fbpx

Macamana konsep Takaful tu?

  • 2 years ago
  • 1Minute
  • 188Words
  • 513Views

Macamana konsep TAKAFUL tu.

Dipetik daripada FB Tuan Ajian Kamarudin

Konsep takaful ni adalah menyumbang dalam 1 tabung untuk kegunaan org ramai..

Siapa yang memenuhi syarat, boleh menyertai takaful. Dan jika ditakdirkan insan trsebut ditimpa musibah contohnya kematian, akan diberikan pampasan kepada warisnya.

Ataupun jika dia pemilik medikal kad, dan ditimpa musibah untuk menjalankan pembedahan, kos tersebut akan ditnggung oleh syarikat Takaful melalui tabung tabaru’ trsebut..

Andai kata kita tidak ditimpa apa2 musibah, kita juga bertuah sebab duit yg kita sumbangkan tu dpt diberikan kepada orang lain yang ditimpa musibah.

Saya amik contoh, kita bayar duit kepada persatuan penduduk untuk pengawal keselamatan. Dah 10 tahun kita bayar, tak pernah pun pencuri masuk rumah kita, rugi ke kita bayar? Tak rugi, bahkan kita rasa lebih selamat.

Contoh lainnya, tabung khairat kematian qoriah masjid, kita selalu bayar dan tak pernah ada kematian keluarga kita, kemudian kita nk pindah dari kawasan tersebut, adakah kita akan tuntut semula wang trsebut? Tidak bukan? Sebab kita tahu ianya adalah sumbangan untuk tanggung kos-kos berkaitan pengurusan jenazah qoriah masjid dan lain-lain.

Bgitulah juga takaful.

Jelas kan
*illustration unKnown – TQ

Sumber dari Fb Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Kalau la aku tahu harga emas naik sekarang ni, tahun…