2 jenis penamaan takaful: Penamaan hibah dan penamaan biasa. Hibah takaful bukan produk

  • Reading:3Minute:s
  • PostView Count:431Views
kenapa perlu buat hibah takaful untuk pasangan

Hibah Takaful

Rupa-rupanya masih ramai yang terkeliru dengan “hibah takaful”. Ia bukan produk. Ia adalah penamaan tapi bukan satu-satunya kaedah penamaan.

Jenis Penamaan

Dalam borang takaful, ada 2 jenis penamaan.

1. Penamaan hibah.
2. Penamaan biasa.

Yang popular disebut sebagai “hibah takaful” itulah merujuk kepada penamaan hibah. Hibah takaful bukan produk.

Ia adalah kaedah pembahagian pampasan dan apabila hibah, ia dah jadi milik penerima hibah dan tidak ada kewajipan untuk waris yang menerimanya membayar hutang si mati.

Apa itu Hibah ?
Hibah bermaksud hadiah.  Apabila diberi hadiah, ia bukan lagi milik pemberi. “Hibah takaful” bukan produk tapi ialah konsep bagaimana pampasan takaful diagihkan selepas berlaku kematian.

Berbeza dengan penamaan biasa, waris yang dinamakan adalah pemegang amanah sahaja dan pampasan tersebut bukan miliknya mutlak. Harta tersebut akan jadi pusaka arwah.

Adalah tidak sesuai untuk menjadikan hibah takaful” untuk tujuan pembayaran hutang. Dah bagi hadiah kepada pasangan, kemudian minta pasangan untuk bayar hutang kita? Ia jadi buruk siku.

jangan gunakan hibah takaful untuk bayar hutang

Sebab itu ada fungsi penamaan biasa dalam borang takaful. Setiap satu ada fungsi dan kelebihan tersendiri seterusnya ia saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Boleh je kita letakkan penamaan biasa dan penamaan hibah dalam satu polisi yang sama.

Contohnya, kita letakkan 50% hibah dan selebihnya letak penamaan biasa. Kedua-duanya boleh letak atas nama individu yang sama, sama ada pasangan atau waris.

Selepas kita meninggal dunia kelak, pampasan akan diberikan berdasarkan hasrat kita. Wang pampasan hibah jadi milik pasangan atau waris yang kita namakan untuk dia / mereka gunakan untuk meneruskan kehidupan.

Manakala selebihnya diterima sebagai pemegang amanah dan menjadi harta pusaka.

Cuma berita buruknya, tak banyak produk “hibah takaful” yang boleh meletakkan kedua-dua hibah dan penamaan biasa dalam satu polisi.

Mungkin sebab itu ramai ejen yang promote hibah takaful sahaja tanpa menerangkan peri penting penamaan biasa. Walhal kedua-duanya saling lengkap melengkapi.

Namun berita baiknya, ada juga produk takaful yang boleh letakkan kedua-dua hibah dan penama serentak dalam satu polisi.

Ada yang nak letakkan penama hibah dan penama biasa dalam satu polisi takaful?

Hibah takaful belum tentu mampu menyelesaikan masalah pusaka

Ini benar.

Ramai yang ingat, hibah takaful boleh selesaikan isu.

Tahukah anda, jika guna hibah takaful pun belum tentu mampu selesaikan isu ini.

Hibah takaful akan diterima oleh waris dan jadi milik waris yang dinamakan.

Tapi untuk bayar baki hutang arwah, contohnya hutang rumah, jika guna wang hibah tersebut, bukan secara automatik jadi milik penama hibah tadi.

Contoh situasi:
Andaikan suami mempunyai hutang rumah yang berharga RM500,000 dan kemudian membuat melanggan takaful dengan hibah berjumlah RM500,000.

Suami meletakkan penama hibah takaful kepada isteri dengan harapan dan pesanan kepada si isteri supaya bayarkan hutang tersebut jika dia meninggal dunia.

Baik, apa berlaku apabila suami meninggal dunia?

  • Isteri akan terima hibah takaful RM500,000
  • Rumah akan jadi harta pusaka arwah suami kepada waris-waris yang hidup.
  • Andaikan ketika itu hutang rumah berbaki lagi RM300,000

Soalan saya;

“Dalam situasi ini, adakah si isteri SANGGUP bayarkan hutang RM300,000 rumah arwah suami yang sekarang ia adalah hak milik waris-waris faraid arwah?”

Harus diingat, hak faraid isteri terhadap harta pusaka suami hanyalah 1/8 yakni 12.5% sahaja, tak termasuk harta sepencarian.

Dengan erti kata lain, sanggupkah isteri tadi bayar RM300,000 hutang suami dan terima hak 12.5% sahaja.

Ada jawapan berbeza?

Saya pernah tulis isu ini di sini.

Baca juga :

Berminat dengan Hibah Couple Policy klik di sini

Berminat untuk tahu lebih lanjut? Sila isi borang di bawah.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Alhamdulillah, akhirnya ada juga seorang influencer dan orang lama di…