Sejak saya menulis tentag forex, hampir setiap hari keluar iklan OctaFX, sebuah platform forex online trading. Apabila disemak, ia ada dalam watchlist Security Comission, disebabkan menjalankan aktiviti dalam pasaran modal tanpa lesen dan tidak mendapat kelulusan SC. Sudahlah forex online trading difatwakan haram, masuk pula dalam senarai amaran Suruhanjaya Sekuriti kepada para pelabur. Rujuk di
Dalam memberikan penerangan dalam kewangan, saya selalunya akan berikan penjelasan dalam bentuk analogi, supaya mudah orang nak faham. Contohnya dalam memberi penerangan tentang perbezaan simpanan, takaful dan pelaburan saya gunakan analogi pisau, parang dan kapak. Baca di sini Ia untuk memudahkan pengguna faham setiap produk atau alatan, ada fungsi tertentu. Bukan sekali harung semua sekali
Antara kritikan biasa kepada perbankan Islam ialah mengenakan harga yang tinggi dan menindas. Lalu kesimpulan dibuat ialah sama sahaja perbankan Islam dengan perbankan konvensional. Tanggapan ramai orang sepatutnya bank Islam tak patut meletakkan harga yang lebih tinggi berbanding perbankan konvensional, kerana itu adalah menindas dan menindas itu riba. Formula mereka : riba = menindas =
Saya sangat bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Dr Hj Razli Ramli ini. Inilah yang saya ajukan dalam sesi diskusi forex tempoh hari. Cuma yang Tn Dr Hj Razli kongsikan ini lebih detail. Solusi ini ialah untuk forex trader keluar daripada daripada urusniaga forex trading hari ini yang sudah difatwakan haram oleh SEMUA fatwa seluruh
“Hukum tanam pokok ketum dan minum air ketum adalah harus!” kata geng ketum. Para alim ulama dah bincangkan perkara ini. Hukum asalnya sama macam pokok-pokok lain. Tapi apabila dikaji, ia membawa kepada aktiviti mafsadah. Jadi, hukum taman pokok ketum dan minum air ketum sama seperti hukum hakam berkaitan dadah dan arak. Semua mempunyai illah yang
Sejak daripada dulu mereka selalu gunakan hujah ini. Dalam video Dr Zaharuddin Abd Rahman yang berceritakan tentang forex trading haram, mereka kata Dr UZAR tak faham forex. Walhal beliau diiktiraf kepakarannya dalam bidang kewangan. Dalam video Dr Aznan yang berkongsi bagaimana mekanisme perbankan Islam menjalankan forex secara patuh, mereka kata Dr Aznan tak faham forex,.
Antara sebab kenapa forex trader tak memahami kenapa forex haram kerana tak memahami di mana wujudnya riba dalam perdagangan forex. Ia sama macam mereka yang masih mengatakan bahawa perbankan Islam sama sahaja macam perbankan konvensional, pun berpunca disebabkan tak memahami riba. Ia juga sama dengan ejen-ejen insurans konvensional yang masih mempertahankan bahawa insurans konvensional sama
Terima pelawaan Sdra Zamrin Semalam saya menerima pelawaan Sdra Zamrin yang dikenali sebagai Atuk Pemalu untuk ke komuniti forex trader beliau dan berdiskusi topik “Diskriminasi hukum forex di kalangan retail trader” Orang jemput cara baik, kita terima cara baik. Sebenarnya sebelum itu, berlaku sedikit aksi cabar-mencabar di ruang komen FB saya antara saya dan beliau.
Dulu mungkin ya, sekarang tidak lagi. Boleh pergi sendiri ke bank-bank yang ada minta offer letter. Kita akan dapati kadar perbankan Islam dan konvensional sangat kompetetif. Malah ada juga yang pernah saya jumpa, kadar perbankan Islam lebih rendah berbanding konvensional. Apapun, tinggi atau rendah, mahal atau murah, bukan penentu halal haram. Saksikan penerangan secara live;
Pengalaman saya meninggalkan bisnes yang syubhah dengan komisen puluhan ribu, bukan sesuatu yang mudah. Istikharah demi istikharah dilakukan, dan Allah tunjukkan beberapa insiden menyebabkan saya tak tenang hati dan akhir sekali nekad meninggalkan pendapatan setinggi itu. Buka mudah nak tinggalkan pendapatan puluhan ribu sebegitu. Selepas tinggalkan, saya benar-benar lapang dan langsung tidak rasa menyesal. Justeru