Kita Mempunyai Pilihan Dalam Hidup Ini

Ahad! Kita mempunyai pilihan untuk kekal berdengkur dan dibuai mimpi. Atau, Bangkit, bangun untuk mengejar impian, cita-cita dan mimpi semalam. Kita hari ini adalah keputusan yang kita buat semalam. Keputusan hari ini yang menjadikan diri kita esok. Ketik like dan komen kalau dah dah bangun pagi dan baca tulisan ini. Salam Ahad!

Apa yang faham dari kartun ini? LAT

Apa yang faham dari kartun ini? Walaupun tanpa tandatangan seperti biasa, dari stroke kartun ini, saya yakin ia lukisan Dato’ Lat, kartunis tersohor Malaysia di peringkat antarabangsa. Kali pertama karya beliau tanpa tandatangan “LAT” seperti biasa. Nampak apa yang saya nampak?   Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Menyemak Arah Kiblat Dengan Tepat

Masuk dalam kalender siap-siap. Setahun hanya 2 kali sahaja peluang untuk menyemak arah Kiblat dengan tepat menggunakan cahaya matahari. 28 Mei lepas sudah berlalu. Saya tak sempat nak buat. Yang terdekat, esok! Jangan lepaskan peluang. Kalau terlepas, kena tunggu setahun lagi. Grafik dari FB Mufti Wilayah Persekutuan   Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Takaful Trust

Takaful Trust, Mengapa anda perlu tahu : Alternatif Hibah Takaful 5 soalan untuk pelanggan hibah takaful atau income protection. Persoalan nombor 5 selalunya kaum kaum wanita persoalkan. Anda pencarum polisi hibah takaful atau income protection takaful? Pernah kan anda terfikir soalan-soalan berikut? Apakah jaminan waris yang anda namakan sebagai penerima hibah atau penama melaksanakan hasrat

Jutawan Felda

Jutawan Felda Dua tiga hari ini kecoh pasal isu Felda. Tiba-tiba teringat kisah “Jutawan Felda”. Tak ada kaitan pun dengan isu peneroka Felda pemalas yang dicetuskan oleh Tokoh Felda Chef Wan. Ia kisah peneroka yang menjadi jutawan segera di Felda LBJ, Sepang. Mereka mendapat pampasan RM1 Juta selepas kerajaan mengambil alih tanah Felda mereka untuk

Guna Alat Spray Ini untuk Berwuduk di Masjidil Haram

Sedikit panduan untuk rakan-rakan yang menunaikan haji atau umrah. Apabila berada di dalam Masjidil Haram, jika terbatal wudhuk, kadang kala agak sulit untuk bergerak ke tempat mengambil wudhuk. Jadi, alternatif yang ada ialah dengan menyediakan alat spray ini untuk mengambil wudhuk. Atau paling kurang bekas air mineral pun memadai. Video ini saya simpan dari tahun