Bukan pukul rata. Ini adalah prinsip umum dalam perancangan kewangan
Memandangkan masih ramai yang nak tegakkan benang basah, saya terpaksa sambung balik. Kali ini untuk menjawab isu di atas, “Jangan pukul rata takaful bukan untuk pelaburan”. Hari ini pun masih ada ejen yang tak puas hati dan komen di FB saya mengatakan “Jangan pukul rata”.
Ini bukan pukul rata. Ini adalah prinsip umum dalam perancangan kewangan.
Bacalah mana-mana buku pelaburan dan kewangan, takaful adalah untuk perlindungan dan bukan untuk pelaburan.
Dalam prinsip perundangan, ada “general rules” dan ada yg disebut sebagai “exception”.
Sama juga dlm fiqh Islam, setiap prinsip umum, akan ada perkara pengecualian.
Contoh mudah kalau nak faham, solat itu wajib namun ada pengecualian utk tidak solat malah haram solat.
Jadi apabila ulama sebut “Solat itu wajib”, ia bukan bermaksud pukul rata. Ia adalah prinsip umum. Dalam masa sama ada situasi yang solat itu haram, contohnya solat ketika haidh.
Contoh lain: Apabila kita cakap “mencuri haram”, bukan bermaksud kita nak kata semua orang mencuri dan ia bukan pukul rata. Dah memang haram, takkan kita nak kata “mencuri halal”. Namun dalam Islam, ada situasi darurat yang menyebabkan mencuri tidak dijatuhkan hukum.
Tentu masalah besar jika ada orang yang mendakwa, “mencuri halal”. Tambah maslaah jika ada orang yang marah apabila ada orang berkempen “Jangan mencuri” sebab katanya itu misleading.
Tak ke pening kepala? Dah 2 analogi saya bawakan. Kalau tak faham juga tu tak tau nak kata.
Orang yang bersolat takkan marah kalau ada orang kempen “mari bersolat”.
Orang yang amanah juga takkan risau ada kempen, “Jangan mencuri”.
Orang yang marah hanyalah orang yang tersinggung sebab dia jarang solat atau selalu mencuri.
Jadi apabila saya katakan “takaful BUKAN utk pelaburan”, ia adalah prinsip umum. Tak ada salahnya pun nak jika kita nak jalankan kempen dan berikan kesedaran kepada masyarakat bahawa “takaful bukan untuk pelaburan”.
Tak ada masalah pun utk kita tegaskan berulang-ulang kali bahawa takaful untuk perlindungan, BUKAN UNTUK PELABURAN. Ia adalah prinsip umum dalam perancangan kewangan.
Yang jadi masalah ialah apabila ejen-ejen hampir setiap hari berkempen “takaful untuk pelaburan”, “takaful lebih baik dari ASB”, “takaful berikan dividen lebih tinggi”.
Bacaan lanjut dalam artikel di bawah.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran