HIGHLIGHT BAJET 2020 – Memperuntukkan subjek kewangan di peringkat bermula dari peringkat sekolah rendah hingga ke menengah – Menjadikan subjek kewangan sebagai subjek wajib lulus SPM – Memperkenalkan Kelab Bijak Wang di sekolah menengan – Mewajibkan mata pelajaran kewangan di peringkat universiti IPTA dan IPTS – Memperkenalkan kempen hidup bijak tanpa hutang di kalangan rakyat
Sekitar Julai 2019 Kali pertama saya tahu tentang isu Metamorphis yang kendalikan oleh Tuan Afnan Rosli adalah pada bulan Julai 2019 lepas apabila membaca posting-posting daripada Ustaz Masri Ramli. Ketika itu, Ustaz Masri berkongsi pandangan beliau tentang isu “feeling is prayer” tanpa menyebut nama Tuan Afnan dan program Metamorphosis. Dalam satu posting, saya bertanyakan tentang
Dalam semangat kempen BMF, jangan sampai jadi rasis. Kita cintakan bangsa Melayu. Kita cintakan Muslim. Tanpa kita abaikan bangsa lain dan penganut agama lain. Majoriti Melayu adalah Muslim, dan majoriti Muslim adalah Melayu. Malah dalam perlembagaan, salah satu indikator Melayu adalah Muslim. Sayang bangsa berbeza dengan assobiyah. Ada beza antara rasis dan semangat cintakan bangsa.
UNSANGKARABLE. No 4 dan nombor akhir paling tak sangka. 1. Saya tak sangka langsung ada kedai RM2 yang biasanya dipelopori oleh usahawan Cina, dibangunkan oleh anak Melayu yang pastinya Muslim! 2. Tambah tak sangka juga, bukan 1 kedai, bukan 2 kedai, bukan 3 malah sudah ada 34 cawangan di sellllllluruh Malaysia. Rujuk laman www.kedairm2murahjimat.com untuk detail alamat
Maaf, kempen BMF bukan kempen boikot. 1. Ketika hangat kempen Buy Muslims’ First #BMF, masih ada seruan-seruan boikot seperti; “Apa salahnya boikot? Orang kafir dah kama boikot kedai Muslim” “Duit aku, aku punya pasal la nak boikot” “Boikot dengan kempen BMF ni sama sahaja” 2. Suka saya nyatakan, tak jalankan kempen boikot produk-produk non-Muslim yang sudah
Baru selesai sesi interview isu Buy Muslims’ First #BMF bersama editorial Masjid Kota Damansara, untuk majalah mereka Mimbar Kota. Terima kasih kepada Tuan Islah selaku pengurus masjid dan ketua editor, bersama Tuan Imam Wan Muhammad yang sudi bertandang ke pejabat INFAQ Consultancy. Interview topik BMF yang sedang hangat diperkatakan yang akan dimuatkan dalam majalah mereka pada keluaran akan datang.
Apabila tiba musim jerebu, rata-rata rakyat Malaysia diseru untuk memakai “purdah” penutup hidung dan mulut bagi mengelakkan menularnya wabak ini. Tidak cukup Kementerian Kesihatan, malah NGO, parti politik, influencer dan lain-lain pun turut memberi peringatan yang sama. Ia adalah peringatan yang bagus. Tiada siapa yang mempertikaikan perkara tersebut kerana sedar akan kepentingan tersebut. Kementerian kesihatan
1. Membaca berita ini, teringat tulisan berkenaan restoran mamak yang pernah viral suatu ketika dahulu. Saya kongsikan beberapa tips untuk mengenal pasti restoran Mamak Muslim atau non-Muslim. Kebetulan sekarang hangat isu #BMF. (Baca di sini) 2. Saya juga pernah berkongsi pengalaman saya pada hari cuti Deepavali tahun untuk mengenalpasti mana restoran yang dijalankan oleh pekerja Hindu.
Banyak juga cadangan kepada saya untuk tubuhkan NGO untuk melonjakkan kempen #BMF secara rasmi. Ada juga rakan cadangan utk saya buat collection untuk membantu merancakkan kempen #BMF dan dia pun nak berikan sumbangan peribadi. Respon saya; 1. Setakat ini saya secara personal, tak berhasrat untuk menubuhkan NGO. Jika ada rakan-rakan lain yang berhajat, saya support dari jauh.
Dalam satu kajian, sesuatu tindakan yang diambil dalam keadaan terlalu emosional, kebarangkalian tinggi keputusan itu adalah keputusan yang salah. Kemudiannya ia tidak akan meninggalkan kesan yang lama dan akhir sekali kita akan menyesal. Keputusan dan tindakan yang diambil dalam keadaan rasional, lebih baik dan bertahan lama. Pernah tak Tuan-Puan mengalami pengalaman-pengalaman sebegini? CONTOH 1: Anak