Betul ke perbankan Islam mengambil untuk berkali ganda dan menindas pelanggan? Jom kita buat pengiraan dan anda pasti terkejut selepas mendapati jumlah sebenarnya

  • Reading:6Minute:s
  • PostView Count:44Views

Betul ke keuntungan yang bank ambil berkali-kali ganda dan membebankan dan menindas pengguna?

Ada 2 frasa yang perlu kita ambil perhatian:

  • Pertama “berkali-kali ganda”,
  • Kedua “membebankan dan menindas”.

Perkataan “berkali-kali ganda” adalah objektif. Kita boleh letakkan kayu ukur.

Contohnya 2 kali ganda atau 3 kali ganda, ia boleh diilai.

Perkataan “membebankan”, “menindas” itu sendiri adalah subjektif, tidak ada kayu ukur yang jelas dalam bab muamalat. Adakah RM100,000 menindas dan membebankan? Adakah RM100 menindas dan membebankan?

Ia bergantung kepada kemampuan seseorang. Ada orang yang mampu tidak rasa terbeban dan tertindas. Jadi, ia subjektif dan tidak boleh diletakkan kayu ukur.

(Rujuk juga posting video di bawah: Tak ada loan dan pinjaman dalam Islamic Banking.

Topik yang saya nak bawakan dalam tulisan ini adalah berkenaan pengiraan matematik yang dikatakan membebankan dsn menindas. Screnshot-screenshot ini daripada posting sebelum ini berkenaan perbankan Islam.

Untuk bab hukum, sudah dihuraikan panjang lebar sebelum ini, boleh rujuk dan komen di posting lain jika ada soalan berbangkit. Posting ini berhubung dengan sejauh manakan kita untung dan rugi apabila membuat pembiayaan dengan bank.

Betul ke perbankan Islam ni menindas dan membebankan pengguna?

  • Kita ambil kajian kes berdasarkan komen dalam screenshot ini:
  • Harga rumah secara tunai RM230,000
  • Harga rumah pembiayaan bank IslamRM700,000
  • Kadar keuntungan bank 10.85% setahun
  • Bayaran balik bulanan RM1026 ke RM890

Baik, kita pergi kepada isu yang selalunya dibangkitkan.

1. “Banyaknya bank Islam ambil untung, lebih 3 kali ganda!!! Modal RM230,000, jual RM700,000. Cekik darah!!!!

Baik, cuba buat kiraan matematik. Jika RM230,000 itu dilaburkan sendiri oleh bank dengan kadar keuntungan 5%, dalam masa 30 tahun, nilai tersebut boleh menjadi RM994,000!!!

Hampir RM1 juta! Dan ia lebih tinggi dari nilai jualan rumah! Tak percaya, boleh kira sendiri gunakan financial calculator.

Jika bank boleh deal dengan Tabung Haji atau PNB / ASB untuk minta fund manager mereka laburkan wang tersebut dengan jaminan modal seumpama pendeposit runcit, kadar 5% itu adalah munasabah.

Dalam tempoh 30 tahun itu, bank tak bayar bersusah payah berhadapan dengan pelanggan yang mempunyai kebarangkalian tak bayar balik hutang tersebut.

Itu kalau 5%. Jika bank dapat lantik fund manager sendiri yang boleh menjana keuntungan 10% setahun melalaui pasaran saham, RM230,000 boleh cecah RM4,000,000! Ya, 4 juta. Anda tak tersalah baca. Lebih besar 17 kali ganda daripada modal!

Tapi itu bukan fungsi bank. Fungsi bank adalah menyediakan perkhidmatan hutang kepada pengguna. Jika nak menjana keuntungan, ia bidang syarikat pelaburan dan pengurusan aset, bukan bank.

Sebab itu, bagi orang yang kaya raya multi-jutawan pun, mereka lebih prefer untuk menggunakan perkhidmatan bank untuk membeli aset berbanding menggunakan tunai.

Malah dalam banyak situasi, aset yang dibeli secara hutang, boleh pula menjana keuntungan yang lebih besar. Contoh, beli hartanah dan kemudian sewakan. Sewa yang dikutip setiap bulan lebih besar daripada ansuran bulanan. Ia dipanggil “leverage”.

Hutang adalah alat. Kita yang menentukan baik buruknya.

