SYARIAH? dibawakan secara santai oleh Tn @Haji Razli Razman, seorang tokoh dan orang lama dalam perbankan Islam. Kepakaran beliau, ada “mengislahkan” produk-produk kewangan konvensional menjadi patuh syariah. Terima kasih juga kepada seorang penonton dan juga forex trader,

Apakah Tawaruq / Murabahah Comodity Dalam Perbankan Islam? Pembiayaan Peribadi (Alternatif Personal Loan Atau Pinjaman Peribadi) Gunakan Kontrak Jenis Ini.

Antara ilmu baru yang saya dapat daripada sesi Bicara Wang #BicaraWang malam tadi bersama Dr Ahmad Sufyan (founder muamalat.my) semalam, banyak kontrak-kontrak perbankan Islam yang lama suda ditambah baik. Produk yang berteraskan Bai’ Bithamanan Ajil (BBA) sudah kurang diguna pakai. Selama ini saya sangka Bai’ Inah sahaja yang sudah kurang dipakai. Kebanyakan bank sekarang menggunakan

OctaFX Dalam Alert List Suruhanjaya Sekuriti. Berhati-hati!

Sejak saya menulis tentag forex, hampir setiap hari keluar iklan OctaFX, sebuah platform forex online trading. Apabila disemak, ia ada dalam watchlist Security Comission, disebabkan menjalankan aktiviti dalam pasaran modal tanpa lesen dan tidak mendapat kelulusan SC. Sudahlah forex online trading difatwakan haram, masuk pula dalam senarai amaran Suruhanjaya Sekuriti kepada para pelabur. Rujuk di

Memahami Perbezaan Perbankan Islam Dan Konvensional, Riba Dan Jual Beli Melalui Analogi

Dalam memberikan penerangan dalam kewangan, saya selalunya akan berikan penjelasan dalam bentuk analogi, supaya mudah orang nak faham. Contohnya dalam memberi penerangan tentang perbezaan simpanan, takaful dan pelaburan saya gunakan analogi pisau, parang dan kapak. Baca di sini Ia untuk memudahkan pengguna faham setiap produk atau alatan, ada fungsi tertentu. Bukan sekali harung semua sekali

Riba Tak Semestinya Menindas

Antara kritikan biasa kepada perbankan Islam ialah mengenakan harga yang tinggi dan menindas. Lalu kesimpulan dibuat ialah sama sahaja perbankan Islam dengan perbankan konvensional. Tanggapan ramai orang sepatutnya bank Islam tak patut meletakkan harga yang lebih tinggi berbanding perbankan konvensional, kerana itu adalah menindas dan menindas itu riba. Formula mereka : riba = menindas =

Berdialog Dengan Geng Ketum

“Hukum tanam pokok ketum dan minum air ketum adalah harus!” kata geng ketum. Para alim ulama dah bincangkan perkara ini. Hukum asalnya sama macam pokok-pokok lain. Tapi apabila dikaji, ia membawa kepada aktiviti mafsadah. Jadi, hukum taman pokok ketum dan minum air ketum sama seperti hukum hakam berkaitan dadah dan arak. Semua mempunyai illah yang

Semua Orang Tak Faham Forex – Geng Forex

Sejak daripada dulu mereka selalu gunakan hujah ini. Dalam video Dr Zaharuddin Abd Rahman yang berceritakan tentang forex trading haram, mereka kata Dr UZAR tak faham forex. Walhal beliau diiktiraf kepakarannya dalam bidang kewangan. Dalam video Dr Aznan yang berkongsi bagaimana mekanisme perbankan Islam menjalankan forex secara patuh, mereka kata Dr Aznan tak faham forex,.

Kegagalan Memahami Riba Menyebabkan Forex Trader Menganggap Forex Online Trading Harus Dan Perbankan Islam Sama Sahaja Dengan Konvensional

Antara sebab kenapa forex trader tak memahami kenapa forex haram kerana tak memahami di mana wujudnya riba dalam perdagangan forex. Ia sama macam mereka yang masih mengatakan bahawa perbankan Islam sama sahaja macam perbankan konvensional, pun berpunca disebabkan tak memahami riba. Ia juga sama dengan ejen-ejen insurans konvensional yang masih mempertahankan bahawa insurans konvensional sama

Kenapa Saya Terima Pelawaan Diskusi Forex Semalam?

Terima pelawaan Sdra Zamrin Semalam saya menerima pelawaan Sdra Zamrin yang dikenali sebagai Atuk Pemalu untuk ke komuniti forex trader beliau dan berdiskusi topik “Diskriminasi hukum forex di kalangan retail trader” Orang jemput cara baik, kita terima cara baik. Sebenarnya sebelum itu, berlaku sedikit aksi cabar-mencabar di ruang komen FB saya antara saya dan beliau.