fbpx

Month: July 2018

Hari Pertama Keberangkatan Dari Malaysia ke Arab Saudi

“Ayah, janganlah pergi”, rengek Zulaikha teresak-esak. “Aika, biarlah ayah pergi. Bukannya lama”, Balqis memujuk adiknya Zulaikha, yang terkenal dengan sifat manja, anak nombor 2. Air mata bergenang. Saya hanya tersenyum kelat sambil mendakap kemas sambil memujuk mereka, termasuk Danial dan Sarah yang teresak-esak. Eusoff hanya memerhatikan, masih tidak faham apa yang berlaku. Video-video ini dirakam

Berani Ambil Peluang Krisis Ekonomi

Saham ekuiti – jatuh. Unit trust – jatuh. Rumah tak terjual – banyak. Apabila berlaku krisis ekonomi, ramai yang keluarkan dan jual pelaburan mereka untuk ditukar kepada tunai atau instrumen yang lebih selamat. Itu yang terjadi hari ini. Tapi bagi pelabur yang berpengalaman, mereka tak perlu terburu-buru lakukannya. Hanya yang kurang berpengalaman sahaja yang panik

Inilah Cara Saya ‘Marketing’ Bisnes

Walaupun FB saya bercampur aduk posting-posting berkaitan kewangan dan politik, marketing bisnes branding dalam bidang kewangan, takaful dan unit trust melalui online tetap berjalan seperti biasa. Dengan SEO + FB Ads, inilah cara yang saya gunakan. SEO sudah lama, FB Ads baru setahun dua. Ini juga untuk menjawab persoalan seorang rakan “Afyan, tak hilang ke

PRS Alternatif Kepada KWSP

Jika tidak mengajar, saya belajar. Hari ini belajar ilmu PRS. PRS, bukan Pembimbing Rakan Sebaya. Tapi Private Retirement Scheme. Alternatif kepada tabung persaraan KWSP. Berdasarkan statistik KWSP, 60% pesara habiskan wang KWSP mereka dalam masa 3 tahun selepas bersara. Jadi skim PRS merupakan plan persaraan alternatif yang ada untuk dibuka untuk menambah simpanan dana persaraan

Hibah Takaful Ialah Pemberian Pampasan Takaful Kepada Penama

Apakah Hibah Takaful untuk selesaikan hutang ?   Hibah takaful boleh membantu untuk membayar hutang? Belum tentu. Hibah adalah hadiah. Hibah takaful pula ialah pemberian pampasan takaful kepada penama. Selepas hibah, harta menjadi milik penerima hibah. Penerima hibah tidak ada kewajipan syarie untuk membayar hutang pemberi hibah. Contoh, suami buat hibah takaful kepada isteri dan

Melayu-Usman Awang

MELAYU Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopan Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalah Kecut takut kerana benar, Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut, Biar mati adat Jangan mati anak. Melayu di tanah Semenanjung luas

Hujung Minggu #TeamINFAQ Dipenuhi Program

Hujung minggu yang padat dan produktif! Rakan-rakan #TeamTakaful dalam program XO Sales Drive di Palace Of Golden Horses, Sri Kembangan. Manakala rakan-rakan #TeamInvestment pula dalam program Reach Out 360 di OSA, Kota Damansara. Sementara itu, rakan-rakan perunding baru selesai program Train The Consultant di pejabat INFAQ Consultancy, Batu Caves. Semoga-semoga ALLAH murahkan rezeki rakan-rakan semua! Sumber dari FB Afyan

Orang Melayu Masih ‘Rileks’

Orang Melayu tak tersinggung ke apabila orang Cina kata orang Melayu pendatang? Kemudian orang India pula kata orang Melayu pendatang? Nampak rilek je. Lagi kecoh bab Husna. Lepas ni orang Indon, orang Bangla, orang Mayanmar dan orang Afrika di Malaysia, pakat-pakat kata orang Melayu ni pendatang, orang Melayu masih rilek. Tak mustahil, kalau orang utan

Selesai Program TTC Batch Julai 2018

Selesai program TTC batch Julai 2018 siang tadi. Program sehari suntuk ini saya anjurkan menggunakan modul perancangan kewangan Model INFAQ yang saya khususkan untuk perunding-perunding takaful dan unit trust. Ia dianjurkan sejak 2016 dan setahun dijalankan 3-4 bulan sekali selalunya. Peserta hari ini hanya 13 orang daripada pelbagai kompeni dan latar belakang dalam bidang takaful

Infografik Penyakit Kritikal

Coverage income protection yang baik mestilah merangkumi sekali coverage untuk penyakit kritikal (Critical Illness), bukan sekadar kematian dan lumpuh. Sebabnya, apabila seseorang ditimpa penyakit kritikal, dia tidak mampu bekerja dan memperolehi pendapatan. 71% kematian rakyat Malaysia berpunca dari penyakit kritikal (Critical Illness) seperti – stroke, – kanser, – sakit jantung, dan – sakit buah pinggang.