Antara hikmah yang tersembunyi di sebalik Covid-19 dan moratorium ini ialah ramai dah mula nampak perbezaan antara sistem perbankan Islam dan perbankan konvensional. Saya sertakan beberapa screnshoot FAQ berkaitan moratorium yang dikeluarkan oleh BNM dan beberapa bank ini. Bagi produk perbankan konvensional, kadar faedah akan meningkat dan kompoun seiring masa 6 bulan moratorium yang berjalan.
Tiada siapa menyangka, pada tahun 2020 yang sepatutnya kita menyambut Malaysia sebagai negara maju, kita berada di rumah masing-masing dengan berhadapan 3 krisis. 3 Krisis Krisis kesihatan yang semua sedang terkesan angkara Covid-19 yang menyebabkan kita terpaksa kuarantin di rumah. Krisis politik yang berlarutan sejak PRU 2018 sehingga Februari 2020 yang menyaksikan 2 kali
Penangguhan Bayaran Balik RASMI 1. Bermula 1 April 2020, bank-bank tempatan akan menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran balik sehingga enam (6) bulan kepada peminjam-peminjam individu dan PKS di masa yang amat mencabar ini. 2. Pemegang kad kredit yang menghadapi kekangan kewangan boleh memilih untuk menukar baki kad kredit kepada pinjaman berjangka. Fleksibiliti penangguhan pembayaran balik
Inisiatif pengeluaran KWSP RM500 untuk bantuan kewangan krisis Covid-19. No 10, ramai tak perasan. 1. Fungsi asal KWSP ialah untuk persaraan, bukan untuk kecemasan. Wang kecemasan sepatutnya dalam bentuk dana simpanan yang mudah dicairkan. 2. Keluarkan wang KWSP tersebut hanya jika benar-benar terdesak dan kesempitan, bukan ambil kesempatan. 3. Terdesak dan kesempitan yang bagaimana? Contohnya
Antara hikmah Perintah Kawalan Pergerakan Terhad ialah kita dapat lihat amalan sebenar dalam Islam untuk perkahwinan. Rukun nikah dalam Islam, ada 5 sahaja 1. Pasangan lelaki 2. Pasangan perempuan 3. Saksi 4. Wali 5. Aqad Kalau tidak, kita akan tengok segala mak nenek tambahan rukun nikah 6. Kenduri kendara 7. Karaoke 8. Salam sampul
Saham dan unit amanah sedang jatuh! Apa nak buat? Apa Alternatif yang ada? STOP, TERUSKAN ATAU…? 1. Apabila saham-saham besar Malaysia mulai jatuh, ia akan memberi impak kepada mana-mana instrumen dan produk pelaburan yang dibuat di dalam Malaysia, seperti KWSP, Tabung Haji, ASB dan tidak terkecuali unit trust / unit amanah. 2. Majoriti dana unit
Kenapa pentingnya PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN. 1. Secara umumnya ada 4 kumpulan Kumpulan A, pembawa Covid-19 yang sedang dirawat. Kumpulan B, yang berjumpa A secara tak langsung. Kumpulan C, yang berjumpa A secara langsung. Kumpulan D, majoriti rakyat Malaysia yang tidak dijangkiti Covid-19. 2. Kumpulan C akan dikenalpasti kerana mempunyai kontek langsung dengan A (pembawa Covid-19)
Selagi mana wabak Covid-19 ini tiada penawar, maka akan berlaku kesan domino. Syarikat-syarikat mengalami kesukaran beroperasi Ia membawa kepada pengecilan saiz dan operasi Ramai pekerja yang akan diberhentikan Mereka yang diberhentikan akan mengalami masalah kewangan Kuasa membeli rakyat Malaysia akan berkurangan Bagi yang ada persediaan kewangan pun akan lebih berhati-hati berbelanja Apabila kurang berbelanja, ekonomi
3 Krisis Berlaku Serentak Krisis kali ini sangat berbeza dengan krisis-krisis sebelum ini, apabila 3 krisis berlaku serentak: krisis kesihatan, krisis politik, krisis ekonomi. Krisis kali ini melibatkan – Krisis kesihatan: Covid-19, yang baru bermula sejak hujung 2019. – Krisis politik: Perubahan kerajaan sebanyak 2 kali dalam masa kurang 3 tahun, dari Mei 2018
Saya pernah membaca satu statistik, kadar perceraian di US terkesan secara langsung dengan naik turun ekonomi. Ketika ekonomi merudum, kadar perceraian meningkat dan begitu juga sebaliknya. Saya tak pasti statistik di Malaysia. Jika ada, boleh tolong kongsikan. Tapi berdasarkan maklumat daripada rakan-rakan peguam syarie, majoriti besar punca perceraia adalah berpunca daripada masalah kewangan. Jika