fbpx

Month: November 2018

FB Personal Untuk Dijual

Saya bercadang utk menjual akaun FB personal saya ni. Ada sesiapa nak beli? Friends dah full. Followers organik dekat-dekat 80k. PM best price jika serius. Masih boleh follow saya di Telegram Channel t.me/AfyanIFP, sementara tunggu akaun FB ini dijual kpd pemilik baru. Selain itu, saya masih boleh diikuti melalui media sosial lain; Twitter Twitter.com/AfyanIFP Instagram Instagram.com/afyan.ifp FB Page facebook.com/afyan.ifp

Takaful Bukan Untuk Keuntungan Tetapi Untuk Elak Kerugian

Fungsi sebenar produk takaful Takaful bukan untuk buat untung, tapi untuk elak kerugian. Ini fungsi sebenar produk takaful. Jika nak simpanan, nak pelaburan, banyak lagi produk kewangan lain yang boleh digunapakai. Jadi, jangan terkejut jika selepas membayar RM200 sebulan selama 5 tahun, nilai tunai tak sampai RM200 pun. Sebab dengan bayaran RM200 boleh dapat coverage

OKU Pun Mampu Berjaya, Apa Alasan Kita?

OKU PUN MAMPU BERJAYA. APA ALASAN KITA? OKU = Orang Kuat Usaha! KIRA-KIRA 30 tahun dahulu, Ikhsan Sirat, 57, adalah peniaga burger RM1 di pasar malam, namun kini dia yang juga orang kurang upaya (OKU) kerdil mampu tersenyum bangga. Ini kerana Ikhsan kini memiliki lima buah trak makanan menjual kebab yang mampu menjana jualan mencecah

16 Perangkap #nerakawang Anak Muda

16 perangkap #nerakawang yang ramai anak muda terjerat tanpa disedari   Beli kereta yang berharga melebihi setahun gaji   Tidak berdisiplin apabila menggunakan kad kredit. Asalnya pakai utk “cashless” akhirnya terus jadi “moneyless”   Buat personal loan untuk tampung kos perkahwinan. Terjebak skim cepat kaya. Sekali terjebak, dah buat untung kemudian tersontot, akan rasa ketagih.   Beli

Mansuh Tol, Turun Harga Petrol dan Isu PTPTN

Kempen dan himpunan bantah ICERD menampakkan kesan apabila kerajaan keluarkan kenyataan tidak akan meratifikasi ICERD. Belum sempat adakan himpunan pun, kerajaan sudah bertindak keluarkan kenyataan rasmi dari Tun M, walaupun ada sedikit kemusykilan pada kenyataan itu. Jadi, jika rakyat ingin memansuhkan tol, turunkan harga petrol dan mansuhkan PTPTN dan tuntutan lain – kita perlu lakukan

Hasil Penentangan Berterusan ICERD

Alhamdulillah, Terima kasih atas kenyataan tegas ini. Saya sokong 100% kenyataan kerajaan dalam hal ini. Semoga pada masa-masa akan datang, kerajaan sensitif sebarang isu yang melibatkan sensitivity agama dan bangsa di negara ini. Kenyataan tegas sebegini perlu diumumkan lebih awal, berbanding kenyataan-kenyataan sebelum ini yang kurang tegas. Lihat sahaja kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh para menteri

Polis Evo 2 – Peringatan Kepada Penggiat Seni

Polis Evo 2 – Boikot atau tidak? Hikmah besar kontroversi filem Polis Evo 2 ialah apabila ia mengheret sekali institusi mufti ke kancah perbincangan apabila penerbit filem berkenaan memanggil Dato’ Mufti dan beberapa tokoh agama untuk menontonnya. Ia satu kejayaan besar bagi kumpulan yang mendesak untuk memboikot filem ini apabila pihak penerbit terpaksa mengambil jalan

Naluri Seorang Ibu

Selepas membaca tulisan ini, baru saya faham kenapa isteri saya selalu menolak kalau saya cadangkan utk sesekali kami keluar berdua dan tinggalkan anak-anak di rumah pengasuh. Memang tak pernah “me time” begitu. Baru faham naluri seorang ibu. Pernah sekali saya dapat tiket percuma ke luar negara, ajak isteri utk pergi sekali dengan rancangan tinggalkan anak

Perancangan Kewangan Boleh Bermula Dengan Perancangan Kematian

Kadang-kadang, perancangan kewangan boleh bermula dengan perancangan kematian. Senaraikan segala aset dan hutang piutang yang kita miliki beserta tanggungan kita, kemudian buat senarai semak dan analisa berikut;- 1. Berapakah harta pusaka yang akan aku tinggalkan? 2. Berapa pula hutang piutang yang aku tinggalkan? 3. Cukupkah harta pusaka aku untuk membayar segala hutang piutang? 4. Polisi

Malaysia Masih Aman

Tahun 2015, saya pernah ke India. Tak jumpa patung agama Hindu sebesar patung Dewa Murugan di Kuil Batu Caves. Dari Delhi ke Agra melewati monumen indah Taj Mahal, langsung tak terjumpa satu patung dewa agama hindu sebesar patung Dewa Murugan di Malaysia. Di sana, mereka hidup berkasta-kasta. Dari sebesar-besar rumah bagai istana, hingga ke rumah