Alhamdulillah, berjaya juga buat video ke-3 dalam siri “Mangsa Sifu Hartanah”. Jemput tonton 2 video sebelum ini untuk mendapat gambaran penuh isu ini. Kalau bukan asbab FB Personal kena ban dan aktif di Tiktok, saya lebih selesa menulis berbanding video sebegini. Mudah-mudahan video-video saya bermanfaat untuk semua. Insya Allah, topik ini akan dibicarakan secara live
Baru sempat menonton video oleh Tuan Faizul Ridzuan, nama yang disebut-sebut oleh sebagai Sifu Hartanah dalam confession “Mangsa Sifu Hartanah”. Tonton di sini Tuan-Puan boleh tonton dan buat penialain sendiri. Saya tak ada sebarang kepentingan dgn beliau atau sesiapa. Secara peribadi tak pernah jumpa pun beliau. Hanya berkomunikasi melalui maya sahaja. Ulasan saya berkenaan isu
Cara pelaburan hartanah saya simple sahaja. Strategi ini tak sesuai untuk orang yang nak buat untung cepat. 1. Mulakan dengan matlamat. Matlamat saya adalah untuk persediaan persaraan kelak, melalaui hartanah. Target saya ialah, selepas bersara, hartanah dah habis bayar dan saya dapat sewakan. Jadi, boleh bersara dengan tenang tanpa perlu bekerja. 2. Baca buku-buku kewangan
Alhamdulillah, selesai sesi live #BicaraWang pada malam ini. Topik KENAPA FOREX TRADING HARAM & BOLEHKAH IA JADI PATUH SYARIAH? dibawakan secara santai oleh Tn @Haji Razli Razman, seorang tokoh dan orang lama dalam perbankan Islam. Kepakaran beliau, ada “mengislahkan” produk-produk kewangan konvensional menjadi patuh syariah. Terima kasih juga kepada seorang penonton dan juga forex trader,
“Hukum tanam pokok ketum dan minum air ketum adalah harus!” kata geng ketum. Para alim ulama dah bincangkan perkara ini. Hukum asalnya sama macam pokok-pokok lain. Tapi apabila dikaji, ia membawa kepada aktiviti mafsadah. Jadi, hukum taman pokok ketum dan minum air ketum sama seperti hukum hakam berkaitan dadah dan arak. Semua mempunyai illah yang
Terima pelawaan Sdra Zamrin Semalam saya menerima pelawaan Sdra Zamrin yang dikenali sebagai Atuk Pemalu untuk ke komuniti forex trader beliau dan berdiskusi topik “Diskriminasi hukum forex di kalangan retail trader” Orang jemput cara baik, kita terima cara baik. Sebenarnya sebelum itu, berlaku sedikit aksi cabar-mencabar di ruang komen FB saya antara saya dan beliau.
“Alaaaa.. Perbankan Islam ni tukar nama dan istilah je…” “Sama je perbankan Islam dengan konvensional. Dua-dua kena bayar lebih” “Bank Islam tapi harga Yahudi!” “Mana ada bank zaman Nabi Muhammad? “ Hujah ini biasa digunakan oleh rakan-rakan yang menolak perbankan Islam dan mengatakan bahawa perbankan Islam sama sahaja dengan konvensional. Ini komen-komen biasa yang saya
Mula-mula saya terima komen daripada seorang non-Muslim yang mengakui bahawa analogi yang saya berikan tentang perbezaan kontrak patuh syariah dengan kontrak tidak patuh syariah. Kemudian, terima pula mesej daripada seorang forex trader yang berhenti selepas membaca posting di FB saya berkenaan seorang bekas pekerja syarikat broker forex yang berhenti. Maha Suci Allah! Segala puji dan
AllahuAkbar! Subhanallah! Alhamdulillah! Allah Maha Besar! Maha Suci Allah! Segala puji hanya bagi Allah! Orang non-Muslim pun faham bahawa ada perbezaan di antara kontrak perbankan Islam dan perbankan konvensional. Semoga orang Islam yang masih menganggap perbankan Islam sama sahaja dengan konvensional baca balik tulisan-tulisan saya sebelum ini dan menerima hakikat bahawa perbankan Islam itu halal
1. Apa itu harta pusaka kecil? Harta simati yang terdiri daripada Harta Tak Alih sahaja seperti tanah dan rumah atau Harta Tak Alih bersama Harta Alih seperti wang simpanan, saham dan insurans yang nilai keseluruhannya tidak melebihi RM 2,000,000.00 pada tarikh permohonan 2. Siapa yang boleh membuat permohonan. ? Waris kepada simati seperti suami atau