fbpx

Hati-Hati Dengan Bendasing Dalam Emas

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 430Words
  • 375Views

Ini berita daripada FB Berita AlHijrah bertajuk “Logam lain dalam emas, pembeli digesa berwaspa”

Perkara ini sudah banyak kali saya sentuh. Ini adalah salah satu risiko pelaburan emas iaitu terbeli emas palsu yang disangka tulen.

Ia bukan barang kemas Zhulian yang memang diberitahu bahawa ia bukan emas. Tapi barang kemas yang kandungannya bukan 100% emas tapi dijual dengan harga emas sebenar.

Teka apakah logam yang dimuatkan dalam emas tersebut?

Jawab dulu soalan ini sebelum sambung baca dan kemudian komen.

Ia bukan besi. Ia juga bukan vibranium. Logam tersebut ialah tungsten.

Emas palsu dibuat daripada tungsten yg mempunyai ketumpatan logam seumpama emas. Ketumpatannya 99% menyamai emas.

Sudah ada banyak kes emas palsu, malah saya pernah terbaca satu pendedahan bahawa kira-kira separuh emas yg berlegar dlm pasaran ialah emas palsu. Tak ingat di mana tulisannya.

Malah ada juga kes emas yg dibeli dari kedai pajak gadai ialah emas palsu.

Bayangkan, kedai pajak gadai yg hari-hari berurusan dgn emas pun boleh tertipu dengan sendiket emas palsu.

Biasanya ketulenan emas diuji dengan berat dan diuji melalui ketumpatan air. Melalui cara ini, ia hanya menepati 99% shj.

Seorang pensyarah dlm bidang fizik pernah berkongsi dengan saya bahawa ketulenan emas hanya 100% tepat menggunakan satu jenis alat yg memerlukan emas itu dipotong terlebih dahulu dan kemudian diuji.

Dan alat itu tidak sampai 10 pun di Malaysia kerana harganya yg mahal.

Ketika itu saya berprogram di UPM, pensyarah tersebut menerangkan bahawa alat tersebut ada di makmalnya.

Berdasarkan laporan akhbar Harian Metro suatu ketika dahulu, alat yang digunakan namanya X-Ray Fluorescence.

Semua pelaburan ada risiko.

Tapi risiko pelaburan emas yang ini agak unik tidak terdapat dalam mana-mana pelaburan lain. Tidak ada pelabur hartanah yang beli rumah kemudian selepas beberapa tahun baru tahu bahawa rumah yang dibelinya itu rumah palsu.

Mana ada pelabur saham atau unit trust, yang beli selepas beberapa tahun baru tahu saham atau unit trust yang dibeli adalah palsu? Hahahah

Ia berbeza dengan scam dan penipuan dalam pelaburan. Ia tak sama macam beli rumah Alfafa yabg rumah pun tak nampak bayang.

Atau scam Mevva Fund yang dapat duit bulan-bulan.

Dalam membuat pelaburan, perkara pertama yang perlu dibuat ialah cari ilmu, bukan terus melabur.

Perkara ini ada dikongsikan dalam buku Bijak Merancang Wang #bukuBMW, dalam modul pelaburan.

Ada 7 modul yang dimuatkan dalam buku ini iaitu:

1. Aliran tunai
2. Aset dan hutang
3. Simpanan
4. Perlindungan
5. Pelaburan
6. Penyucian
7. Pewarisan

Topik pelaburan dalam modul 5.

Boleh dapatkan buku setebal 320 muka surat halaman warna ini di www.bukuBMW.com.

1,000 pertama akan dihadiahkan rakaman video LIVE Seminar Bijak Merancang Wang 2020 #SeminarBMW.

Klik www.bukuBMW.com
Klik www.bukuBMW.com
Klik www.bukuBMW.com

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya datang dari masa depan? Ketika saya tulis status ini…