Perbezaan penamaan hibah dan penamaan biasa dalam takaful
Saya ada update status di FB yang berbunyi,
“Saya cadang kpd pemilik polisi takaful, bahagikan manfaat kpd hibah & penama biasa. Hibah dpt bagi, waris lain pun dpt faraid.”
Rupa-rupanya masih ramai yang terkeliru dengan “hibah takaful”. Ia bukan produk. Ia adalah penamaan tapi bukan satu-satunya kaedah penamaan.
Dalam borang takaful, ada 2 jenis penamaan.
1. Penamaan hibah.
2. Penamaan biasa.
Yang popular disebut sebagai “hibah takaful” itulah merujuk kepada penamaan hibah. Hibah takaful bukan produk. Boleh baca di sini
Ia adalah kaedah pembahagian pampasan dan apabila hibah, ia dah jadi milik penerima hibah dan tidak ada kewajipan untuk waris yang menerimanya membayar hutang si mati.
Berbeza dengan penamaan biasa, waris yang dinamakan adalah pemegang amanah sahaja dan pampasan tersebut bukan miliknya mutlak. Harta tersebut akan jadi pusaka arwah.
Adalah tidak sesuai untuk menjadikan “hibah takaful” untuk tujuan pembayaran hutang. Dah bagi hadiah kepada pasangan, kemudian minta pasangan untuk bayar hutang kita? Ia jadi buruk siku.
Sebab itu ada fungsi penamaan biasa dalam borang takaful. Setiap satu ada fungsi dan kelebihan tersendiri seterusnya ia saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Boleh je kita letakkan penamaan biasa dan penamaan hibah dalam satu polisi yang sama.
Contohnya, kita letakkan 50% hibah dan selebihnya letak penamaan biasa. Kedua-duanya boleh letak atas nama individu yang sama, sama ada pasangan atau waris.
Selepas kita meninggal dunia kelak, pampasan akan diberikan berdasarkan hasrat kita. Wang pampasan hibah jadi milik pasangan atau waris yang kita namakan untuk dia / mereka gunakan untuk meneruskan kehidupan. Manakala selebihnya diterima sebagai pemegang amanah dan menjadi harta pusaka.
Cuma berita buruknya, tak banyak produk “hibah takaful” yang boleh meletakkan kedua-dua hibah dan penamaan biasa dalam satu polisi.
Mungkin sebab itu ramai ejen yang promote hibah takaful sahaja tanpa menerangkan peri penting penamaan biasa. Walhal kedua-duanya saling lengkap melengkapi.
Namun berita baiknya, ada juga produk takaful yang boleh letakkan kedua-dua hibah dan penama serentak dalam satu polisi.
Ada yang nak letakkan penama hibah dan penama biasa dalam satu polisi takaful?
Baca juga :
- Hibah – Berapa Isteri Perolehi Selepas Bayar Hutang
- Hibah -Isteri Tak Wajib Bayar Hutang Suami
- Hibah Boleh Selesaikan Hutang?-Kes 1
- Hibah Boleh Selesaikan Hutang?-Sambungan Kes 1
- Hibah Boleh Selesaikan Hutang?-Kes 2
- Penerima Hibah Tidak Wajib Pun Untuk Membayar Hutang Pemberi Hibah
- 2 jenis penamaan takaful: Penamaan hibah dan penamaan biasa. Hibah takaful bukan produk
Berminat tahu lebih lanjut berkenaan ini? Sila isi borang di bawah
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran