Alhamdulillah, selesai siang tadi training #SeminarBMW untuk ejen-ejen Olive House di Hotel Putra KL. Insyaallah seterusnya akan jelajah ke seluruh negara; Utara, Selatan, Pantai Timur dan Borneo. Ia adalah jemputan dari Olive House, sebuah syarikat Muslim yg berjaya di Malaysia, yang popular dengan produk-produk minyak zaitun dari Timur Tengah. Terima kasih CEO Olive House Tuan Ustaz Aidil Azwal
Mana lebih baik antara unit trust dengan emas? Ini antara soalan biasa yang saya terima dalam #SeminarBMW atau dalam mana-mana sesi ceramah tentang pelaburan atau dalam sesi analisa kewangan personal. Kalau nak jawab mudah, begini respon begini; “Dua-duanya bagus. Yang tak bagus ialah buat analisa perbandingan kedua-duanya tapi langsung tak melabur dalam mana-mana emas atau unit trust”.
Tempoh hari saya dijemput oleh TV Al Hijrah untuk berkongsi topik NERAKA WANG AIDILFITRI. Antara situasi yang banyak berlaku selepas musim perayaan ialah pokai dan bajet lari sebab; 1. Gaji bulan Jun masuk awal bulan 2. Duit gaji bulan Jun sudah digunakan menjelang musim perayaan 3. Di hujung bulan Jun, gaji tak masuk seperti biasa
Semalam pihak polis selesai membuat kiraan aset-aset yang dirampas dari mantan PM. Itu menunjukkan jumlah aset mudah alih sahaja. Tidak termasuk aset tetap seperti hartanah atau aset kewangan atas kertas seperti wang dalam akaun, pelaburan saham, unit amanah dan sebagainya, jika ada. Berapa pula aset kita? Berapa pula aset bersih kita? Aset dan aset bersih,
Rakaman interview TV Hijrah yg disiarkan malam tadi tentang isu caruman KWSP untuk suri rumah. (Terima kasih Puan Suhaira Jamil yang tolong rakam ) Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
Apa kejadah semua ini??!! Kisah ini diambil dari FB Tuan Wan Kamaruddin, bekas pengacara Edisi Siasat NTV7. Pengajaran dari kisah ini; 1. SEMAK dan KEMASKINI maklumat penama yang anda letak pada penamaan KWSP. Biasanya penama KWSP dibuat ketika baru bekerja, masih bujang, biasanya nama ibu. Selepas bertahun-tahun maklumat itu tidak dikemaskini sekalipun sudah berkahwin dan
Muktamad. InsyaAllah saya akan mencalonkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya kali ini. Jika saya menang kali ini, saya akan membawa cadangan agar pendidikan kewangan bermula dari pra-sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Ia akan dimulakan dengan Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMWyang diadakan di selllluuuruuuh negara secara percuma. Ini bagi memberi kesedaran kewangan dan
Ini adalah data daripada Bank Negara Malaysia daripada laporan bertajuk “The Living Wage: Beyond Making Ends Meet”. Laporan 10 mukasurat ini boleh dibaca sepenuhnya di website BNMB Menarik berkenaan pendapatan yg wajar di Kuala Lumpur dengan kos sara hidup yg meningkat hari ini. Ini antara data daripada laporan tersebut dan komen saya di bawah sekali.
Saya terima 2 mesej berbeza; 1. Mesej dari seorang rakan yang berada dalam sayap pemuda parti pembangkang yg meminta cadangan untuk manifesto mereka, untuk menjana kewangan anak muda dalam konteks pendapatan boleh guna. 2. Mesej dari seorang rakan untuk meminta idea untuk disampaikan kpd PM dan pengurusan tertinggi dasar kerajaan; bagaimana menjana high income pada
Apakah Benar Hibah Takaful Selesaikan Hutang? “Jangan letakkan nama isteri Tuan dalam penama hibah kalau Tuan berhasrat ingin jadikan polisi takaful ini sebagai medium untuk menyelamatkan hutang piutang Tuan”, kata saya. “Eh, kenapa Encik Afyan? Hari tu saya ada terbaca di FB hibah dapat selesaikan hutang. Sebab itu saya ambil takaful”, katanya. Nampak wajahnya kehairanan.