Mana lagi berbaloi untuk pelaburan? Beli 3 buah rumah apartment yg berharga RM200K atau sebuah rumah teres yang berharga 600k? Jika beli apartment, selalunya boleh dapat positif cash flow jika disewakan, tapi capital appreciation tak berapa nak ada. Manakala jika beli rumah teres, capital appreciation lebih tinggi berbanding apartmen, tapi cash flow tak berapa cantik
Alhamdulillah. Benda baik kita sokong. Saya sokong tindakan kerajaan membatalkan sepenuhnya baki konsert dalam festival Good Vibes. Teringat video MB Selangor yang memperlekehkan pihak yang membantah konsert Coldplay sambil menyindir supaya buang iPhone, Facebook dan Mercedes. Membantah konsert Coldplay adalah untuk menghalang sebarang elemen songsang dari luar negara untuk masuk ke negeri yang tercinta ini.
Apa yang usahawan boleh belajar daripada kejayaan Bell Ngasri? 1. KONSISTEN Beliau berjaya meraih anugerah pertama selepas 37 tahun berada dalam industri hiburan. Ia bukan satu tempoh yang pendek dan tak ramai yang sanggup. Ramai artis yang dah bersara dalam tempoh tersebut, dan ramai juga yang hanya suam-suam kuku, tapi tidak bagi Bell. Ibarat kelapa,
Saya lancarkan T! Kt@k Series, Akademi BMW. Ada 38 video kualiti HD dengan 3 yang pertama diberikan PERCUMA. Boleh klik di akaun T!kt@k saya cari “series”. Ia menggunakan modul daripada buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW tapi kali ini dengan vidoe HD. Tajuk-tajuk yang berada dalam siri ini ialah sebagaimana berikut:- VIDEO INTRO | Pengenalan Akademi
Alhamdulillah. Selesai Mini Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW kepada warga FRIM pagi tadi. Lokasi program tak jauh daripada pejabat INFAQ Consultancy di Batu Caves. Selepas program tadi, baru tahu FRIM sudah tidak dibuka kepada awam sejak PKP lepas. Namun ada lokasi tarikan baru di FRIM yang boleh dikunjungi awam iaitu Forest Skywalk di Taman Botani
Aset vs Liabiliti Anak: Ayah, boleh saya nak cakap sedikit? Ayah: Apa dia? Anak: Ramai kawan-kawan saya ada kereta tapi saya tak ada. Saya malulah, ayah…. Ayah: Jadi, apa yang kamu nak ayah buat? Anak: Saya nak ayah belikan kereta. Ayah: Oh begitu rupanya. Ada kereta tertentu yang kamu nak? Anak: Ada, ayah. Tapi bukan
Saya terima persoalan ini daripada member WhatsApp CommunityTip Kewangan dari Wakanda, yang berbunyi: “Assalamualaikum Tuan, saya nak tanya. Zaman sekarang masih relevan ke simpan 10% daripada gaji? Adakah semakin bertambah ekoran kenaikan harga barang atau sebagainya.. Terima kasih” Al-jawab: Waalaikumsalam. Jika halangan utk menyimpan itu ialah harga barang naik, kita ada beberapa pilihan, antaranya 1.
Banyak pula dapat award malam ni… Bukan Anugerah Bintang Popular ABPH ya Tapi anugerah untuk kejayaan rakan-rakan ejensi INFAQ Consultancy di Takaful IKHLAS (Central Region) Champion, Top Introducer FYE 2022/2023 Champion, Top Group Agency Manager FYE 2022/2023 1st Runner Up, Top Direct Unit Q1 2023/2024 1st Runner Up, Top Group Agency Manager Q1 2023/2024 Alhamdulillah.
Wah menarik perkongsian ini! Grad 2006, kerja government Mula kerja pakai motosikal sahaja Lepas hampir 10 tahun kerja baru beli kereta Proton Saga Pernah duduk dengan parent, pernah menyewa rumah kampung dan sekarang tinggal di kuarters Tak pernah beli rumah Ada ASB Financing 1 dan 2 dengan total RM450K Ada pasif Income 60k dan 70k
Sepanjang proses saya menulis buku-buku kewangan, terutama yang terkini buku F.I.R.E Financial Independence Retire Early atau #BukuFIRE, memang saya terfikir soalan-soalan sebegini diajukan. “Dah kaya ke?” “Dah jadi jutawan ke?” “Dah retire ke?” “Dah berapa banyak harta?” “Kata dah retire, kenapa kerja lagi?” “Ni mesti jadi kaya sebab jual buku” Saya serba salah untuk “menunjuk”