Hutang itu sendiri asalnya adalah harus. Dalam Quran pun diberi panduan bagaimana berhutang dalam ayat yang paling panjang dalam surah al-Baqarah. Malah Nabi Muhammad sendiri pun berhutang dengan orang Yahudi.

Yang jadi masalah ialah berhutang dan tak bayar hutang. Nabi Muhammad pun dah berikan peringatan bahawa roh orang berhutang akan tergantung selagi mana hutang tak diselesaikan.

Sebab itulah juga ada instrumen takaful sebagai persediaan untuk bayar hutang sekiranya tak sempat dilangsaikan ketika hayat dikandung badan.


IKLAN: Takaful dengan hibah RM1.2 juta. Sumbangan RM100 sahaja sebulan bagi umur 30 tahun. Klik di sini

2. “Bank konvensional bagi 3.5% tapi bank Islam bagi 10%. Cekik darah!!!!”

Ini yang ramai tak perasan dan tengok betul-betul. jika dibandingkan dengan perbankan konvensional, tidak ada harga jualan sebenar rumah yang dijual. Yang ada hanyalah kadar sahaja.

Dan apabila tengok pada kadar sahaja, maka pengguna akan kata bahawa bank Islam letak kadar 10% dan bank konvensional letak kadar 3.5%
Rilekss…. Cuba tengok balik kes di atas. Jika jualan RM700,000 dibahagikan dengan 30 tahun dan 12 bulan, bayaran bulanan sepatutnya ialah RM1,944.44 sebulan.

Tapi bayaran hanyalah RM1026, dan sekarang turun ke RM890? Separuh lebih rendah daripada apa yang sepatutnya!

Eh, apa yang berlaku?

Sebenarnya, kadar semasa perbankan Islam dan konvensional sama sahaja. Sebagai contoh jika kita rujuk ABC Bank (konvensional) dengan ABC Islamic Bank, kadar semasa adalah sama sahaja sebab ia bergantung kepada OPR yang ditetapkan oleh BNM.

Dan jika kita ambil bayaran maksima setakat ini iaitu RM1026, total bayaran adalah RM369,360 sahaja.

Tapi harus diingat, kadar OPR ada naik turun ditentukan oleh Bank Negara Malaysa.

Suatu ketika dahulu, ia pernah melebihi 10% dan pengguna bank Islam bertuah kerana ia akan ada had siling iaitu keuntungan 10% sahaja berbanding bank konvensional.

Ini menunjukkan bank Islam lebih telus dan harga jualan akan dinyatakan dalam kontrak perjanjian jual beli, berbanding bank konvensional yang tidak dinyatakan. Atas sebab itulah pinjaman perumahan di bank konvensional adalah tidak patuh syariah, selain riba, ia juga gharar. Dalam kes ini, peminjam tak tahu berapa jumlah yang akan dibayar.

3. “Eh, kalau bayaran tak sama setiap bulan dan kena ikut OPR, ini dah pun gharar. Ini pun tak patuh syariah!”

Ia jadi gharar kalau harga jualan tidak ditetapkan dari awal. Tapi apabila harga jualan ditetapkan dari awal, ia tidak gharar.

Harga jualan tak berubah dari awal sign kontrak sampai selesai bayaran. Yang berubah ialah jumlah ansuran sahaja dan ia tidak menjejaskan keabsahan patuh syariah kontrak.

Contoh mudah, kita hutang RM100, dan kemudian kita bayar bulan-bulan RM10, kemudian RM5, kemudian RM15 dan seterusnya – ia tak menjejaskan patuh syariah selagi mana kita tak bayar lebih daripada RM100 tadi.

Dan dalam sistem perbankan hari ini, jika pelanggan membayar balik lebih awal daripada yang dipersetujui, bank akan berikan rebet untuk “early settlement”. Sistem ini diterima pakai dalam perbankan Islam dan dipanggil sebagai “ibra’”. Maknanya pelanggan ada peluang untuk selesaikan hutang dengan lebih awal.

4. “Arghhh… Tak kira! Ini semua agenda Yahudi! Agenda Zionis!! Agenda Alluminium!”

OK, boleh delete akaun Facebook.

Artikel berkenaan perbankan Islam.

Banyakkan membaca kerana membaca itu jambatan ilmu dan malas membaca pula ialah jambatan bangang.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Ada orang tanya saya tentang produk Manusecure 20. Semakan saya…