Zaman pulangan TH tinggi 5% – 6% sudah berlalu. Kali terakhir ialah untuk tahun kewangan 2017, dengan hibah tahunan 4.5% dan hibah haji 1.75%. Barang lepas usah dikenang….. AWAS ARTIKEL INI PANJANG DAN SANGAT MENYENTAP PERASAAN BAGI YANG MUDAH KOYAK. KALAU MALAS BACA SEMUA, SKIP KE HUJUNG POSTING, SAYA BUAT RINGKASAN DALAM BENTUK POINT BERNOMBOR.
Jika ada yg anggap dividen TH 3.1% tu sikit, ketahuilah ada yang dapat keuntungan RM5.8 juta! Sebenarnya, bukan dividen tu yg sikit, duit kita yg tak cukup banyak. Pada 2018, media pernah malaporkan bahawa ada seorang pendeposit mempunyai simpanan RM190 juta di Tabung Haji! Berita ini dilaporkan pada 2018, bagi audit Tabung Haji 2017. Hibah
Tadi saya semak statistik jumlah pendeposit dan deposit Tabung Haji ini. Satu perkara yang menarik, walaupun hibah tahunan semakin berkurangan saban tahun berbanding dulu-dulu dan sudah tiada lagi hibah haji sejak beberapa tahun ke belakangan ini, jumlah deposit meningkat dengan jumlah yang sangat signifikan terutama dari tahun 2019 hingga 2021. Dan satu lagi perkara yang
Alhamdulillah, agihan keuntungan Tabung Haji tahun lalu 3.1%, selepas zakat dilunaskan. Jumlah ini lebih kurang sama setahun dua lalu. Zaman pulangan TH tinggi, 5% – 6% sudah berlalu. Apapun ia masih tinggi berbanding fix deposit bank dan instrumen terbaik yang saya akan syorkan untuk membuat simpanan dan dana kecemasan. Selamat. Tiada sebarang caj dan kos.
Kosmo, 28 April 2023 Klik imej untuk paparan besar RAMADAN berlalu, Syawal pula tiba untuk diraikan umat Islam. Sambutan Aidilfitri tidak lengkap dan bertambah meriah jika ada yang berkongsi rezeki dengan memberi duit raya. Bercerita berkenaan duit raya, jangan terkejut jika ada anakanak mendapat duit raya sehingga ribuan ringgit. Malah, tanpa berkunjung ke rumah saudaramara
Saya ada kongsikan satu posting tentang isu adakah waris mewarisi hutang kad kredit yang ditinggalkan oleh waris yang meninggal dunia. Saya kongsikan bahawa hutang tersebut perlu dilangsaikan oleh harta si mati, bukan harta waris. Kemudian, ada soalan yang bermaksud “Bagaimana sekiranya harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati tak cukup untuk bayar hutang?” Jawapan saya:
Saya ada berkongsi satu tulisan yang menyentuh dan menyinggung isu muamalat dalam Public Gold, dan menerima respon yang positif daripada ejen-ejen Public Gold. Ekceli,ia bukan tulisan tu saya pun. Saya kopipes daripada tulisan seorang penasihat syariah di FB beliau. Alhamdulillah… Terima kasih atas penjelasan oleh Tn Syukor Hashim dan CikPuan Faezah Hamid atas komen-komen yang
Saya kadang tak faham dengan sikap segelintir ejen-ejen QM yang tak puas hati dengan tulisan saya pasal QM, tapi datang komen melabel dan attack personal. Hanya kongsi pandangan Saya hairan sebab tak pernah sepatah pun nak kata QM scam. Juga tak pernah saya kata QM tak patuh syariah dan seumpamanya. Saya hanya kongsikan pandangan dan
Tadi terbaca satu persoalan di group PEGUAM & PENGGUNA MALAYSIA (PPM) “Assalamualaikum Tuan, Puan yang dihormati.. Sepupu saya telah meninggal dunia pada bulan lepas dan telah pun menggunakan 4 kad kredit jumlah hampir 20k, Pertanyaan saya ada kah waris yang menanggung hutang tu semua atau pun insurans yang akan menyelesaikannya.. Saya dapat info, drpd anak
Saya menjawab soalan yang diajukan dalam posting sebelum ini berkenaan Public Gold. Rakan-rakan ejen Public Gold boleh jawab isu yang dibangkitkan. Saya kongsikan kembali tulisan daripada posting Dr Abdel Rahmanov di FB beliau “Ramai orang bertanya tentang Public Gold dan Quantum Metal (QM). Jadi saya paparkan di sini ulasan saya. 1. Public Gold adalah pelopor