Category: Pelaburan

PRS Alternatif Kepada KWSP

Jika tidak mengajar, saya belajar. Hari ini belajar ilmu PRS. PRS, bukan Pembimbing Rakan Sebaya. Tapi Private Retirement Scheme. Alternatif kepada tabung persaraan KWSP. Berdasarkan statistik KWSP, 60% pesara habiskan wang KWSP mereka dalam masa 3 tahun selepas bersara. Jadi skim PRS merupakan plan persaraan alternatif yang ada untuk dibuka untuk menambah simpanan dana persaraan

Hujung Minggu #TeamINFAQ Dipenuhi Program

Hujung minggu yang padat dan produktif! Rakan-rakan #TeamTakaful dalam program XO Sales Drive di Palace Of Golden Horses, Sri Kembangan. Manakala rakan-rakan #TeamInvestment pula dalam program Reach Out 360 di OSA, Kota Damansara. Sementara itu, rakan-rakan perunding baru selesai program Train The Consultant di pejabat INFAQ Consultancy, Batu Caves. Semoga-semoga ALLAH murahkan rezeki rakan-rakan semua! Sumber dari FB Afyan

Training Bersama #TeamInvestment INFAQ Consultancy

Pagi tadi training bersama #TeamInvestment INFAQ Consultancy, rutin setiap Khamis. Pengisian hari ini, forum dengan menampilkan perunding-perunding dari syarikat unit amanah lain yang berhijrah dan kini bersama platform bisnes pelaburan Single License Investment. Antara kelebihan yang ada bersama Single License Investment ialah akses ke lebih 100 dana patuh syariah daripada lebih 20 syarikat unit trust yang ada

Program #INFAQInvestment Unit Trust, Back 2 Basic

12 Ogos 2018, Team Leader #INFAQInvestment akan mengendalikan program untuk konsultan-konsultan baru unit trust #TeamINFAQ. Konten program ini; 1. Asas unit trust – Konsep pelaburan unit trust – Perbezaan unit trust dengan pelaburan lain – Kelebihan dan kekurangan unit trust 2. Fund Fact Sheet: “Surat Beranak” setiap dana unit trust – Apakah Fund Fact Sheet / Helaian Fakta

Inflasi Harga Durian

Viral gambar jualan durian dengan tulisan “1958 = 80 sen stopok”. Semalam saya kongsikan gambar tersebut, dengan caption; “Dengan anggaran kadar inflasi 6% setahun, nilai 80 sen pada tahun 1958 bersamaan RM26.40 pada tahun 2018” Anggaran infalasi 6% ini mungkin tinggi. Inflasi rasmi tak sampai 6%. Berdasarkan komen berhubung gambar, durian sebanyak itu agak mustahil

Antara Unit Trust Dengan Emas

Mana lebih baik antara unit trust dengan emas? Ini antara soalan biasa yang saya terima dalam #SeminarBMW atau dalam mana-mana sesi ceramah tentang pelaburan atau dalam sesi analisa kewangan personal. Kalau nak jawab mudah, begini respon begini; “Dua-duanya bagus. Yang tak bagus ialah buat analisa perbandingan kedua-duanya tapi langsung tak melabur dalam mana-mana emas atau unit trust”.

Phillip Capital 9th Annual Investment Conference 2018

Hujung minggu bulan Syawal yang dipenuhi dengan jemputan open house, saya memenuhi jemputan program ini yang padat dengan ilmu pelaburan. Antara perkara menarik ialah strategi dan jangkaan potensi pelaburan di zaman Malaysia Baru. Kali ini isu-isu berkaitan politik negara banyak dikaitkan, berbanding konferens sama sebelum ini. Insyaallah, jika berkesempatan saya kongsi-kongsikan lagi ilmu yang diperolehi

BIMB-Arabesque i Global Dividend Fund 1 Mencatatkan Pulangan Memberangsangkan

Hujung tahun lepas saya kongsikan dana ini. Dana unit trust pertama di Malaysia menggunakan fund manager robot a.k.a Artificial Intelligent. Dana ini baru setahun jagung dipasarkan di Malaysia dan mencatatkan pulangan memberangsangkan. Ia dilaburkan ke market global, buat masa sekarang banyak di Amerika Syarikat serta Jepun, Kanada, Findland, Hong Kong dan lain-lain. Prestasi dana ini;

Saham dan Unit Trust Sedang Jatuh, Apa Nak Buat? Ini Pelaburan Alternatif Yang Ada

Apabila saham-saham besar Malaysia mulai jatuh, ia akan memberi impak kepada mana-mana instrumen dan produk pelaburan yang dibuat di dalam Malaysia, seperti KWSP, Tabung Haji dan ASB. Semua instrumen ini melabur majoriti dana mereka dalam ekuiti saham di Malaysia. Cuma impak kepada pelabur tidak berlaku secara terus sebab keuntungan dividen dan hibah diumumkan setahun sekali.

Ekonomi Malaysia Bermasalah?-Ini Teori Saya

Tidak dapat dinafikan, ekonomi negara kita “dilihat” bermasalah sekarang. Dengan kerugian atas kertas pelaburan-pelaburan KWSP. Matawang Ringgit Malaysia pada kadar terrendah. Saham indeks jatuh teruk. Nilai saham syarikat-syarikat besar pun jatuh. Dan lain-lain lagi, rujuk tulisan saya terdahulu. Saya ada teori saya sendiri. Secara umumnya, jika membaca komentar-komentar “pakar-pakar ekonomi FB”, sekurang-kurangnya ada 2 kesimpulan