Hibah takaful untuk bayar hutang?
Apa itu Hibah Takaful
Hibah bermaksud hadiah. Apabila diberi hadiah, ia bukan lagi milik pemberi. “Hibah takaful” bukan produk tapi ialah konsep bagaimana pampasan takaful diagihkan selepas berlaku kematian.
Perkongsian Tentang Hibah Takaful
Semalam saya kongsikan maklumat tentang hibah takaful ikhlas, yang tidak ada kewajiban syarie untuk penerima hibah membayar hutang si mati.
Saya mengambil contoh, suami sediakan hibah takaful untuk isteri. Selepas meninggal dunia, isteri tiada kewajiban syarie untuk membayar hutang arwah suami.
Ramai juga yang terkejut. Tidak kurang yang tidak bersetuju.
Kata mereka, “Membayar hutang itu wajib.”
Kata saya, “Memang wajib kepada orang yang berhutang, bukan kepada waris yang ditinggalkan”
Barang diingat, hibah bermaksud hadiah. Apabila diberi hadiah, ia bukan lagi milik pemberi.
Kata mereka lagi “Si isteri patutnya kasihan kepada arwah suami. Dah terima hibah, bayarlah hutang suami”.
Huraian Kes
Saya huraikan sampel kes di atas untuk mudah faham.
“Arwah suami tinggalkan rumah tanpa MRTT dengan baki hutang 500k dlm masa sama ada hibah takaful kpd isteri RM500k juga?”
Andaikan balu arwah datang jumpa saya untuk minta nasihat.
Pilihan yg ada;
A. Bayar hutang rumah guna hibah takaful, atau
B. Beli rumah baru RM500k
Kalau balu arwah minta advise saya, saya akan nasihatkan mengambil pilihan B adalah yg terbaik.
Sebab, kalau pilih A, hutang habis dibayar tapi rumah itu perlu difaraidkan dan isteri hanya ada hak faraid 1/8.
Pilihan B, balu ada rumah miliknya 100% utk berteduh bersama anak-anak yatim yg kehilangan ayah.
Dari sudut maqasid syariah, “nyawa” ahli waris yang masih hidup yang perlu diutamakan berbanding “hak harta” pemiutang untuk dibayar.
Bagaimana dengan rumah arwah?
Saya akan nasihatkan balu tadi ajak waris-waris lain bincang utk selesaikan. Ahli waris lain termasuk ibu bapa mertua serta ipar duai, jika tiada anak lelaki.
Sekiranya hibah tadi digunakan untuk bayar hutang rumah, rumah tersebut boleh dituntut hak faraid mereka oleh ibu bapa mertua dan ipar duai.
Agak-agak jika begitu, selesai tak masalah balu tadi?
Saya tinggalkan persoalan akhir ini untuk anda yang membaca.
Artikel berkenaan dengan Hibah:
- Hibah Takaful Hanya Berguna Apabila Policy Takaful Masih Aktif
- Hibah Takaful untuk bayar hutang?
- HIBAH – Berapa Isteri Perolehi Selepas Bayar Hutang
- Hibah Takaful-Isteri Tak Wajib Bayar Hutang Suami
- Hibah Takaful Boleh Selesaikan Hutang?-Kes 1
- Hibah Takaful Boleh Selesaikan Hutang?-Sambungan Kes 1
- Hibah Takaful Boleh Selesaikan Hutang?-Kes 2
- Penerima Hibah Tidak Wajib Pun Untuk Membayar Hutang Pemberi Hibah
Dalam banyak-banyak ilmu kewangan, ilmu tentang pusaka yang paling orang kurang cakna berbanding ilmu kewangan lain seperti ilmu pelaburan, takaful, pengurusan hutang, saham, unit trust, medical card hartanah dan sebagainya.
Ilmu pusaka? Ramai yang fikir “Takpalah, nanti aku dah mati pandai-pandailah waris buat”.
Buktinya lagi, berdasarkan statistik, tak sampai 10% umat Islam di Malaysia yang sudah membuat wasiat.
Malah, jumpah harta beku umat Islam hampir mencecah RM100,000 billion!
Atas keinsafan ini, saya mula berjinak-jinak dengan ilmu pengurusan pusaka beberapa tahun ke belakang ini sebagai nilai tambah INFAQ Consultancy.
Saya juga mencari rakan-rakan yang ingin bersama saya dalam Team INFAQ bagi bisnes takaful atau pusaka.
Sesuai juga bagi rakan-rakan perunding takaful sedia ada untuk belajar ilmu pusaka ini supaya dapat berikan nasihat yg tepat dan nilai tambah kepada pelanggan.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy
Berminat untuk tahu lebih lanjut? Isi borang di bawah:
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran