fbpx

Cara mesej tanpa adab, saya turutkan hajat beliau nak hantar surat saman

  • 2 years ago
  • 1Minute
  • 167Words
  • 476Views

Sebenarnya kalau minta elok-elok, saya boleh je consider.

Tapi kalau mesej pun dengan cara mencabar nak saman, maka saya sahut dengan hati terbuka.

Saya bertanggungjawab atas apa yang saya kongsikan dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Ada banyak lagi maklumat yang belum didedahkan. Saya tunggu masa yang sesuai.

Semalam saya hanya kongsikan proposal yang ada maklumat misleading dan maklumkan ejen dan ejensi sudah pun diambil tindakan oleh pihak syarikat.

Itu menunjukkan syarikat memandang serius isu misleading di kalangan ejen.

Saya pun pernah dikenakan teguran dan tindakan isu sebegini, dan saya terima dengan hati terbuka dan mengakui kekhilafan tersebut.

Tak perlu susah hati kalau kita sudah tinggalkan perkara yang tak betul. Kecuali ia masih lagi dilakukan dengan modus operandi yang baru.

Saya alu-alukan jika ada mana-mana rakan-rakan industri yang ingin kongsikan lebih banyak maklumat sebegini.

Kita mahukan industri takaful bersih daripada sebarang kegiatan yang tidak bertanggungjawab dan misleading.

Ejen-ejen sebeginilah yang merosakkan industri takaful. Jika tidak dapat hapuskan 100%, sekurang-kurangnya kita sudah berusaha.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Inilah harga yang perlu dibayar apabila membongkar sisi hitam industri…