fbpx

Category: FAQ

Perancangan Kewangan Perkahwinan vs Perancangan Kewangan Keluarga

Grafik ini kami petik dari FB ikahwin.my.Secara umumnya, ia sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita untuk bermewah-mewah dalam majlis perkahwinan. Sedar tak sedar, budaya ini sudah mengakar dalam masyarakat kita sekian lama, dan sebenarnya membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Dalam masa sama, P. Ramlee melalui filem seniman Bujang Lapok juga pernah melontarkan kritikan sinis

Islamic Financial Planner / IFP

  Ada orang yang bertanya saya, daripada saya mendapat “gelaran” IFP / Islamic Financial Planner, yang saya gunakan. Untuk makluman, IFP bukanlah gelaran ataupun pengiktirafan sebagaimana gelaran Dato’ atau Tan Sri 🙂 Ia adalah satu disiplin ilmu dalam bidang perancangan kewangan yang ditawarkan oleh Bank Negara Malaysia melalui IBFIM (Institute Banking and Islamic Finance Malaysia)

Fungsi Utama Takaful

Fungsi utama takaful adalah untuk menghadapi malapetaka dan musibah kewangan yang berkaitan dengan kehidupan; seperti kematian, lumpuh, sakit kritikal dan kos rawatan hospital. Justeru, jika Saudara-saudari baru memulakan untuk melanggan polisi takaful, gunakan sebaiknya bajet untuk polisi tersebut sebaiknya untuk memberi perlindungan kewangan apabila berlaku salah satu daripada empat perkara di atas. Empat perkara di

Kerjaya Takaful – Berapa Pendapatan Perunding / Ejen Takaful?

Apakah Kerjaya Takaful menjanjikan pulangan yang lumayan ? Ini adalah antara soalan yang paling popular ditanya ketika sesi “takaful oppurtunity preview” atau “bussiness preview”. Jawapan saya “tiada gaji tetap, tapi potensi pendapatan yang lumayan dan kerjaya yang stabil”. Ya, tiada gaji tetap utk perunding takaful. Yang ada hanya komisen berterusan. Jika bermula secara separuh masa,

Apakah Takaful Terbaik?

Soalan yang paling kerap ditanya kepada saya, melalui blog, facebook, SMS, atau di dalam temujanji ialah “Apakah takaful terbaik?”. Soalan ini nampak mudah, tapi tiada sebarang jawapan objektif. Secara objektifnya, tiada jawapan untuk soalan tersebut jika ia merujuk kepada syarikat atau produk mana-mana syarikat.  Syarikat takaful/insurans hanyalah pengeluar, tidak lebih dari itu. Semua syarikat takaful

Haluan Yang Berbeza

UPDATE : 5 September 2022 (Artikel ini turut diterbitkan oleh MajalahNiaga.com) “Assalamualaikum, Afyan…” sapa satu suara. “Waalaikumsalam, Eh…”, satu wajah yang dikenali, tapi saya agak lupa namanya. “Apa awak buat di sini?”, tanya beliau. Saya masih belum cam namanya. “Jumpa klien”, jawab saya ringkas. Otak saya ligat mengimbas kawan-kawan ketika belajar dahulu. “Wah, mesti banyak kes awak ye?”, tanya beliau

Saya Tahu Insurans dan Riba Itu Haram, Tetapi…

(Artikel ini turut disiarkan di MajalahNiaga.com)  Beliau mengangguk-angguk tanda setuju dengan penjelasan saya tentang perbezaan di antara insurans konvensional dengan takaful. Tatkala saya menerangkan tentang perbezaan kontrak insurans konvensional yang menggunakan kontrak jual beli, dan kontrak takaful yang menggunakan kontrak derma, beliau bertanya beberapa soalan untuk penjelasan. Dari bahasa badannya, nampak beliau begitu bersungguh-sungguh inginkan

“Kalau terjadi apa-apa masa BERSIH, takaful/insurans cover atau tidak?”

“Kalau terjadi apa-apa masa BERSIH, takaful/insurans cover atau tidak?” Saat ini, 2 hari menjelang 9 Julai 2011, antara soalan yang paling popular diajukan kepada saya ialah “Kalau terjadi apa-apa masa BERSIH, takaful cover tak?”. Sekali imbas, ia soalan-soalan nakal ditujukan kepada saya selaku perunding takaful. Namun, di sebalik kenakalan tersebut, ia ada benarnya juga. Ada

Status MCIS Zurich Insurance – HALAL / HARAM?

Status MCIS Zurich Insurance – HALAL / HARAM? Emel Mengejutkan Tentang MCIS Pada 1 Jun lalu, saya menerima emel daripada seorang rakan Facebook, Tuan Helmi Hassan yang bertajuk ”MCIS”, yang kandungannya agak mengejutkan. Emel berkenaan mengandungi brosus tentang MCIS yang saya kira amat kontraversial tentang status hukum insurans konvensional. Dalam brosur bertajuk ”PANDANGAN AHLI MAJLIS