fbpx

Kenapa geng QM tak puas hati sangat?

  • 1 year ago
  • 4Minutes
  • 684Words
  • 479Views

Saya kadang tak faham dengan sikap segelintir ejen-ejen QM yang tak puas hati dengan tulisan saya pasal QM, tapi datang komen melabel dan attack personal.

quantum metal tak puas hati

Hanya kongsi pandangan

Saya hairan sebab tak pernah sepatah pun nak kata QM scam. Juga tak pernah saya kata QM tak patuh syariah dan seumpamanya.

Saya hanya kongsikan pandangan dan jawab isu yg dibangkitkan oleh ejen2 QM yg provoke. Nak invest QM? Silakan. Saya hanya kongsikan bab risiko yang sememangnya ada dalam setiap pelaburan yang wujud di muka bumi.

Pandangan peribadi saya berkenaan emas leverage. Ia seiring pandangan saya berkenaan pelaburan leverage lain.

Baca artikel di sini atau boleh baca di link Facebook

Ini pula koleksi pandangan pakar muamalat berkenaan emas leverage. Semua pandangan ini bukan pandangan saya, tapi daripada pakar-pakar kewangan dan muamalat di negara kita. Bukan 1, bukan 2, bukan 3 tapi 7 org termasuk bekas penasihat syariah QM sendiri. Malah dalam ni juga salah seorang pakar menyinggung kompeni Public Gold.

Baca artikel di sini atau boleh baca di link Facebook

Tup-tup ada yang duk attack personal pasal isu Atomy, saya respon la. Orang provoke, saya provoke balik nak tengok dia koyak ke tak. Tapi koyak rupanya

Baca artikel di sini atau boleh baca di link Facebook

Tup-tup ada pula akaun fake duk datang attack. Entahapahapa entah la. Bertalu-talu komen sampai jadi Top Fan 😂

Baca artikel di sini atau boleh baca di link Facebook

Untuk makluman, sejak tahun lepas saya usahakan untuk invite penasihat syariah QM untuk jadi panel sesi live. Ia bukan sesi debat, ia sesi penerangan dan soal jawab beekenaan QM. Dan beberapa hari lepas saya follow up lagi berkenaan perkara tersebut.

Baca artikel di sini atau boleh baca di link Facebook

Nak ajak live pun ada yang koyak. Seperti biasa, akan ada yang nak ugut saman

Baca artikel di sini atau boleh baca di link Facebook

Ramai ejen2 QM gunakan video saya untuk explain pasal Tawaruq sejak beberapa tahun lepas. Bukan 1, bukan 2, bukan 3, tapi raaaaaamaaaaaaaaai sangat yang guna. Saya ok je. Nah tengok koleksi posting-posting ejen2 QM yang gunakan video saya. Boleh claim royalti tak?

Baca artikel di sini atau boleh baca di link Facebook

Saya juga ada kongsi sedikit info dan isu muamalat berkaitan Public Gold. Tak ada pula ejen2 PG datang attack personal, menyerang pakai akaun fake, ugut saman. Malah dalam posting ini ada yang komen pasal PG kompeni non-Muslim yang tak bayar zakat.

Baca artikel di sini atau boleh baca di link Facebook

Ini contoh respon ejen PG berkaitan isu pematuhan syariah mereka. Boleh je respon elok-elok tanpa sebarang provokasi

Baca artikel di sini atau boleh baca di link Facebook

Yang terbaru, datang seorang lagi nak attack personal. Walhal boleh je komen elok-elok. Saya tak blok sebab ia akaun original, biar publik menilai.

Jika ada yang menganggap posting ini sebagai negatif, saya terima dengan hati terbuka tanggapan tersebut. Saya bukan jenis nak play safe dan nak pleasure semua orang.

Ini cara saya memberi awareness kewangan. Ini cara saya layan haters yang provokasi di FB saya. Ini juga cara saya isi masa lapang 😝

Inilah juga cara saya melawan geng-geng haters yang selalunya daripada kalangan scammer daripada zaman Tok Belagak, Alfafa ARBA, Mecca Fund, Kopi Pak Belalang dan sebagainya.

Ini juga cara saya melawan isu-isu ejen misleading dalam kewangan tidak kira dalam industri takaful, unit trust, private mandate, hartanah dan sebagainya. Mahal saya pernah diberi amaran dan tindakan disiplin oleh autoriti disebabkan cara keras saya ini. Saya terima ia sbg peringatan dan muhasabah.

Jika saya salah dalam memberikan hujah, saya bersedia ditegur. Boleh sahaja tegur secara publik, saya tidak akan tersinggung jika ia benar dan disampaikan dengan nada yang keras. Saya juga tak ada masalah untuk memohon maaf secara terbuka dan tarik balik kenyataan jika betul saya melakukan kesilapan dan kesalahan.

Namun jika ada yang nak provokasi dan menyerang, saya akan balas ia dengan provokasi dan serangan balas.

Dan saya bersedia utk mana-mana haters nak menyerang peribadi. Saya mulakan dululah ya

“Nak promote ebook dia lettew”

“Ni mesti nak promote produk baru dia lepas ni…”

“Bisnes takaful dia tak laku, itu yang buat macam ni…”

Haters, come to papa. Boleh sambung…

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya ada berkongsi satu tulisan yang menyentuh dan menyinggung isu…