fbpx

7 Langkah Ke #Nerakawang Graduan Muda

  • 7 years ago
  • 1Minute
  • 155Words
  • 331Views

1. Sebaik sahaja dapat gaji pertama, boleh beli (pinjam) kereta dengan installment 1/3 gaji. Lagi tinggi lagi bagus. Banyak tawaran 0 deposit.

“Biar papa asal bergaya”

2. Selepas 2-3 bulan baru terasa betapa mahal kos petrol dan kos-kos servis. Terpaksa berjimat cermat kos-kos lain seperti makan-minum, bil dll.

“Biar makan meggi asal dapat pakai kereta mahal”

3. Selepas setahun, masa nak renew roadtax tak cukup duit simpanan. Jangan risau, hanya perlu mohon kad kredit. Guna kad kredit utk bayar takaful insuran dan roadtax.

4. Masuk tahun kedua, boleh gunakan kad kredit utk kos-kos kereta yg lain seperti petrol, servis, maintainance dll

5. Pastikan bayaran kad kredit dibuat minima sahaja supaya ada banyak lebihan aliran tunai utk perkara lain.

6. Masuk tahun ketiga, kad kredit semakin besar. Atasinya dengan memohon pembiayaan peribadi utk menimbus hutang kad kredit tadi.

7. Cukup 3 tahun, salahkan kerajaan, inflasi, Najib, bank, Rostchild, Yahudi, cipan, Neelofa kecuali diri sendiri.

Selamat datang ke #nerakawang!

“Jalan menuju ke #nerakawang dihampari dengan permaidani merah”

Foto Afyan Mat Rawi.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
15 Jun 2017. Hari ini hari gaji kakitangan awam. Seronok…